Written by Bella | March 27th, 2017

Menjadi seorang yang bernama Rozita Che Wan ataupun mesra dengan panggilan Che Ta memerlukan semangat yang kuat , hati kental dan sering berfikiran positif. Iyalah, Che Ta sering sekali  dikritik dan setiap tindak tanduknya akan menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini beliau sekali lagi dikecam pengguna media sosial gara-gara komen “betina” merujuk kepada wanita yang didakwa sebagai punca masalah rumah tangga Baizura dan Aqasha.

Walaupun dikecam agak teruk, Che Ta tidak pernah menyimpan dendam terhadap netizen dan sudah memaafkan mereka. Menurut Che Ta, ini adalah salah satu perkara yang beliau harus hadapi sebagai artis.

Orang kata saya suka mengata orang itu ini, tak mengapalah. Saya anggap mereka tak kenal kita, maafkanlah orang begitu.

Lagipun, mereka yang menghentam lebih-lebih itu kebanyakannya mirip akaun palsu kerana tidak ada pengikut. Kalau sudah tak boleh tahan, saya sekat sahaja akaun itu. Tak tahulah sudah berapa banyak yang saya sudah sekat setakat ini.

Seperti yang Che Ta katakan, sebagai artis inilah situasi yang beliau hadapi hampir setiap hari. Perkara yang bijak untuk dilakukan adalah dengan tidak terlalu memikirkan setiap kritikan negatif.

Sumber Berita : Kosmo!

14 responses to Saya Maafkan Sahaja Mereka Yang Mengata Saya Di Media Sosial – Che Ta

  1. haihhh.. says:

    pada pandangan aku la..kenal atau tak tu isu lain…bagus kite maafkan orang..tpi kite minta maaf jugak kat orang lain…mane tau gambar2 yang kite pos tu boleh buat orang terberdosa..so tak jatuh kecantikan che ta sekiranya minta maaf ngan orang..K

    4

    0
    • Anonymous says:

      dalam gambar cekang lain, dlm video muka lain..dah jatuh.

      3

      1
      • pjual kerang says:

        paling aku menyampah perangai melayu tauke2 kosmetik di msia. suka show off tunjuk harta benda bank akaun pelbagai mcm jakun. sebijik mcm geng2 MLM. yg stokis2 pun sibuk dok backup kejadah. hey, kalau setakat jual produk2 natang diaorang tu, korang xkn jadi millionaire lah. lain la ko pengusaha dan pengasas dan kuat propa mcm vida dan aliff tu. poyo je..che ta ni pun sama la..riak, ujub dan bongkak.

        10

        1
      • Anonymous says:

        feeelingggg. x perlu nk salahkn org awam nek. perangai ko tu yg tua tapi brlagak muda. dah la suka menunjuk2. mcm ko sorang je yg bduit kt msia ni. produk ko, tok vida dan tok alif yg aku paling x teringin nk beli dan pakai. eee..pliz lah. bniaga mcm berniaga minyak lintah kt pasar malam. pung pang pung pang…looks so cheap!

        4

        1
  2. Kiah says:

    fesyen che ta…kokdiang sgt.
    hip hop la pulak?

    4

    0
  3. Anonymous says:

    perangai diri sendiri yang mengundang kecaman netizen…show off sana sini…..

    1

    1
  4. Anonymous says:

    kau tu patutnya minta maaf. ko tu penunggang agama. puihhh.

    2

    0
  5. plumbum 999 says:

    che ta ni baik sebenarnya..peramah, kelakar boleh tahan dan orgnya sedar diri..cuma dia ni sejak ada biz perlu menunjuk2 kemewahan sebab cara menunjuk2 dia tu membakar semangat dealer dia dlm biz..kan ramai org ambil brg2 jualan dia, jd itu la cara dia nak tunjuk yg biz dia tu boleh membuat duit kepada dia dan dealernya..jadi korang tutup sebelah mata aje laa..sbb mcm mana sekalipun che ta ni tetap baik org nya..

    11

    0
  6. melati says:

    Sapa yg mengata Che Ta..?? saya tk mengata Che Ta , saya cuma hina Che Ta , saya anggap Khinzir lagi mulia dr Che Ta….tu jew…11 bukan nya mengata…wakakakakakaaa

    0

    5
  7. Anna says:

    Saya tak minta maaf dan tak suruh pun nenek maaf kan… Lagi menyampah ada lah…

    0

    3
  8. Anonymous says:

    Abang Nara memang dibayar untuk naikkan cerita pasal Che Ta at least seminggu sekali eh? Sebab cerita dia semua stok sendu je tapi tetap jugak naik kat BN ni tetiap minggu. Hmmm sesuatu sangattt.

    0

    0

Leave a Comment

Optional