Written by Bella | July 2nd, 2015

Pelakon daripada Brunei, Nina Iskandar mempunyai pahit dan manisnya sepanjang bergelar anak seni di Malaysia,  pernah tampil dengan imej berhijab dan membicarakan soal penghijrahannya kepada umum, Nina bagaimanapun telah dikecam  serta menerima kritikan ramai apabila bertindak untuk membuka tudung dan sudah kembali seperti dahulu.

Berita beliau tidak lagi menutup aurat telah disampaikan sendiri oleh Nina dalam sebuat foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sekitar bulan Mei lepas.

Tidak cepat melatah dengan segala komen negatif yang diterima, Nina menerusi akhbar Kosmo berkata keputusan beliau untuk tidak berhijab lagi selepas beberapa bulan menutup aurat adalah atas kehendaknya sendiri. Mengakui sebagai manusia hatinya boleh berubah-ubah, Nina mengharapkan peminat mendoakan agar beliau dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

Jujur saya katakan, keputusan untuk bertudung atau sebaliknya adalah didorong oleh kemahuan saya sendiri. Ia bukan dipengaruhi sesiapa dan saya tidak perlu memuaskan hati semua pihak.

Saya yakin dengan keputusan yang diambil. Justeru, saya terima dengan hati terbuka apa orang mahu kata tentang tindakan ini. Apa yang penting, saya lebih tahu dan kenal diri sendiri. Apa yang boleh saya kata, hati manusia berubah. Saya tidak terkecuali. Saya cuma harapkan peminat doakan saya untuk menjalani hidup yang lebih sempurna, insya-Allah.

Setelah menepis segala kontroversi kerana membuka tudung, Nina kini dihimpit dengan pelbagai spekulasi dan tomahan apabila mewarnakan rambut kepada warna perang. Jelas Nina, beliau melakukan perkara tersebut hanya demi komitmen kerjanya.

Saya mewarnakan rambut atas tuntutan dan komitmen watak yang sedang saya lakonkan dalam Lari Mira. Jangan fikir bukan-bukan. Saya masih lagi tahu batas agama. Saya tahu ramai yang bercakap tentang perkara tersebut. Apa yang boleh saya lakukan? Saya tiada kuasa untuk menghentikan pendapat orang terhadap saya.

Saya hanya mahu menjadi diri sendiri dan selalu ingatkan kepada diri bahawa semua yang berlaku ke atas diri adalah harga yang harus dibayar demi bergelar anak seni.

Pada masa yang sama Nina mengaku beliau melakukan banyak kesilapan dalam hidup dan perkara itu yang membawa dirinya ke lorong fasa lebih matang.

Jika sudah tidak selesa untuk mengenakan tudung, lebih baik Nina Iskandar tidak terus pura-pura dan menipu diri sendiri hanya kerana ingin memuaskan hati orang lain. Doakan sahaja agar satu hari nanti hati beliau ditetapkan untuk ke arah yang lebih baik.

Sumber Berita: Kosmo

 

 

30 responses to Saya Ingin Jadi Diri Sendiri – Nina Iskandar Jelas Isu Buka Tudung

  1. nil says:

    ayat ayat BASI LOL..

    0

    0
    • aku says:

      aku rs dia fikir bila dia pakai tudung..dia nmpk mcm abby abadi kot…tu yg dia bukak tudung..br nmpk mcm nina iskandar ..:P *sarcasm*

      0

      1
  2. Aku Pun X Paham says:

    tulah kan. yg kata bertudung litup pon x ikut syariat sebenar pakai ketat lps nampak body kain jarang siap nampak bra dgn underware lagi tu tudung berjambul mcm bongol unta berhias (tabaruj) dah di kecam dan dinasihat x boleh.. haram tapi buat juga. so x payah la nk tunjuk warak dalam online.

    0

    0
  3. tasha says:

    bukan semua yg pakai tudung tu warak, alim dan maksum. yg penting..hati sis.

    0

    0
    • z says:

      obviously hatinya tidak ikhlas dan selalu riak di IG tentang konon penghijrahannya sewaktu ketika dahulu. inilah akibatnya.. shame on you nina

      0

      0
  4. Maria says:

    rsnya si nina ni pakai tudung lg lawa dr freehair.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    mukanya klu x mkeup muka org biasa je.. rmbut pun kembang.. hurmm.. kalau hukum bole terima niat nk jd diri sndiri tu rmai dh buat.. mati pun bole tentu nk tggu kte btaubat.. x warak xpe tpi tau batas2 dlm agama.. malu ble org non muslim blja btudung.. blaja berpuasa.. tpi kte yg tentu2 islam.. x praktikknnya

    0

    0
  6. Lisa says:

    “Saya mewarnakan rambut atas tuntutan dan komitmen watak yang sedang saya lakonkan dalam Lari Mira. Jangan fikir bukan-bukan. Saya masih lagi tahu batas agama. ”

    Ok. Faham.

    0

    0
  7. SERI says:

    Si Nina ni kat Brunei kena pakai tudung. Sbb klu tak pakai dah kena hudud ngkau.

