Written by Bella | October 17th, 2016

Mengakui ada berhubung dengan Aiman Hakim Ridza untuk bertanya khabar, pelakon Fathia menjelaskan beliau melakukan semua itu atas tuntutan agama Islam yang melarang seorang Muslim itu memutuskan hubungan silaturahim.

Saya dan Aiman kembali berhubung namun sebagai seorang sahabat kerana pada saya tiada kesudahanya kami saling bermasam muka sedang Islam menuntut umatnya menjaga hubungan silaturahim dan bukan terus memanjangkan sengketa.

Soal kami pernah berjumpa atau tidak dan siapa memulakan komunikasi rasanya tidak perlu saya kongsikan tetapi hubungan kami sekarang dalam keadaan baik.

Menurut Fathia, beliau sangat bahagia hidup solo kerana dapat menerokai perkara baharu selain sibuk menguruskan perniagaan beliau. Malah, beliau kini berpeluang untuk lebih meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Fokus saya sekarang bukan cinta tambahan pula saya dikelilingi oleh orang yang membahagiakan termasuk keluarga. Sebelum ini saya jarang dapat bersama mereka kerana sibuk dan sekarang Alhamdulillah lebih banyak waktu berkualiti dengan famili.

Meskipun cinta tidak kesampaian, kami harus hormati prinsip Fathia yang enggan terus bermasam muka dengan Aiman. Harapnya, mereka dapat mengekalkan hubungan baik ini sehingga akhir hayat dan terus menyokong antara satu sama lain.

Sumber Berita : mStar Online

9 responses to Saya Dan Aiman Berbaik Kerana Agama – Fathia Latiff

  1. Anonymous says:

    Kalau dah jodoh tak ke mana.
    Doa baik2 sahaja.

    6

    0
  2. Mak Temah says:

    Semoga kedua-duanya dipertemukan jodoh yang terbaik. Amin…

    0

    0
  3. minah jambu say no to DRUG says:

    O..o..o..o kerana ugamaaa ye lah …kerana ugama ke kerana u rindu ngan si Aiman hensem ni ??? hahahaha fathia fathia cakap tu biar la betol2 jangan hipokrit..nak bermateair semula ngan Aiman tu cakap aje la ..banyak pulak cakap itu la ini la huh ! lov u Aimannn…i hope u consider ok..

    2

    3
  4. sentap says:

    tudung dah makin nmpk anak rambut…nmpk telinga…jgn jd ungka version 2 dah ye…u berhijab lagi sweet…

    2

    0
  5. DA'I TV3SUKU says:

    KALAU MENGIKUT AGAMA…LAKI DAN POMPUAN AJNABI TAK PERLU BERHUBUNG PUNN XDAK PSAI…HANG GATAI HANG KATA IKUT AGAMA..NGAJI LA DIK OIIIIIII….

    8

    0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      pasal dia gatal la dia hubungi si Aimannn konon ugama punye pasalll padahal padahal ..dh tentu dia mateair ngan Aiman lama tkan dia boleh lupa dlm sekejap aje….pasal dia teringat2 kan n rindu kan Aiman la dia kontek Aiman balek mungkin harapan fathia Aiman akan terbuka hati nak terima dia balek jadi mateair boleh kawinnnn tk gitu..

      1

      0
  6. anon says:

    Ala ngaku jelah ko takleh hidop tanpa dia. Nak bertanya kabar konon, abis, semua org lain pun ko tamya kabar jgk ke? Lagipun wat ape ko yg gih contact dia dulu. Nampak sngt mcm ko je yg terhegeh2. Aku doakan je ko ada jodoh dgn si aiman tu,

    5

    0
  7. rizwan says:

    lol, berbaik kerana agama? mana datang ni? haha

    1

    0