Saya Kena Pilih Watak Yang Sesuai Dengan Status Che Puan – Juliana Evans

Hiburan

Saya Kena Pilih Watak Yang Sesuai Dengan Status Che Puan – Juliana Evans

Tidak merancang untuk meninggalkan dunia lakonan selepas berkahwin dengan kerabt diraja Selangor pada April lalu dan memegang status Che Puan, Juliana Evans bagaimanapun berkata beliau harus memilih watak yang sesuai dengan statusnya kini.

Advertisement

Dulu hidup bujang lain dan sekarang sudah berkahwin, ia sangat indah. Kalau dulu asyik bersama keluarga, sekarang berkepit dengan suami pula. Tiada sebab saya perlu perlahankan karier kerana suami dan keluarga mertua juga menggalakkan saya meneruskan kerja seperti biasa.

Tetapi sebagai seorang isteri saya akan menjaga batas dan lebih memilih terhadap tawaran diberikan agar ia bersesuaian dengan status saya kini.

Menurut Juliana juga, suaminya tidak menghalang ataupun meletakkan syarat untuk beliau terus berlakon. Namun, buat masa ini Juliana tidak mahu menerima sebarang tawaran lakonan kerana ingin memberikan fokus kepada rumah tangganya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...