Written by Bella | June 20th, 2017

Dahulu, pelakon Nabila Huda ataupun Abil sering terpalit dengan kontroversi daripada kehidupan peribadinya sehinggalah cara beliau berpakain. Namun, Abil kini memperlahankan sedikit aktiviti seninya dan tiada lagi cerita panas mengenai beliau yang menjadi perhatian ramai.

Menurut Abil yang kini sudah berusia 33 tahun, beliau kini berfikiran lebih matang dan positif dalam kehidupannya kini. Abil juga agak jarang menghadiri acara hiburan kerana tidak mahu dirinya terlalu leka dengan dunia hiburan . Buat masa ini beliau ingin memberikan fokus kepada anaknya dan rumah tangga beliau.

Seboleh-bolehnya saya tidak mahu dikaitkan dengan sebarang gosip dan kontroversi lagi. Pada masa sama, saya juga dah jarang menghadiri acara hiburan kerana tidak mahu terlalu khayal dengan dunia hiburan. Kalau ada kelapangan, barulah saya keluar rumah sebulan sekali untuk bertemu teman-teman rapat.

Berbicara soal cahaya mata pula, Abil dan suaminya tidak terlalu tertekan dengan soalan berkenaan dan sebenarnya masih lagi dalam “mood” bulan madu. Walaubagaimanapun, mereka tetap berdoa agar satu hari dikurniakan anak bersama.

Sebelum ini, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada 2008, namun berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Keisha Laila, 7.

Kemudian, beliau berkahwin pula dengan Mohd Izwan Johar  pada 25 Disember 2015.

Sumber Berita : Harian Metro

11 responses to Saya Jarang Ke Acara Hiburan, Tidak Mahu Terlalu Khayal Dengan Dunia Hiburan – Nabila Huda

  1. Anonymous says:

    Nabila Huda. Currently there are a number of good actresses in Malaysia. Bagi aku she is still the best.

    43

    0
  2. aku says:

    alhamdullillah…perubahan ke arah kebaikan perlu ada pada setiap org…moga perpanjangan…

    22

    1
  3. kisahlalu says:

    biasalah umur kalau dh meningt ke 30an…mmg akan brubah, sbb zaman dara sunti dn remaja dh rasa semua tu…mcm tu jugk aku, umur 18, 19, 20, 21, 22…ada gk pegi pub, disko,x minum arak tau…layan menari je… naik motor besar2, cc 250, 500, 1000, ..moto kecik (kapcai x pandgpun)…naik moto dulu, masa sekitar tahun 1985…..lepk kt dayabumi, doraisamy, semua geng moto bsr, tapi balak aku satu je yg skrg la jdi suami aku, aku rasa racingsanasini.layan karak highway, dn semua tmpt mandi waterfall kami akan cari,..itulh zmn remaja..tapi bersih dri najis dadah.

    4

    0
  4. Be Thankful says:

    1 of my fav actress.

    1

    1
  5. Anonymous says:

    bajet suci.. nyampah aku ko ni abil..depan2 sombong plak tu

    2

    4
  6. opah says:

    Aku suka lakonan Abil ni tapi tang Statement dia tu entah ape2 , statement nak nmpk mcm bagus !!
    walhal life style dia mcm tu gak ,liberal , xde perubahan

    1

    0

Leave a Comment

Optional