Written by Bella | June 11th, 2017

Gara-gara memuat naik foto memakai telekung selepas selesai mengerjakan solat tarawih di akaun Instagramnya, pelakon Janna Nick menerima pelbagai komen daripada netizen. Walaubagaimanapun, Janna tidak mahu terlalu memikirkan percakapan orang ramai dan tetapi beliau tetap ingin menjelaskan apa yang beliau lakukan itu bukanlah untuk menunjuk.

Saya tak pernah kisah apa orang nak cakap! Siapa kita nak jatuhkan hukum ikhlas atau tidak ibadat seseorang itu? Lagipun perkara ini bukanlah satu masalah atau isu yang besar untuk dibincangkan. Bulan yang mulia ini, apa kata fikir yang baik-baik saja mengenai orang lain.

Janna juga sebenarnya sempat membalas beberapa komen dengan niat untuk memberitahu perkara sebenar dan bukan bertujuan untuk berlagak pandai. Janna hanya ingin mempromosikan telekung yang dipakainya.

Bukan niat saya untuk berlagak pandai atau nak menyakitkan hati orang lain. Tindakan saya membalas komen-komen itu untuk memberikan penjelasan kepada mereka yang telah salah faham

Sabar lah Janna,  tidak semua yang kita lakukan itu sempurna di mata netizen. Anggaplah sahaja ia cabaran ketika dalam bulan puasa ini.

Sumber Berita : mStar Online

12 responses to Saya Hanya Promosikan Telekung Bukan Ingin Menunjuk Buat Pahala – Janna Nick

  1. Sijai says:

    Sabar saja, tidak semua omongan orang harus ditanggapi

    2

    0
  2. RakyatMalaysia says:

    Tidak salah nak promote telekung ke apa ke..tapi mesti kena pada tempatnya. Mesti menilai sesuai ke tidak. Mesti tgk pada waktu dan ketika. Etika dia masjid tidak boleh ditolak ketepi semata2 nak promote telekung.
    Harap2 Jannah ambil positif dari apa yg berlaku. Saya doakan agar urusan Jannah dipermudahkan dunia & akhirat. insya allah.

    4

    0
    • Buka mata luas2 says:

      Wehhh poujiah gous tu lagi lah, setiap kali bulan pose muka die je manjang tayang pakai telekung.
      Pegi masjid, balik terawih, smue asyik tgkap gmbar tayang. Yg tu la patut korang kecam. Jannah ni bape kali la sgt..

      1

      0
  3. minah jambu suka saahara yaakop says:

    kalau nak buat baik tak semesti nya nak kena jual telekong atau tudungggg….lagi baik kalau tudung tu sedekahkn pada masjid atau surau ..orang pakai itu telekong buat solat ada jugak pahala…..lov janna nick..

    4

    0
  4. Jeanie says:

    first nampak tu , mmang rasa tak patut .. I’m a christian , n juga rasa tak patut promosi telekung ber background kan masjid , apa lagi masi ada org yg tunaikan solat .. Tak salah , tpi kena tengo keadaan , biar pun Janna ckp tak ada niat mnunjuk , tpi gmbr tu yg buat org brpandangan bgtu .. Just an opinion .. Maaf .. Sy hormat agama Islam ..

    13

    0
  5. garfield says:

    dia ni asal nyer kulit hitam … jadi artis terus kulit putih. entah apa lah yang dia telan.

    0

    5
    • Hiji says:

      Ko ni cam buat statement mcm ko duk zaman batu plak…kang org kate ko tanye soklan bodo kang ko mrh..ak x la minat janna sgt..tp sokln ko ni soklan mintak penampo..punye la skrg org lumba2 hsilkan produk pemutih…aura white sgala bagai..ko duk mane eh..tp reti plak bace blog….da org tu retis…duit masyukk..mmg la pitih bnyk nk beli produk mcm2..haishh

      0

      1
    • Anonymous says:

      dia hitam sebab bersukan lah.

      0

      0
  6. Yun says:

    Nk tegur psl selfie awat buat dosa psl kulit hitam bagai.. Yg baca ramai..

    1

    0
  7. Andy says:

    Tu la pasal, asyik2 kena kecam. Hai kan bagus klau instagram ni x wujud. Sbb aq tgok artis yg dikecam ni sume melalui insta

    0

    0
  8. Huhuhu says:

    Garfield ni ingat aku kucing ker rimau tpi entah bgaimana dia bole masuk sini mungkin cari tuannya kot<<tklur topik

    0

    0

Leave a Comment

Optional