Saya Ingin Mulakan Hidup Baharu, Suami Adalah Hadiah Terbaik Dari Allah Untuk Saya – Yatt Hamzah

Hiburan

Saya Ingin Mulakan Hidup Baharu, Suami Adalah Hadiah Terbaik Dari Allah Untuk Saya – Yatt Hamzah

Dihimpit pelbagai kontroversi dengan kenyataan bekas suaminya sebelum berkahwin buat kali kedua, Yatt Hamzah bagaimanapun enggan lagi mengenangkan apa yang sudah terjadi dan ingin memulakan hidup baharu bersama Muhammad Zulfadli.

Advertisement

Bila membuat keputusan untuk berkahwin sekali lagi dalam masa yang agak singkat selepas bercerai, ramai yang tertanya- tanya apakah Yatt main tangkap muat sahaja? Namun,jelas Yatt beliau ada meminta petunjuk daripada Allah SWT sebelum membuat keputusan untuk bernikah sekali lagi.

Pada awalnya saya memang tak yakin untuk menempuh alam rumah tangga lagi kerana pengalaman lalu sebagai ibu tunggal membuatkan saya rasa takut untuk membina keyakinan diri.

Sebelum saya membuat keputusan untuk membina hidup baharu, saya kerap melakukan solat istikharah untuk terima dia sebagai suami. Kelembutan akhlak serta kesabarannya buatkan saya jatuh cinta sekali lagi. Satu ciri-ciri yang saya dambakan dan alhamdulillah Allah makbulkan doa tersebut. Saya kira, dia (suami) adalah hadiah terbaik yang Allah berikan kepada saya dan harap pemberian ini lebih baik daripada yang sedia ada atau pun sebelum ini.

Tambah Yatt, selepas kematian arwah ayahnya, Zulfadli sentiasa bersamanya memberikan sokongan dan sekaligus mengisi rasa kosong didalam hati Yatt.

Yatt juga menyimpan harapan agar Zulfadli dapat menjadi seorang ketua keluarga yang baik dan membimbing beliau.

Saya pernah mengalami fasa tertekan kerana kehilangan orang tersayang. Selepas episod perceraian, saya diuji pula dengan kematian arwah abah. Agak sebak pada saat saya sedang merasakan keseronokan ketika ini, tetapi abah tiada di sisi. Waktu hayatnya dulu, sayalah paling rapat dengan arwah.

Jadi dua ruang yang sangat besar dalam hati saya ini dah dikosongkan sehinggalah ia terisi dengan kehadiran Zulfadhli. Saya harap dia boleh terima saya selain mampu membimbing untuk membina keluarga yang warahmah, mawadah dan sakinah.

InshaAllah, kami juga harap Yatt Hamzah dan Muhammad Zulfadli akan bahagia sehingga ke akhir hayat. Meskipun Zulfadli 10 tahun lebih muda daripada Yatt, apa yang penting adalah sikap yang matang dalam menjalani tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...