Written by Bella | July 25th, 2016

Minggu lepas industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita dimana pelakon Adlin Aman Ramlie ditahan pihak polis atas dakwaan terlibat didalam kes penipuan hartanah bernilai RM 500,000.

Tidak mahu ada pihak yang terus salah faham dan menghakimi dirinya tanpa mengetahui perkara sebenar, Adlin semalam telah mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan setiap butiran mengenai dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya.

Menurut Adlin beliau sebenarnya diperangkap dan dijadikan “kambing hitam” oleh sindiket pelaburan haram.

Saya ingin tegaskan di sini saya langsung tidak terlibat dalam sebarang urusan pelaburan tidak sah melibatkan syarikat berkenaan. Saya secara peribadi merasakan diperangkap, dieksploitasi selain rangkaian sindiket ini telah menjadikan saya sebagai kambing hitam.

Adlin juga menafikan berita bahawa beliau ditahan reman selama empat hari. Sebaliknya, beliau hanya ditahan selama 24 jam untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada masa yang sama, Adlin mengakui beliau terlibat dengan pelbagai program MLM tetapi hanya sebagai penampilan khas untuk memberi ceramah motivasi. Adlin tidak pernah terlibat dengan sebarang pelaburan MLM.

Saya tidak menafikan mengenali ramai individu dalam rangkaian ini termasuk yang ditahan pihak polis baru-baru ini.

Bagaimanapun saya tidak mempromosikan apa juga yang mereka lakukan kerana kehadiran saya sama ada sebagai seorang profesional iaitu tetamu atau memberi ceramah motivasi. Malah kali terakhir saya muncul dalam program sedemikian adalah pada Disember tahun lalu.

Anak kepada pelakon vateran Ruminah Sidek itu juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya beliau sekali lagi dipanggil oleh pihak polis menumpaskan sindiket berkenaan.

Adlin juga berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana sindiket penipuan MLM.

Saya belajar daripada pengalaman ini dan akan lebih berhati-hati dalam setiap acara atau majlis yang akan saya hadiri.

Kejadian ini juga diharap dapat memberi pengajaran kepada orang ramai malah rakan selebriti agar tidak mudah terpengaruh dengan rangkaian seperti ini. Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian bagi memastikan sindiket seperti ini dapat dihapuskan.

Dari dahulu lagi kami tidak pernah percaya dengan mereka yang terlibat didalam MLM. Mereka ini licik sekali memperdaya orang ramai dengan menayang duit dan kereta mewah yang kononya milik mereka. Ingatlah, tiada jalan pintas untuk menjadi kaya dan jangan terpedaya dengan janji manis sindiket penipuan MLM. Kelak anda akan menyesal..

Sumber Berita : mStar Online

27 responses to Saya Diperangkap Dan Dijadikan “Kambing Hitam”- Adlin Aman Ramlie

  1. Orang Cerdik says:

    Oh Rozana

    Kuhapus sajak yang kutulis untukmu
    Bukan hanya serangkap, tapi seluruh
    Demi hatimu yang kian pandai menelaah
    Tiada lagi bisjut & royi

    Oh Rozana
    Luruh airmata bangla yang kujanji jatuh
    Bukan hanya setitik rintik, tapi menggerimis
    Meski sesungguhnya kurasa bisjut & royi
    Bisjut & royi yang bernilai RM10K

    Oh Rozana
    Kau ingat kau pernah mendapat RM10K
    Pada titian jembatan antara bisjut & royi
    Pada bebukit yang meninggi julang
    biar aku tahu ada jejaka bangla menujumu

    Nak bisjut?
    Nak 10K?

    0

    0
    • taik susu dutch lady basi !!! says:

      nak kentutlah….
      tadi aq berak cair ,,,korang tau ????
      taik susu dutch lady basi !!!!!!

      0

      0
      • Anonymous says:

        MLM – melayu lingkup melayu..

        0

        0
        • Kiah Kongo says:

          Akak paling benci dgn puak2 pelampau MLM ni. Kawan dgn kita bukan iklas. Ajak gi dinner rupa2 nya ke taklimat MLM. Dipaksanya akak join lepas rasuah akak dgn kueh lodeh, beehoon goreng dan teh tarik. Bila kita tolak dituduhnya “melayu bodoh..org nk kasi ko duit pun degil”. Serik akak..ko yg vongok ingat aku nk jadi mcm ko ke Munah? Baik akak beli emas, bila harga naik, tolak tak pun gadai. Dr melabur..akhirnya LEBUR!

          0

          0
      • Senyum Kambeng says:

        Melayu oh melayu…1st time aku setuju dgn statement Bella. Tiada jalan pintas utk kaya raya. Kt luar negara dipanggil Ponzi scheme. Perniagaan yg berdasarkan sistem piramid. Yg atas kaut modal yg dibawah. Guna nama artis2 dan dato2 utk tarik pelabur2 baru. Bila tkde pelabur2 baru..lantai piramid tu pon roboh jatuh berkecai. Semua pakat gigit jari….hutang keliling pinggang. Kesian…

        0

        0
      • Bekas AF says:

        Kih kih kihhhh. Sesuai dgn muka ko… bpeloh dahi kena taji sama polis bro..mulut kalah joyah…waktu kau jdi judge AF..mcm Msia ni milik kau je aksyen nya. Kerabat Tompel jonggos poyo…rasakan pule mcm mana ko taji budak2 AF tu dulu…nah ni..lagi terok! Balai ko kena buat “audition” khas!!!!!!!

        0

        0
    • -- says:

      scarynyeee muka emelda. nara taknak kupas ke kenapa hidung dia jadi mcm maikel jeksen? hahaha

      0

      0
      • Lol says:

        Bomoh penyeri wajah…silap jampi tu. Sebab pengeras x cukup. Payment hold…bomoh pun buat sambil lewa. Bayaran ciput…sbb laki kena masuk ke dalam.