    0

    0
    • anon says:

      Saya sendiri rakyat Brunei. Belum pernah ada rakyat Brunei yang kena hudud sebab tak pakai tudung. Hudud tu luas makna dan ciri-cirinya jadi fahami dululah ye :)

      0

      0
    • anony says:

      kalo tak pakai tudung, kena hukum apa? botak kan kepala? kpale kena bakar? jangan jadik bodoh la nak komen kalo xtau pasal hukum hudud

      0

      0
    • Pemantau says:

      fahamilah maksud hudud..jgn hentam aje..Sukut tu lebih baik drp berkata2 pada perkara yg tak tahu..

      0

      0
  8. just a fellow muslimah says:

    As salam dear nina, as a fellow Bruneian, i feel that i just need to say this to you. please stop giving comments about you wearing tudung or not, mewarnai rambut or not. even when people ask, just say “no comment”. memakai tudung atau menutup aurat sepenuhnya is an entirely personal stance or it could be your own jihad. there is no need to talk about it to other people, especially kepada media yang akan menghebahkan apa yang dicakapkan. you pakai tudung or tidak, warna rambut or tidak, that is nobody’s business, it is your own and only Allah can judge you. may Allah steer you to the right path. all the best in your career.

    0

    0
  9. zabedah zabit says:

    belakon pun tak tara mana pun..

    dia ni mybe kaki enjoy, kalau pakai tudung nak enjoy pi kelab2 susah

    0

    0
  10. bila says:

    “Jika sudah tidak selesa untuk mengenakan tudung, lebih baik Nina Iskandar tidak terus pura-pura dan menipu diri sendiri hanya kerana ingin memuaskan hati orang lain. Doakan sahaja agar satu hari nanti hati beliau ditetapkan untuk ke arah yang lebih baik”
    bella pakai tudung dak?

    0

    0
  11. Anonymous says:

    nampak garang dengan rambut mcm tu

    0

    0
  12. mulut celupar says:

    cam tu lah nina, xpayah nak hipokrit sangat.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Aik..bukak tudung 1 hal…warnakan rambut lg ni..wah..betul2 nak glamour ni..
    Tapi sayang..ko hanyalah retis sendu…selamanya

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Lului punya komen and tindak balas.

    0

    0
  15. Wak doyok says:

    Buat malu brunei -.-

    0

    0
  16. just me says:

    Masa dia pakai tudung nampak ayu sagat2 now muka nampak garang…??

    0

    0
  17. anon says:

    mewarna rambut atas tuntutan dlm lakonan drama ni. pakai tudung and menutup aurat tuntutan dari Allah mcm mna? yg mana lagi penting? biar Allah yg menilai, kami hanya memerhati sahaja..

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Banyak berpura-pura. Tidak Ikhlas.

    0

    0
  19. hamba says:

    tak tahu nak ckp ape……………Ya Allah……bantulah kami…lindungilah kami….pimpin la kami kejalan yang benar dan kau redhai……sesungguhnya aku takutkan neraka…..

    0

    0
  20. Adaakukesah says:

    Hahahahahahahah becalie kh ya?! Hahahah cam kn promo “badan” plang oh! TNtu plang ko betudung eh dari mu free hair! Hahahaah lagi ayu ko btudung, nampak keperempuanAn mu & keayuan mu.. Ani… #masKuDaaaaaang

    0

    0
    • ccc says:

      yatah palui kan ia ani, perasan lawa sama famous.. makin ya exposekan dirinya makin nampak ulah paluinya ah

      0

      0
  21. bruneian says:

    hi nina, you are stupid. a disgrace to negeri melayu islam beraja. mau kah inda mau kah pakai tudong ani wajib jua. fine kau inda mau makai tudong sudahtah. ani kau ganya buat show murah sini ani masih membagi feedback yang reflect kejahilan mu. some things are better to be left unsaid.. yatah akibatnya riak di instagram kau betudung lah apalah baca quran lah. INDA IKHLAS ANI LAH KEJADIANNYA if it wasnt for your pretty face (only with make up on) you will be shoved on a back of a receiption table or something. talentless ignorant actress

    0

    0
  22. Bruneian says:

    Salam to so-called Nina Iskandar.

    STOP giving comments or posting pictures of your so-called Freehair, so-called MakeUp and whatever it is! Kau buat cemani, negara yang malu ok?? The whole universe know, we are Negara Zikir, even implemented Syariah Law but in the end, just kan mau glamour, buka tudung, color rambut. isuk lusa apa lagi, photoshoot bikini kan kau buat?? patut tah tunang mu tinggalkan kau, ulah mu cemani ani.. hati inda tetap.. bagi malu agama & negara saja.. i’m 100% sure family mu pun malu.. STOP INTERVIEWING THE SO-CALLED NINA ISKANDAR OK!!

    0

    0
    • d says:

      second that opinion! kalau bisai khabarnya interview ani inda jua mengapa. ani bari malu.. baik ku meliat kasum, kudil atau si marwan

      0

      0