Written by Bella | July 12th, 2016

Sudah bertunang dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana, Awie kini tidak mahu mengenangkan lagi episod dukanya sebelum ini bersama Rozana Misbun dan bersedia untuk bergelar suami buat kali ketiga tidak lama lagi.

Mengakui beliau hanya seorang lelaki normal yang mahu hidup bersama insan yang dicintai, Awie bagaimanapun mendapatkan persetujuan anak-anaknya sebelum bertunang bersama Ladyana.

Takut atau tidak, saya perlu teruskan hidup. Saya manusia dan lelaki normal yang punya nafsu serta keinginan untuk berkongsi hidup dengan orang yang dicintai.

Apa yang penting, anak-anak dapat menerima dia seadanya. Sejujurnya, sebelum menerima kehadiran Lady dalam hidup, saya terlebih dahulu menanyakan perkara itu kepada anak-anak dan mereka bersetuju. Apa yang saya nampak, dia mampu melayan anak-anak saya dengan baik.

Sejujurnya Awie mempunyai harapan yang agak tinggi agar rumah tangga yang bakal dibina kali ini akan kekal sehingga akhir hayat selain memberikan cahaya baharu didalam hidupnya.

Saya perlukan seseorang yang bukan hanya untuk berkongsi kasih sayang tetapi juga untuk menyempurnakan jalan hidup saya bersama anak-anak. Rasa kosong kalau hidup sendiri.

Setidaknya, kalau saya berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, ia akan membuatkan saya lebih bertanggungjawab dalam hidup dengan lebih fokus kepada anak-anak dan isteri di rumah.

Sebenarnya tiada siapa yang berkahwin mahu perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Kita doakan sahaja agar Ladyana adalah jodoh yang tepat buat Awie dan kekal sehingga hujung nyawa.

Sumber Berita : Kosmo!

20 responses to Saya Juga Lelaki Normal Yang Punya Nafsu Dan Ingin Kongsi Hidup Dengan Orang Yang Dicintai – Awie

  1. terpijak taik says:

    Ada bini dulu pun tak terjaga, ni nak kahwin lagi. Ni nak kahwin tu pasai dah tak tahan le tu. kenapa anak kena terima bini baru tu, kalau diorrang tak terima tapi kau nak, apa macam?

    Kenapa bagi alasan yg kalau dapat anak baru, akan lebih bertanggung jawab. Yg tiga ekor anak kau tu tak buat kau lebih tanggung jawab.

    Ni semua alasan yg tak munasabah, yg sebenarnye nafsu dah membuak – buak tak tahan lagi, semua keluar dari mulut tak boleh pakai

    0

    0
    • nuyu says:

      ishk3..ayat ko ni macam tak engat dan kau lupa yg kita ni hamba Allah..sedar la weh

      0

      0
    • Pekerja Gomen says:

      Nafsu dah membuak2??
      Standard la kalau lelaki bernafsu kan…
      Lain la kalau dah kiok..
      Kalau hanya kerana nafsu, buat apa kahwin?
      Ko ingat susah sgt ke Awie nak dapat pmpn?
      Tak kahwin pun terlunas je nafsu kalau nak…
      At least dia pk pasal nak menghalalkan hubungan tu.

      Ko rozana misbun yek?
      Lek2 la makcik…
      Dulu makcik rampas awie dari Arni…
      Takde pun arni meroyan.
      ekekekke

      0

      0
    • Anonymous says:

      normal la…org bernafsu. ke kau tak de nafsu? at least Awie nak nikah, kalau dia ikut nafsu…tak payah nikah pun boleh lepaskan nafsu. Aparaaaaa. Hang yang terpijak taik, ada hati nak calit kat org.

