Written by Bella | November 15th, 2016

Dua kali melakukan kesilapan lupa lirik sewaktu membuat persembahan di Gegar Vaganza 3, ada sesetengah netizen mempersoalkan keputusan juri yang tidak menyingkirkan Ameng Spring daripada pertandingan berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, Ameng sendiri merasa hairan mengapa beliau tidak tersingkir sedangkan kesilapan yang beliau lakukan itu mengundang pelbagai reaksi penonton. Ameng juga memberitahu beliau sebenarnya sudah bersedia untuk meninggalkan pentas GV3 pada minggu ke 4.

Saya sendiri pun hairan kenapa saya masih belum tersingkir walaupun sudah dua kali saya buat kesilapan lupa lirik sebelum ini.

Sebenarnya minggu ini saya sudah agak akan terkeluar kerana kesilapan lupa lirik tetapi nampaknya rezeki saya masih di sini untuk bertanding.

Ameng akui punca beliau selalu lupa lirik kerana tidak serius ketika menyanyikan lagu milik penyanyi lain.

Tambah Ameng, sejak menyertai GV 3 beliau sering merasa tertekan dan berharap akan tersingkir kerana sudah tiada hati untuk meneruskan perjuangannya dalam program tersebut.

Saya ingat lirik lagu itu tetapi mungkin kerana sikap tidak ambil berat dan ambil mudah menyebabkan saya jadi lupa. Ia bukan kesalahan orang lain sebaliknya kelemahan itu adalah daripada diri saya sendiri dan sebab itu saya pelik apabila masih bertahan.

Jujurnya sebelum menyertai GV3 hidup saya tenang tetapi sekarang saya sering tertekan mungkin kerana faktor usia dan tidak lagi mampu bekerja terlalu keras. Saya yakin akan melakukan kesalahan sama lagi selepas ini kerana saya tahu kemampuan saya berada di tahap mana sekarang.

Komitmen lain dan jadual padat setiap hari turut menambahkan tekanan sehingga saya berharap terkeluar kerana ingin meneruskan kehidupan.

Walaubagaimanapun,  kini Ameng tidak akan mensia-siakan lagi peluang yang diberikan oleh juri kepada dirinya. Ameng tidak akan berputus asa dan akan cuba melakukan yang terbaik selepas ini.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Fairus Sari

39 responses to Saya Juga Hairan Belum Tersingkir Sedangkan Dua Kali Lupa Lirik – Ameng Spring

  1. Spring toing toing says:

    Ish,ameng bkak mulut cmni pecahla tembelang astro yg mmg btul penyingkiran sume dah diatur sejak awal lg..juri2 pn mstila tpalit sme sb tuan bdn sndri pn pelik lupe lirik tp xtkeluar..hahahaha..ameng,sbnrnye u da slh msk ptndingan..itu bkn gegarvaganza tp program drama mgu ini..oppsss

    14

    10
    • Anonymous says:

      nak kira… vokal si ameng lagi best dari vokal elly. itu pasti.

      74

      0
      • Kiah says:

        astro dan produser GV tolong lah improve sound sistem korang tu. tengok kt tv vokal dan muzik sayup2 je kedengaran gitu. ala keluar x keluar. katanya sponsor bejuta-juta. mcm low budget sangat. tak bergegar pun…

        36

        0
      • Hebatke says:

        Xfaham bila org ckp vocal elly hebat..gi korek telinga nu and dengar balik..sbb kl die msh ada mmg konfem dia bukan calon final.

        28

        1
        • Kak Mah says:

          Vokal elly sedap didengar, bukanlah hebat mcm dayang nurfaizah.. boleh diasah lagi dengan pergi kelas vokal dengan syafinaz selamat

          10

          5
    • Anonymous says:

      kasi la lagu omputih…asyik lagu melayu aje.

      15

      0
      • Anonymous says:

        Sila dgr betul2. Teknik vokal, penghayatan ameng lebih baik berbanding shidi pd mlm tu except for dia lupa lupa lirik. Mungkin sbb itu juri mengekalkan dia. Dah tu p bg prop pintu penjara.. fikiran dia pun ke mana2 lah / terlalu menghayati smpai lupa lirik.

        19

        1
        • kentut minyak spi dalam tin !!!!!! says:

          nak bau kentut minyak sapi dalam tin ????
          kasi gegar !!!!!!
          nak bau kentut sapi dalam tin tak ???
          mcm gegar vaganza

          0

          5
    • meh says:

      mmg pun. astro dah bajet antara elly dgn shidi terkeluar. pastu dah elly tarik diri. minggu ni la dorang keluarkan shidi. obvious sgt kot. terlupa lirik tp pujian semata mata. tak ke pelik.

      11

      0
  2. periukhitam says:

    next week kompom out. k bai~

    2

    5
  3. kesahnyer says:

    rezeki la ni namo eh…takpo laa meng..masih stay kan..so perform lah leklok..jgn jadi cam elly plak tarik diri sebab kene kritik…biar kene singkir JANGAN TARIK DIRI..

    12

    4
  4. rosmary says:

    ameng jangan lah macam ni, kitaorang peminat ameng

    22

    0
  5. yana says:

    Pasni mmg terkeluar la sbb dh bagi statement camni..

