Saya Mahu Contohi Uqasha Senrose – Fathia Latiff

Hiburan

Saya Mahu Contohi Uqasha Senrose – Fathia Latiff

Pelakon Fathia Latiff dan Uqasha Senrose sememangnya bersahabat baik. Mereka sering menyokong antara satu sama lain dalam setiap perkara dan meluangkan masa agak kerap juga bersama. Walaubagaimanapun, tidak semua orang senang hati melihat keakraban mereka, ada sesetengah pihak yang takut jika Fathia akan terpengaruh dengan Uqasha untuk membuka hijabnya.

Advertisement

Namun, Fathia memberitahu beliau mempunyai pendiriannya tersendiri. Fathia cuma mahu mencontohi kebaikan Uqasha.

Bagi saya, biarlah saya menjadi diri sendiri, tak perlu mengikut sesiapa. Saya cuma belajar dan mencontohi kebaikan orang lain. Kadang-kadang, saya sendiri rasa mahu mencontohi kebaikan yang dilakukan oleh Uqasha. Saya merupakan sahabatnya, saya tahu dia seorang yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Dia juga mempunyai peribadi yang baik dan seorang sahabat yang menyenangkan. Orang luar sahaja yang tidak tahu.

Mungkin Uqasha ada silapnya dalam tindakan membuka hijabnya, tetapi tidak bermakna beliau tiada kebaikan langsung didalam dirinya. Orang kita mudah menilai daripada luaran sahaja dan kami pasti Fathia juga mempunyai pendirian beliau tersendiri selain tahu membezakan perkara baik dan buruk.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...