Written by Bella | January 18th, 2017

Tidak pernah bercerita mengenai kisah percintaannya dengan pelakon cantik Zahirah Macwilson membuatkan pelakon Zul Ariffin sering diajukan persoalan tentang status hubungan mereka.

Meskipun ada khabar mengatakan mereka sudah berpisah, Zul tetap mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen mengenainya.

Zul memberitahu beliau tidak mahu mengulas mengenai kisah peribadinya kerana ia akan memberikan kesan negatif terhadap kariernya.

Maaf, saya tidak akan buka mulut soal peribadi. Bukan mengada-ngada atau mahu berahsia, tetapi bagi saya kisah peribadi hanya akan buat kerjaya saya jadi sukar. Lagipun saya sudah letih apabila sering diajukan pertanyaan mengenai kisah peribadi sejak dua tahun lalu. Cukup-cukuplah saya dihimpit pelbagai kontroversi.

Apapun yang berlaku di antara kami, saya tetap dengan pendirian untuk mengunci mulut. Saya tidak kisah dengan apa sahaja andaian orang. Fokus saya kini hanyalah pada kerjaya dan akan berusaha melakukan yang terbaik.

Pada masa yang sama, Zul meluahkan beliau sebenarnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga tetapi menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Sebenarnya tidak salah untuk peminat mengetahui kisah peribadi artis. Mereka juga mahu mendoakan yang terbaik buat Zul dan Zahirah . Apa-apa pun, harapnya mereka baik-baik sahaja dan khabar angin berpisah itu tidak benar. Doakan juga agar hasrat Zul untuk berkahwin akan termakbul satu hari nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

11 responses to Saya Letih Sering Diajukan Soalan Mengenai Kisah Peribadi – Zul Ariffin

  1. jenab says:

    womanizer dia ni.. kejap ngan abby, pastu gaya, pastu ayda jebat pastu zahirah pulekk.. heh

    7

    0
  2. Fidot says:

    Ada job lg ke dia ni???

    4

    0
  3. salmah tak tahan makan cili says:

    Harap badan je sado tapi poket sadis… mengharap ehsan org pompuan je mcm mana nak kawin. Kawin esok entah entah bini yg kena kerja keras tanggung keluarga.

    3

    4
    • salmah tak sekolah ek? says:

      ko kata poket dia kosong? hahahaha..ko tak kenal dia salmah oii..iklan dia buat, drama dia banyak..ko pikir bayaran ciput ke? esp iklan..eh biz pun dia ada laa..ko kata poket dia sadis? hahahahahaha

      7

      0
    • Anonymous says:

      adoii…main bedal je ckp…byk woo job dia..ko tggu la mac ni..berderet2 muka dia..duta jgn ckp lah

      1

      0
  4. melati says:

    Saya lagi Letih dgn Iklan Air Asia ni, pastu nk amik tahu kisah Pribadi ko bukan jew Letih , Malas nk amik tahu ..wakakakakakaa

    13

    0
  5. miss anne says:

    this guy pernah bagi statement yg dia takut buat komitment..bazir je klu mane2 pompuan bagi seluruh jiwa dan raga kat die ni… sy cabar ZUL ARIFFIN have 1 serious commitment n kasi jadilah kali ni..huhu

    2

    0
  6. Jemah says:

    Nara oiiiii.rimas ak ngn iklan air asia ko ni…blerghhh

    6

    0
  7. Anonymous says:

    Gagal nak jadi gossip hot.Sila cuba lagi.

    0

    0