    11

    1
  6. KECIPANG KECIPUNG says:

    aku rase ameng buat statement macam ni sebab rasa bersalah sangat dengan shidi agknye. mmg muke die mase penyingkiran dah bersedia utk terkeluar. janganla ameng performla sehabis baik kami semua masih minat kt ameng. actually aku sgt suke dgn atitude ameng skrg yg betul2 back to basic. aku ade dgr ameng ni klu yg lain sibuk bersiap die masih dalam bilik solat. die dh betul2 sedar dr kesilapan lalu. suara ameng masih memukau. tu yg pasti.

    97

    -1
  7. adelia says:

    sound system teruk..time ckp kuat kemain..time nyanyi sayup2 jer dgr.,
    zur eda mmg patut keluar sbb tak versatile. tak blh bawa byk jenis lagu.

    25

    0
  8. Fikiran Terbuka... says:

    aku sokong ^….
    siap sedialah Ameng Spring….
    tonggang tebalek…
    last2 yg tinggal nie 3 peserta….
    sarah,zahrul,azarinna

    2

    7
  9. lizard says:

    Astro buat prop untuk dia dalam penjara camne tak lupa lirik… lain kali buat lar Ameng tengah main buaian ke… timang bola takraw ke… drama betul astro nie.. da lar sound system teruk ! Aku tak puas hati nie! nak compalnt kat mana? kementerian komunikasi ke sapa ek?????

    25

    0
    • susher says:

      kalau perasan mmg masa dia kuar dr besi2 tu, terus lupa lirik….hemmm astro berasa salah kat ameng tu, btw, ameng mmg versatile, suka

      4

      1
  10. Anonymous says:

    Astro bg prop dalam penjara, dia trauma lar… Astro nie dr sibuk buat drama repairlah sound system tu ….apadah!!! lepas nie suh ameng naik buaian sambil nyanyi2 atau pegang cangkul ke sesuai lar dengan lagu dia minggu nie gali lubang tutup lubang…apa pun abang Ameng vokal memang cenggini!!! terbaik….

    17

    0
  11. GV GV GV says:

    mungkin ameng rasa bersalah sebab shidi pon bagi persembahan terbaik tpi tersingkir. Faktor lain sebab tekanan masa pertandingan n ameng pon dah agak berusia kan….

    16

    0
  12. Anonymous says:

    kalau tak confident nak masuk GV3 awal2 jgn sertai..bagi peluang ramai artis nak masuk…semoga minggu depan out…

    2

    11
  13. Anonymous says:

    sarah yang akan keluar.

    3

    5
  14. Anonymous says:

    Kasi lagu rancak…meleleh la GV.

    3

    0
  15. Anonymous says:

    astrokk punya rancangan yg tersingkir di serapkan balik nth2 nnti ada vote2 untuk penyerapan balik..maklum make money..

    2

    0
  16. Anonymous says:

    aku nak gmie nyanyi lagu omputih ker lagu apa2 yg bukan lagu2 y biasa dia nyanyi..ni bagi lagu biasa2..

    6

    0
  17. melati says:

    sebab Juri tak professional…!!! juri2 pilih kasih @ simpati…..!!! Shidi bagus mlm tu..!! pasni cari juri yg PRO bukan juri simpati…ok ASTEROK (Astro)…..

    2

    4
  18. Saper2 je la says:

    Alhaiiiii..jujur beno lak ko ameng oiiii huhuhuu…bagus yg penting tak wat drama cm kamu kamu kamu kamu kamu kamu kamu kamu kamu si pom pom tu hehehe

    9

    1
    • Kak Mah says:

      boleh tak kamu semua rakyat malaysia diluar sana termasuk artis dan pelawak, bila komen dan bercakap jangan nak perli2 elly mazlein. dia tak kata kat korang pun.

      1

      13
      • Saper2 je la says:

        Eeeh sukati org le…ko buat la komen ko puji melangit idola ko tu…sebokkkk je..ni la perangai fans kak pom2 tu…suka serang2 komen org …sape ajar niiih…kak pom2 ajar ke??? Hahaha marah ngat2 ye….mcm org heran huh

        10

        1
  19. anon says:

    zarul pun sora biasa-biasa jek…

    8

    1
  20. nyonya says:

    Cakaplah aper pun Ameng… kitorg ttp terpukau dgn vocal lemak merdu dan performance u… nk wat camner??? buak yg terbaik utk peminat Ameng klu pon dh penat dgn gv skalipun.

    1

    0
  21. Bismillah says:

    Dah kerap kali tengok…..kalau ada artis yg pernah terlibat dadah…..astro akan cuba sedaya upaya utk menyokong mereka selepas pemulihan…..

    0

    0
  22. siti raisa says:

    ape la gmbr paling atas tu..tkejut i.xda gmbr lebih elok ke?. Astro biasa la drama je lebih pastu program ulang2

    1

    0
  23. minah says:

    mcm belagak je..hurmmm

    0

    1
  24. abgtakkisah says:

    alahhh!!… lupa lirik jer,mgkin juri pilih ameng sbb tempoh masuk lgu dn lain2 tu tepat dn jelas.

    0

    0
  25. anon says:

    lupa lirik je, tapi suara dia sedap…

    0

    0
  26. BOB says:

    astro berdrama je..semuanya buat duit. korang ingat betul ke markah dari juri??
    aku rasa boneka je juri tu. DRAMA KUAT ASTRO NI !!

    0

    0