Saya Juga Manusia Biasa Yang Akan Jatuh Cinta Dan Ingin Berkawan – Zahirah MacWilson

Hiburan

Saya Juga Manusia Biasa Yang Akan Jatuh Cinta Dan Ingin Berkawan – Zahirah MacWilson

Zahirah MacWilson nama yang cukup hangat dengan gosip serta kontroversi sejak beberapa bulan lepas. Bermula dengan foto beliau berpegangan tangan dengan Zul Ariffin sehinggalah kes dimana beliau nyaris di culik.

Apabila tampil mengakui sedang mengenali hati budi Zul, Zahirah sekali lagi menjadi bahan kritikan ramai sehinggakan beliau dituduh sebagai punca utama mengapa Zul memadam foto Ayda Jebat di Instagram.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Zahirah menerusi portal Kosmo berkata beliau tidak mahu memikirkan hal remeh seperti ini asalkan beliau serta orang-orang yang menyayanginya mengetahui sikap sebenar beliau.

Orang tidak tahu cerita sebenar. Jadi, mereka bersangka buruk pada saya. Hakikatnya, saya juga manusia biasa yang akan jatuh cinta dan ingin berkawan.

Pembenci (haters) berada di mana-mana sahaja. Apa jua yang kita buat ada sahaja yang tidak suka. Asalkan famili tahu perkara sebenar itu yang penting. Saya tidak mahu ambil peduli orang yang mahu membenci diri ini.

Ketika beliau memberitahu bahawa hampir diculik, ada pihak yang mempersoalkan mengapa Zahirah tidak mahu menyertakan sebarang bukti beliau ada cedera dalam kejadian tersebut. Jelas Zahirah, beliau tidak mahu meraih simpati orang ramai.

Saya tidak mahu nampak menunjuk atau meraih simpati orang ramai dengan menunjukkan kesan cakar penculik di lengan dalam Instagram sebagai bukti membela diri. Begitu juga kisahnya gambar-gambar Ayda dipadam di Instagram Zul. Itu semua hak Zul bukan atas arahan saya, tapi entahlah, semuanya salah saya.

Apa sahaja kenyataan saya, mereka (pembenci) akan tukarkan ia menjadi negatif. Jadi, lebih baik sekiranya saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Berbicara mengenai Zul, Zahirah menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang “family guy” dan mereka sangat serasi bersama.

Persamaan diri saya dengan Zul menyebabkan kami serasi. Dia sangat rapat dengan famili dia, bahkan dia terlalu sayangkan ibunya. Sama seperti saya.

Tidak apalah Zahirah, sabar sahaja sudah lumrah hidup sebagai artis dihimpit dengan gosip dan kontroversi apatah lagi bila anda berdampingan dengan aktor pujaan ramai.

Sumber Berita: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...