Written by AbangNara | March 26th, 2015

Pernah bercinta selama beberapa bulan dengan Lana Nodin, Johan As’ari tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu yang bakal mendirikan rumahtangga bersama seorang jejaka Amerika Syarikat pada 15 Mei depan. Biarpun jodoh antara Johan dan Lana tidak kesampaian, pelakon itu tidak pernah menyimpan dendam sebaliknya berterima kasih kepada bekas kekasihnya itu kerana banyak mengajarnya erti kehidupan. Amboi!!!

johan lana

Kata Johan As’ari menerusi Mstar Online:-

Saya mendapat tahu tentang berita Lana bakal berkahwin daripada laporan media dan sebagai lelaki yang pernah rapat dengannya saya gembira dengan berita itu kerana dia menemui cinta sejatinya. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan berharap Lana akan bahagia bersama lelaki pilihannya sehingga ke akhir hayat.

Lana adalah seorang wanita yang baik dan sepanjang mengenalinya dia banyak mengajar saya tentang cara untuk memahami kaum wanita dengan lebih baik. Meskipun tiada jodoh diantara kami itu bukan bererti saya perlu membencinya kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

johan dan lana

Kebahagiaan itu adalah hak milik setiap insan. Walaupun Johan dan Lana tidak ditakdirkan bersatu, Abang Nara respek dengan keikhlasan dan ketulusan hati Johan yang mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu. Kepada Lana, tahniah diucapkan atas perkahwinan yang bakal terbina. Anda memang bertuah mendapat seorang lelaki yang memahami Islam, kacak dan badan sado. Semoga berbahagia ke akhir hayat.
gudang telelkung

P.S: Dapatkan segera koleksi terbaru Telekung Cotton Exclusive keluaran khas GudangMY. Harga sepasang: RM79 free postage. Harga borong : RM39 per piece (MOQ 5 pieces). Telekung Cotton Exclusive mempunyai 10 warna pilihan yang cantik2 semuanya dan didatangkan dengan beg untuk mudah dibawa ke mana-mana. LIKE Facebook GudangMY atau telefon/SMS 019-236-1986 untuk maklumat lanjut.

9 responses to Saya Doakan Kebahagiaan Lana Nodin Bersama Lelaki Pilihannya – Johan As’ari

  1. Anonymous says:

    tak abes lagi psl lana nordin ni.. enough nara.. so bored..

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    at least lelaki yg lana jadikan suami x d la perangai mcm ko…harap jer depan mcm baik,rupenya main kan perasaan org..

    0

    0
  3. peminat amy mastura tegar says:

    abang nara ni macam bias je..kisah artis macam amy mastura…fauziah latif…ning baizura…anuar zain…xde pon…

    0

    0
  4. amboi says:

    saje je bang nara ni letak gambar pompuan pakai telekung bawah gambar laranordin :)
    perli secara halus la tu ke laranordin

    0

    0
  5. lady says:

    padan muka kau johan..lana dpt llki 10x lbh hensem dr ko….hahahaha

    0

    0
  6. abang sado rupanya tomboi says:

    Hensem ke?sape yg nk bimbing sape ye..Lana ke boyfren …

    0

    0
    • -_- says:

      suka hati la sapa bimbing sapa. Johan ni xde la baik mana nak bimbing lana. biarlah lana bimbing suami dia, sama sama belajar, insyaAllah dua dua dapat hidayah. Kau ni kan abang Nara cakap tak fikir panjang. Apa hak Johan nak berdendam dgn Lana. Bukan dia yang buat salah ke?

      0

      0
    • miss lea says:

      Its her own choice nk pilih siapa jadi husband, Bagus juga die choose David ni. Cuma aku da bosan tgk soklan2 bodoh bangsat cmni konon “eyh siapa nk bimbing Lana..Moga Lana berubah tutup aurat (asal pakai tutup litup tu da kira beruba sepenuh la korang punya perception)…bla bla bla,,”
      Who knows David is actually lelaki sejati and boleh bimbing Lana lagi bagus dr korang yg typical melayu haprak.. owh plsss…
      Anyway Lana n David all the best for you two :)

      0

      0
  7. adudu kepala kotak says:

    comelnyeee model pakai telekung tu

    0

    0