Written by AbangNara | February 4th, 2015

Taufik Batisah dan Nur Fazura sekali pandang memang nampak macam pasangan kekasih. Kedua-duanya sama cantik sama padan. Mereka berdua duduk sebelah-menyebelah ketika menjadi juri MLM2014. Memang nampak sepadan dan sesuai sangat lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya berborak tanpa disedari perbuatan mereka sedang dirakam. Terasa macam lihat pasangan bercinta secara senyap-senyap je. Setiap minggu pun Taufik dan Fazura pun seringkali ‘selfie’ bersama untuk tatapan para peminat mereka.

taufik batisah dan fazura

Abang Nara yakin ramai peminat di luar sana yang berharap mereka berdua bakal disatukan di bawah ikatan percintaan. Sebelum ini ada timbul gosip mereka berdua dah bertunang namun ternyata ia adalah palsu. Malah Taufik Batisah juga telah tampil dan memaklumkan hubungannya dengan Fazura sekadar kawan biasa. Malah penyanyi dari Singapura ini sedang dalam fasa mengenali seseorang. Kata Taufik:-

Saya dan Fazura hanyalah teman biasa sahaja, tidak lebih daripada itu. Bagi saya, dia merupakan seorang yang sangat profesional dalam menjalankan tugas dan kebanyakan masa kami berbicara ialah mengenai hal kerja sahaja. Hubungan kami tidak lebih daripada sebuah persahabatan.

Saya mengakui kini sedang mengenai seseorang, bagaimanapun biarlah perkara itu menjadi rahsia. Saya fikir, tidak perlulah perkara itu dikongsi secara terbuka dengan peminat. Cukuplah peminat hanya mengetahui perkembangan karier nyanyian saya dan mereka terus setia memberikan sokongan. Itu sudah memadai,

taufik batisah dan fazura

Pasti ramai yang kecewa kerana hasrat mereka untuk melihat Taufik dan Fazura bercinta tidak kesampaian. Jangan risau. Orang kata kalau ada jodoh tak ke mana. Mana tahu lepas habis MLM2014 nanti hubungan mereka akan jadi lebih daripada kawan biasa. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Sumber Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Saya & Fazura Hanya Teman Biasa – Taufik Batisah

    • BETTY RATU GIGI JONGGANG says:

      AWAK MEMANG CANTIK N KAYA FAZ …

      TP TAK SEMESTINYA SEMUA LELAKI YG KO NAK ,
      DORANG PON NAK KO JG !!!

      TIAP LELAKI ADA TASTE SENDIRI ,
      APATAH LG TAUFIK NI SPECIES LELAKI BIJAK !!!

      ORANG BIJAK LG TAHU APA YG DORANG NAK !!!

      0

      0
  1. Anonymous says:

    kuang kuang…msti si pajura tuh dh perasan gile n syok gile ngn si topek ni…

    0

    0
    • minah says:

      hihihi.. pajura smua mau kat dia… dia jaxmau kat org… shaheizy sam tu pun dia kata mau kediaa………

      0

      0
      • Anonymous says:

        shaheizy sam tak handsome langsung, tak suka tengok muka or lakonan dia. sorry fans shaheizy sam bukan menghina just my own opinion. lain orang lain taste………….

        0

        0
  2. kelas mengaji says:

    hahahaha..taufik ni pon taw menilai mane pompuan baik nan pompuan tutttttttt….hahaha..sori pajora

    0

    0
  3. Anonymous says:

    pertemuan itu ada… Moga cepat2 bertemu jodoh ye fazura..

    0

    0
  4. pajura says:

    kenapa abg nara ni??kan topek dh ckp sdg mengenali seseorg..kenapa nak mendoakan lg ngan pajura??doakan la ngan pasangan dia tuuuu..ape daaaa

    0

    0
  5. makwe topik says:

    kalau aku jadi makwe topik, menyampah pula aku ngn pajura nie .hahaha

    0

    0
  6. Zu Mohd says:

    tofik ni dah tunang kan
    kcian nye si pajura nih, sejak clash ngan TMJ, cam nak tunjuk die still hot
    kate shaheizy sam nak kat die laa, ni lattest ni tofik ni lak teman tapi mesra nye (menurut pajura laa)

    0

    0
  7. Anonymous says:

    mmg taufik ni ade gf la….x pyh la nk tayang2 pic brdua mcm tu…peminat ni semua hentam keromo jer…dh tgk ig taufik…die ke msia pun sbb MLM…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Untuk komen2 bangang di atas , kan fazura dah bilang yg buka cerita ni Sabrina bukan sepupu dia … adoi….

    0

    0
  9. Anonymous says:

    bgus la xda apa2 dgn fazura sbb ak minat gila dgn taufik ne…kot2 taufik u xjd dgn someone yg u knl skrg ne,i still single..

    0

    0
  10. Beyonsee says:

    “Friends with benefits” kot..?

    0

    0
  11. […] Menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama aktres jelita Fazura, penyanyi kelahiran Singapura Tau… […]

    0

    0
  12. […] Menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama aktres jelita Fazura, penyanyi kelahiran Singapura Tau… […]

    0

    0