Written by Bella | November 22nd, 2016

Sering dihimpit dengan gosip kononnya beliau sedang bercinta dengan Mira Filzah, pelawak Zizan Razak menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Mereka juga tidaklah begitu rapat seperti yang disangkakan dan hanya sekadar teman biasa.

Untuk pengetahuan anda, gosip percintaan Zizan dan Mira mula menjadi perhatian ramai apabila mereka tampak serasi dan mesra ketika mengacarakan ABPBH 29 yang lepas.

Sebagai kawan pun kami sebenarnya bukanlah terlalu rapat apatah lagi melibatkan hati dan perasaan.

Zizan akui beliau sehingga hari ini masih lagi solo dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Buat masa ini Zizan ingin fokus dalam kerjayanya dan mahu bergembira dengan peminatnya yang tidak pernah berhenti memberikan beliau sokongan dalam bidang seni.

Jika ada jodoh, Insya-Allah dan sekiranya masih belum sampai waktunya tidak mengapa kerana setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah.

Sementara tiada sebarang komitmen dalam hubungan boleh saya fokuskan kepada kerjaya seni selain ada peminat yang boleh menggembirakan saya.

Mula-mula memanglah kawan biasa tetapi dimasa hadapan siapa yang tahu? Kadang-kadang benda yang kita nafikan tidak mustahil akan menjadi kenyataan.

Sumber Berita : mStar Online

13 responses to Saya Dan Mira Tidak Begitu Rapat, Apatah Lagi Ingin Bercinta – Zizan Razak

  1. Anonymous says:

    gosip sampah!

    10

    0
    • Anonymous says:

      mira ni sesuai jadi pengacara. suara dia jelas waktu anugerah skrin 2016. ada potensi.

      0

      12
    • Tilapia says:

      Aku ke je yg perasan minah ni mcm tergedik2 ngan zizan? Ye la ziankan ada ferrari gituuu ko hado? Hahaha

      0

      1
  2. Hehe says:

    Kesian Mira kene reject kihkih

    13

    0
  3. RakyatMarhaen says:

    Ehh minah ni kejap dengan fattah kejap dgn zizan..dah kena rejek dengan fattah ke sejak ada lopa hahaha.korg perasan tak dia mcm syok kat fattah.time insta supporters dia gigih mintak izin nak edit gambar dia dgn fattah time suri hati pilot meletup dia reply edit jer syg..kahkahkah..lepas tu fattah kena cancel jadi hero mira dlm satu drama peminat mira ckp elokla tu nanti tak ada org banding2kan..hampa laa c mira tak dapat ganding dengan fattah kahkahkah

    9

    0
  4. RakyatMarhaen says:

    Ehh minah ni kejap dengan fattah kejap dgn zizan..dah kena rejek dengan fattah ke sejak ada lopa hahaha.korg perasan tak dia mcm syok kat fattah.time insta supporters dia gigih mintak izin nak edit gambar dia dgn fattah time suri hati pilot meletup dia reply edit jer syg..kahkahkah..aku xminat la c mira ni mcm bajet2 ayu nmpk sgt kau syok kat fattah..kesian fattah tak jadik hero kau kat drama

    4

    1
  5. Anonymous says:

    ASAL MINAH NI JE.. MESTI GOSIP PSAL JANTAN

    5

    0
  6. sentap says:

    sian plus malu mira…zizan ckp terus je xda apa2…malu la ko bila wartawan tanya ke ko dok sengih2 cam mengiyakan korg bcinta…

    8

    0
  7. nok gebuzzz says:

    minah perasan………jadi pengacara rancangan 3 juara ape fungsi dia x tau la….baik 2 laki tu pon dah cukup…oh tv3 plzzzzz la…….

    5

    1
  8. Fido Dido says:

    Dah x laku rasenye zizan ni..

    2

    1
  9. mehhh says:

    Kalau perempuan gedik, mmg selalu kena gossip dgn banyak lelaki. Nothing to be surprised. Mmg selalunya begitu kan?

    2

    0
  10. burung hantu says:

    body mira bkn seksi pn.. dh la kurus,buncit sikit plak tu..tu pn kalau korang prasan la..
    yg pasti mira jd pgacara or juru cakap produk mmg power..suare jelas & IQ cepat

    0

    0