Written by AbangNara | September 22nd, 2014

Akhirnya Zed Zaidi tampil untuk menjelaskan sebab sebenar dirinya tidak hadir ke majlis pertemuan bekas ahli jawatankuasa SENIMAN yang dianjurkan oleh Datuk Yusof Haslam baru-baru ini. Abang Nara ingatkan Zed tidak ‘gentleman’ dan takut dimaki sekiranya hadir, rupa-rupanya bekas presiden SENIMAN ini mengalami demam panas yang amat teruk. Abang Nara pernah gak kena demam panas. Nak bangun daripada katil pun terasa peritnya.

zed zaidi

Akibat ketidakhadirannya itu, Zed Zaidi telah dicop sebagai tidak bertanggungjawab dan takut untuk menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan tersebut. Namun Zed menjelaskan yang ketidakhadirannya berpunca daripada demam dan turut mempersoalkan tujuan pertemuan tersebut diadakan. Kata Zed:-

Peliklah, pada hari tersebut, memang saya demam teruk kerana sebelum itu saya sibuk dengan urusan keluarga serta perkahwinan adik saya. Bukannya sengaja tak mahu datang. Apabila saya tidak ada pada pertemuan itu, macam-macam pula tuduhan yang diberikan.

Saya ada bertanya pada Datuk (Yusof) kenapa baru sekarang nak damaikan ahli-ahli dan bukannya sebelum isu dibawa ke mahkamah?

Lebih pelik pertemuan dilakukan ketika menjelangnya AGM. Saya bukannya mahu menuduh sesiapa. Cuma pelik apabila isu mahu berdamai timbul apabila AGM dah nak dekat.

Bukankah segala masalah berbangkit boleh dibawa ke AGM nanti? Nanti jangan pula ada yang sengaja cakap saya mahukan jawatan presiden semula. Saya tak kisah pun tentang pangkat

zed zaidi

Menariknya di dalam salah sebuah suratkhabar semalam, dilaporkan menerusi laman Facebook SENIMAN terdapat beberapa status yang dikongsi oleh orang yang tidak dikenali yang seolah-olah memperlekehkan usaha pertemuan tersebut. Berdasarkan pencarian Abang Nara hari ini, dilihat bahawa laman Facebook SENIMAN sudah pun dibuang dan tidak wujud lagi. Hmmmmm. Apa pun, Abang Nara sokong usaha Datuk Yusof Haslam yang mahu menjernihkan keadaan. Sekurang-kurangnya ada berbuat sesuatu daripada hanya duduk melihat para ahli bertelagah sesama sendiri. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to Saya Demam Teruk, Bukan Sengaja Tak Nak Datang – Zed Zaidi

  1. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    helooooooo betol ke ni ?

    0

    0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      a.a.ah alhamdlillah betol rupa Nye minah jambu dapat pes…shukurrrrr la sangat sangat…

      0

      0
  2. DR. KAMILIA says:

    Saya Sahkan zed zaidi demam.. Dia ada dtg ke klinik sya..

    0

    0
    • Doc yg baik hati. says:

      Trimakasih Doc krn beri penjelasan. Smoga Klinik Doc di Rahmati Allah swt. Berdosa besar siapa yg buat fitnah spekulasi tu.

      0

      0
  3. aku says:

    Ada makna ke seniman nih?? cer bg contoh kat aku apa sumbangan dorg kat artis???

    0

    0
  4. APE DAA says:

    who cares?abg nara,gossip murahan gini sila jgn masuk dalam blog nie..weollss masuk post ni sbb nak komen je tp sepatah haram tak baca post yang nie..tak menarik langsung..

    0

    0
  5. shian die demam says:

    Ala demam yer abg zed. alaaa ciann dierr.. ala bucuk2!
    puiiiii

    0

    0
  6. […] Saya Demam Teruk, Bukan Sengaja Tak Nak Datang – Zed Zaidi (7) […]

    0

    0