Written by Bella | April 28th, 2015

Sebelum ini, terdapat laporan akhbar mengatakan pelakon Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad sedang hangat bercinta apabila mereka berdua kelihatan cukup mesra baik di dalam foto ataupun di luar.

Walaubagaimanapun, Syarul dalam satu kenyataan menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan bersama aktres jelita tersebut seperti yang dilaporkan dalam akhbar mingguan pada hari Ahad yang lalu.

Itu semua gosip dan saya tidak memberi sebarang kenyataan pun tentang perkara itu. Saya dan Mia hanyalah rakan kerja yang menggalas tanggungjawab dan tugas sebagai pelakon. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Kami sahabat, sama seperti saya bersahabat dengan orang lain.

Syarul berharap dengan penjelasan yang diberikan tiada lagi peminat yang salah faham dan akan membangkitkan isu tersebut. Sebagai seorang pelakon yang masih di peringkat awal dalam kerjaya lakonan, beliau tidak mahu namanya dikenali kerana gosip dan kurang selesa untuk berbicara soal peribadi kepada umum.

Biarlah nama saya dikenali kerana kerja bukan cerita-cerita peribadi. Apa-apapun saya bersukur selepas tiga tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, baru sekarang orang kenal saya. Alhamdulillah.

Gosip mereka berpacaran mula meliar apabila kedua-dua mereka dilihat bermesra-mesraan ketika mengikuti Jelajah Bas #Dramasangat TV3 dan TV9 di Melaka baru-baru ini.

Tidak dinafikan jika mereka bercinta memang sweet seperti yang peminat mahukan tetapi kami difahamkan Syarul Ridzwan sebenarnya sudah berpunya, jadi semua ini hanya gosip semata-mata.

Sumber Berita: mStar Online

 

24 responses to Saya Dan Mia Ahmad Tidak Lebih Daripada Rakan Sekerja- Syarul Ridzwan

  1. mutiara says:

    tuari beriye benor cari info konon dorang ada affair..sekali nan hado.
    huhuhuh..

    0

    0
    • Peah Ronggeng aka PR says:

      Yang akak peah nak komplen awatnya mangkuk tomyam ke ntah kari ke apa tue ada bekas kuah meleleh..hee melimpah2 ke kuahnya atau korang cedok kuah gelojoh sgt..sekian..akak just prihatin jerrrr…

      0

      0
    • hati says:

      itu lah nara… kalau nak kenal. hAhAhA

      0

      0
    • Anonymous says:

      dlm byk2 drama melayu yg meletop, x pernah lg tergila2 atau cair dgn hero nye…dlm citer ni je little bit cair kot, coz si syarul ni skali imbas ade iras2 my husband ngeh2..

      0

      0
  2. mTb says:

    Bila masa pulak SR dah berpunya ni? SR dah lama lah tak dengan DE. Biarlah SR demgan MA. Masing2 dah single kot..

    0

    0
  3. Jawapan Aku says:

    Ala..nak naik kan rating crita dorg la ni..itu je..lps habis takde da dgr bnde2 ni..biasa tu

    0

    0
  4. lols says:

    fans dorang ni beria menggelitas tengok depa ber2 ni sweet2 kat luar. depa buat cmtu sbb nak promote drama depa ja. aku lagi menyampah tengok fans2 ni

    0

    0
    • kiah kokdiang says:

      kalau lakonan n plot crita best xpayah nk promote2 gaya2 mcm ni..NO NEED..klau best peminat akan tgok n rating akan naik..that’s it..tgok dlu spa Q rating bjuta2 sbb best..skrg tlalu byak crita adaptasi novel..dh bosan dh..skali 2 bole la layan..bila byak sgt nk muntah dh..hrmmm..

      0

      0
    • Anonymous says:

      biasalah nak promote drama or filem. mereka serasi bkerja, mereka serasi berkawan. tak semua yang serasi berkawan tu serasi juga jadi pasangan hidup. minat boleh tapi jangan over2 sangat. dunia artis memang macam ni, sekali dah masuk dunia ni, semua kisah privasi akan di korek. sabar wahai mia ahmad dan SR.ini jalan yang anda pilih terpaksa anda tempuh.

      0

      0
  5. Anonymous says:

    bagus SR tampil memberi penjelasan dan menghuraikan kekusutan gosip yang hanya berdasarkan khabar angin. pada peminat sila jangan melatah pulak dengan penjelasan SR. takut ada yang frust sebab mia ahmad bukan dengan SR.
    Silent is golden..

    0

    0
  6. peminatmarah says:

    hahahahha….ok mmg xminat dah dgn SR sejak tau dia putus dgn makwe dia. drp peminat sr dah jd peminat exmakwe dia.lol

    0

    0
    • nami says:

      haha..die ensem jdik tengku Zaril jek…sbb ade gaya..kalau diri dia sendiri bese2 jek..tgk dlm cite romi n juli..ntah pape jek…

      0

      0
  7. GST says:

    ape citer drama tu…aku lansung tak bukak..boring asyik tema lelaki jadi rebutan pompuan miskin dan pompuan kaya..yg kaya mesti jahat dan gedikk..yg miskin cantik dan baik..betul ke.??.,, tapi aku suka tema Teman Lelaki Upahan ..selamat tinggal lah drama…

    0

    0
  8. nami says:

    die da putus ke ngan awek die?abis tu sume meroyan pasai pe?mia diam je…adeh sbb fans da dua owg ni xle kawan..nk kawan smpi kena hentam..huhuhuu

    0

    0
    • peminatmarah says:

      peminat sr over sgt smpai p buat kacau n ganggu ex-makwe dia la.kononya sr buang gmbr dia ngan mia sbb makwe dia jeles.padahal diorg dah lama xde ape2.peminat ni over sgt

      0

      0
  9. kutu says:

    ye la..fans yang lebih2..relex2 sudah la..layan je la citer tu petang2..ni siap begadoh maki2..ungkit citer ex gf SR.padahal diorang tak ckp pape pon.maybe diorang mesra utk promo drama je..
    kalau baca komen2 kat ig diorang rasa macam over gila fans skarang ni..

    0

    0
  10. hehe says:

    muka mia cam shila amzah..sedara kerr??

    0

    0
  11. Ujung taun lps jupe dia ngan nad zainal kt langkawi berdua beli coklat…dia x famos lg pkai spec itam… Xtau la kalau shooting tp pnah ke ada drama diaorg bdua?

    0

    0
  12. Zxzxzxz says:

    Cerita kul 7pm yg teruk tahap gaban. Lakonan dua2 sucks! Menyeksakan. Director bagi apa kat tv3 utk dpt slot kul 7pm ni. Teruknya cerita ni, bila mau habis?

    0

    0
  13. Mawar says:

    Drama ni kalo pelakon ok best la jugak. Ni pelakon kayu. Opps sorry

    0

    0
    • peminat drama says:

      lg best cite indon tajuk aisyah pkul 2 tv3..penuh pengajaran gitu..penuh expresi muke..even heroin dia blakon jd perempuan yg naif..

      0

      0
  14. ulala says:

    crita bodoh!

    0

    0