Saya Jangka Sesuatu Yang Lebih Intelektual Daripada Bintang AF Megastar – Datuk Ramli MS

Hiburan

Saya Jangka Sesuatu Yang Lebih Intelektual Daripada Bintang AF Megastar – Datuk Ramli MS

Program realiti AF Megastar menjadi tumpuan ramai kerana hampir kesemua nama yang masuk bertanding mempunyai aura, bakat dan keupayaan mereka yang tersendiri. Walaupun kesemuanya adalah bintang lepasan Akademi Fantasia, masing-masing kini mempunyai pengalaman dan cara tersendiri ketika membuat persembahan selepas bertahun-tahun mengutip pengalaman dalam bidang nyanyian.

Selain itu, kritikan dan komen daripada Datuk Ramli MS juga dinanti-nanti oleh pengikut program realiti ini setiap minggu.

Advertisement

ramli ms
Sering memberikan pandangan yang pedas dan lantang, Datuk Ramli MS menafikan dakwaan yang dia cuba menjatuhkan bintang-bintang AF Megastar. Sebaliknya segala kritikan yang diberikan adalah untuk peserta-peserta AF Megastar memandang ke hadapan dan sentiasa bersedia dalam bidang yang diceburi ini. Kata beliau:-

Sebenarnya saya jangka sesuatu yang lebih intelektual daripada bintang AF Megastar. AF Megastar bukan tempat untuk saya ‘kondem’ tetapi bila saya komen itu saya cakap untuk masa depan mereka di masa dua tahun akan datang. Saya melihat daripada segi cara pemikiran mereka terhadap bidang seni yang diceburi itu.
Mereka perlu tahu bagaimana hendak menjadikan karier nyanyian sebagai perniagaan. Saya boleh kata semua menunjukkan prestasi yang konsisten dan bagus dari minggu ke minggu. Penyanyi yang cerdik dan berakal akan membuat mereka lebih bagus di atas pentas

ramli ms

Secara peribadi, Abang Nara suka mendengar komen daripada Datuk Ramli MS di dalam mana-mana jua program realiti yang disertainya. Komennya memang bernas dan beliau bercakap daripada pengalaman berpuluh tahun dalam bidang seni. Bukannya cakap kosong. Kalau kritikan daripada Datuk Ramli MS pun dipandang enteng, memang tak tahulah nak cakap apa. Apa pun semoga setiap kata-kata Datuk Ramli MS akan menjadi pembakar untuk para peserta AF Megastar untuk melakukan yang lebih baik setiap minggu. Sumber MyNewsHub.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...