        0

        0
        • Insaf lahhhh says:

          Tu yg kawen sama AC Mizal tu..karat kemain muka. Laki bini rambut karat…virus penipu brjangkit. Gelang ajaib opah ko! X habis2 kerja puak2 ni mnipu …bpisah tiada.

          0

          0
    • SoliqueRepublicOfDiva says:

      Kepada yg pernah kena tipu…aku nk kasi ucapan tahniah sbb bodoh! Kalu MLM ni telus, dh lama la woi kt Barat org jdi millionaire. Ha ha ha…pakai kereta sports mewah..padahal kereta tauke Cin hadiahkan…re-cond sbb berjaya menipu melayu2 otak udang mcm korang. Sesuai sgt…huhuhuhu

      0

      0
    • Kak Vidah says:

      yg paling pelik, nmpk je muka artis, semua pakat letak otak ke lutut. mcm la artis tu pandai. kalu pandai x jdi artis la wey! produk2 kecantikkan pun sama. guna muka artis lariskan sales. korang ingat nora danish tu lumur safi rania gold ke malam2? ko ingat che ta pakai ke baju raya tesco ala tirai rumah kak senah pontian.. ropol2 pelbagai tu? pikir la…

      0

      0
  2. seri says:

    xkan la ko x tau even sebesar hama syarikat tu buat bisnes menatang ape..?..ceramah motivasi..??..layak ke kau..??..ckp pon mendongak lagit bajet ko je betul..peliish la …statement nk lepas diri letteww…kesian puak2 nk kaya cpt kne tipu lagi..asal dgr artis je suma nk ikut..padan la muker…hihihi..

    0

    0
  3. huh says:

    hairan bin ajaib..

    dah lamakan,..rasanya berita mengenai ramai artis2,..atau sesiapa sajalah yg join business MLM ni. dan ramai yg sudah tahu MLM not 100% betul..ramai yg telah ditipu dan kena tipu.

    bila dh jadi mcm ni mulalah nk tegakkan benang yg basah. amount yg didedahkan bukannya sedikit..malah ratusan ribu ringgit.
    kalau rasa diri dijadikn kambing hitam..sejak awal berita pembabitan perniagaan MLM ni dia boleh periksa di SSM….tapi kena hati2 juga..lesen perniagaan pun murah sgt org boleh beli..semata2 utk mengaburkn mata org.
    Selepas cek dgn SSM..cek pula dgn MOF…jgn membabi buta je ikut apa org kata.

    0

    0
  4. akulah aku says:

    RM500k je???? Tak berbaloii nyaaa

    0

    0
  5. sentap says:

    dah kantoi mcm2 la statement…mgaku je la…ipar ko pun menipu jual gelang gak…2×5

    0

    0
    • Anonymous says:

      AC Mizal??? Org2 yg labur dulu masih berhutang dgn bank. Melayu tamak…nk kaya cepat…hidup x berkat.

      0

      0
  6. abg gagah says:

    slumber je beb dia beli 10 unit condo kat area rumah aku, nak buat sewa katanya

    1 unit condo rm450k x10 = Dekat RM5juta bai

    0

    0
    • Anonymous says:

      Aku tak percaya kat mamat ni…ceramah motivasi apa kat majlis anjuran MLM tu??
      Kalau kau buat ceramah motivasi pasal lakonan or hal hal seniman aku boleh hadam jugak.. ni dah terpalit sama…nak lepas kan diri kau kata kau buat ceramah motivasi untuk pengaruh orang ramai melabur kat company skim cepat lingkup tu….
      Kalau betul dia beli 10 condo…SPRM dan Income Tax tolong buat siasatan atas pembelian ni….

      0

      0
      • abg gagah says:

        ye la 10 condo tu bersamaan rm5juta.
        sama dengan beli banglo besar. sbb tu la kot SPRM ngan income tax lepas

        0

        0
  7. X says:

    Anggap jelah balasan dosa2 kau,jgn nak jadi kambing bagai..alahai nak cakap dia tak buat salah ler tu!!1

    0

    0
  8. Menyampah says:

    Tu lah berlagak sangat kau dalam tuturcara dan percakapan.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Kambing HItam popular dapat masuk Blog Hiburan..
    Adakah nk elak dari kesalahan? mmbekkk mbek….

    0

    0
  10. Anonymous says:

    seram dowh muke bini dia..

    0

    0
  11. Lawak La Ko Jonggos says:

    Laki bini ipar duai sama je menipu..tu ha tauke gelang ajaib konon ada power last2 kantoi beb. Made in Taiwan katanya Bedah hoi.

    0

    0
  12. Mak Mah Ratu Poliden says:

    Imelda ni designer katanya…haram sepasang baju x pernah nampak. Laki bini ni poyo. Mulut dua2 ekor mcm pantat ayam. Sesuai la kena tahan…x mgaku plak tu. Habis ko x tlibat…ko kasi gak ceramah pehal? Ko pun sama la..bersubahat..penyagak!

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Sumbat je dlm lokap. Ni la agen2 MLM konon islam tapi lebih teruk dr yahudi. Nk menipu ke kerja korang bahlol kan? Sepandai-pandai tupai. Bersubahat juga lah ko sebenarnya. Lepas ni x sape pcaya ko lagi. Jual cekodok lah..kt jln chow kitt. Bye!

    0

    0
  14. nyah says:

    tak ngaku lagi dlm news dah kuar polis ckap memang dia ni suspek,tu la berlagak sombong bagai …sesuai dgn muka ko yg hazzzabbb itew

    0

    0