      0

      0
    • Kah says:

      amboi, marah betul. relax la, kau terpijak taik je punn. benda boleh basuh. kikikiki

      0

      0
  2. abg gelojoh says:

    terbaik abang awie .
    kipidap

    0

    0
  3. grr says:

    chis..lelaki.. mmg x leh hidup tanpa perempuan.. nak nafsu jer.. sanggup cari perempuan lain tuk puas kan…

    0

    0
  4. bella says:

    sekadar berkongsi. mak saya dah meninggal 6 tahun sbb kanser. sampai sekarang ayah saya solo. tak rasa nak cari pengganti. sibuk menguruskan anak2 je. happy layan karenah anak2. bila nenek tanya, taknak cari ibu ke untuk jaga anak2, ayah jawab takde sape boleh ganti arwah. terharu. sayang ayah :’)

    0

    0
    • aaakulahhh says:

      ayah ko ni umo brapa nk compare2 kan pun…
      org lain2…
      umo lain..
      faktor2 lain pn lain…

      elok la tu dia kawin dari wat maksiat bayar kat cheongster ke apa sume tu..

      amende la nak kaitkan kisah org lain ngan cite diri sendiri..
      mesti jenis bebudak2 banggang yg Group fb dok letak video or pic kucing lawa2…depa pn sibuk nk post gambar kucing sendiri kenkonon cute le

      0

      0
      • Anonymous says:

        cerai mati..dn cerai hidup… lain rasanyaaaa

        0

        0
      • NEUTRAL says:

        to aaakulahhh,
        hg sakit tang mana weh kalau dia kongsi cerita dia? takdak pun dia kaitkan cerita awie dgn bapak dia… hg nampak dak ‘sekadar berkongsi’ ?? kalau hati dah hitam mcm hg, org buat apa pun hg nampak buruk.. smpai nak label si bella tu bangang ape jadahnye? dye buat dosa apa dgn hg? free2 je bella tu dpt pahala..

        0

        0
        • aaakulahhh says:

          apsal lak takdak kaitan..dah die post kat dlm entry awie ni..sah sah la ada kaitan…pastu siap cite bapak x nk kawin lain la…sah sah la ada kaitan dlm erti kata lain nk kata bapak dia plg bagus…awie ni x bagus sbb nk kawin baru…

          kalau x nak ada kaitan ngn topic, gi tulis di ig,fb sendiri nun…
          Neutral KONON…

          0

          0
        • MAN JA says:

          ‘akulah’ ni mesti kerabat awie. kahkah. butthurt. Lek2 jerrr. awie kawin dah bahagia dah punnn. ko nak sentap nape weiii. chill bebeh..

          0

          0
  5. mak kuntum says:

    diorang ni dah bcinta lama dah..Lady ni memang lawa, slim..putih gebu uolsss kulit dia. anak2 awie pun memang dah mesra, kan mana2 konsert wings, lady ni folo je..korang je tu yang x nampak..lagi pun famili lady x suka awie ni

    0

    0
    • anoy says:

      wahhh..class mak kuntum..apa kata mak kuntum bg sikit ilmu kat si bella ni..biar pandai sikit memberi info yg tkini..

      0

      0
  6. Anonymous says:

    ‘Mungkin apa yang kau rasakan bukannya CINTA..tetapi NAFSU!’ ayat Erra untuk Awie dalam Sembilu

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Sharifah oiii , napa ko nak cari bala… jgn cakap orang x bagi warning awal2…..

    0

    0
  8. dina says:

    ok… pompuan mana pulak yang dah jampi kau sekarang ek???
    sebelum kahwin lagi satu…why not u pi buat umrah…betul kan diri u tu dulu…please lah bro ubah lah….

    0

    0
  9. Daniyal says:

    Nafsu nak pukul isteri baru ke ni? Tapak tangan dah gatal nak menampar pompuan ..tengok lah nanti.

    0

    0
  10. kev says:

    Dulu statement Awie cenggini —> “Perempuan gila jer yang nak dengan saya nih”
    Ha… lebih kurang macam tu la. So, si Sharifah Ladyana nih kira golongan pompuan giler ker? Giler lah kot kan. Giler kan awie si kaki pukul. Bastard! Anak-anak dia kat skolah org siap ejek, “anak gengster”… “___”

    0

    0