Written by Bella | February 5th, 2016

Isu Neelofa yang memuat naik foto  di Instagram yang menunjukkan beliau mengirim tudung jenamanya sendiri iaitu Naelofar Hijab ke Israel cukup viral di media sosial sejak beberapa hari lepas.Gara-gara foto itu juga Neelofa dikecam oleh sesetengah pengikut di  akaun Instagram miliknya.

Tidak mahu isu berkenaan terus diperkatakan, Neelofa menjelaskan beliau sekadar memenuhi kehendak pelanggannya yang beragama Islam di Israel yang berminat untuk mendapatkan produk Naelofar Hijab. Malah, ia adalah urusan peribadi antara pembeli serta penjual sahaja tanpa melibatkan kerajaan mereka.

Saya tahu isu ini agak sensitif tapi niat saya hanya mahu memenuhi kehendak penduduk beragama Islam di sana yang ingin membeli tudung kami. Urusan jual beli itu berlaku antara individu berkenaan dengan pihak saya, secara peribadi.

Penting untuk saya beritahu bahawa urus niaga itu tidak melibatkan kerajaan mereka pun, apatah lagi Naelofar Hijab memang menyediakan penghantaran pengeposan ke seluruh dunia. Seharus­nya orang kita berbangga apabila ada produk tempatan mendapat permintaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Neelofa juga mengakui ini bukan kali pertama beliau mengirim produk Naelofar Hijab ke Israel dan untuk pengetahuan mereka yang menuduh beliau tanpa usul periksa, Israel mempunyai lebih daripada 20 peratus penduduk yang beragama Islam.

Individu itu juga bukanlah pelanggan pertama kami, tetapi sudah ramai yang membeli tudung Naelofar Hijab datangnya dari negara berkenaan. Di sana ada lebih daripada 20 peratus penduduk Islam.

Sebelum hendak mengkritik seseorang pastikan anda tahu fakta sesuatu perkara. Bukan semua penduduk di Israel itu adalah Yahudi.  Tidak perlulah untuk tunjuk hebat dengan mencari kesalahan orang lain setiap masa.

Sumber Berita : Utusan Online

77 responses to Saya Cuma Penuhi Kehendak Penduduk Beragama Islam Di Israel Yang Ingin Membeli Tudung Kami – Neelofa

  1. izara aishah lg cantik says:

    Kesian neelofa ada je yg dengki dgn kjayaan dia..masa dewi remaja pun c tasha shila dengki dgn dia..sebab dia bijak & cantik..(x mcm tasha shila batu api & busuk hati)

    • kaklongkeypohchiiii says:

      tasha shila lagi cantik

    • Perempuanlindungankaabah says:

      Tahniah lopak.. kite suke lopak.. tudung die mmg beshhh.. pkai pun slesa.. ssuai dgn hrga yg mahal tu.. all the best 4 lopak.. kite nk jd mcm lopak.. lopak idola kite..

    • miss kepah says:

      haha gelak jap baca ayat pertama lofa..niat nk jual tudung kpd org2 kat israel tu ok, niat upload kat ig tu apa pulak..katanya beli scra peribadi so knapa nk ucap thank you melalui ig.haha.sblm ni ramai yg ko unfollow kwn2 artis ko sbb tak suka ada benda negatif, takut fikir dorang tu nk show off la pa la..patutlah ko rasa mcm tu, sbb ko pun suka show off…apa pun tahniah berjaya ke pringkat intenesenale.. dan satu lagi, lofa, aku rasa ko x mekap cantik sangat

      • Yekeni says:

        Apalah gedegak sangat.

        Transaction memang secara peribadi. Antara buyer dgn seller. Tidak melibatkan kerajaan israel.

        Ucapan thank you dipost di Ig adalah advertisement sebagai promosi agar pembeli lain dapat lihat betapa popularnya tudung dia. Motif adalah untuk mendapatkan more sales

        Kau mesti kerja kerani makan gaji ataupun homemaker kan? Adat orang bisnes memang ginilah… Gedegak….

        Anyways, i don’t support celebrities products. Overpriced, overhyped and qualities don’t match the price.

        • Anonymous says:

          tapi dia ni memang kuat show off pun, bukan sbb dia berbisnes..dari dulu kuat show off..sbb tu smpai unfollow kwn2 artis sbb rasa dorang tu show off, mana taknya, hati dia penuh dgn sifat riak

  2. Anonymous says:

    Comfirm lpas ni msti byk komen2 negatif yg mghina neelofa kt bwah ni…

    • win says:

      Kan. Sebagai masyarakat malaysia dan hamba Allah marilah kita sama2 bersangka baik dengan niat neelofa. Kalau asyik bersangka buruk bila nak maju?

  3. anak nogori says:

    Urusan jual beli itu berlaku antara individu berkenaan dengan pihak saya, secara peribadi. tp bila post kat IG adakah menjadi “peribadi” lg..
    lg satu, ni post kan… dlm IG tu, It’s from Israel.. bukan from tu “dari” ke… tetibo den bukak dictionary pagi ni… kalau untuk “for” kot…

    • LOL says:

      dia maksudkan customer tu from israel. if you check on the details of the parcel, the origin is from malaysia, and the destination is to israel.

    • farish says:

      urusan secara peribadi tu,maksud nya
      customer yg order dari israel tu bukannya membeli mewakili mana2 badan yg terlibat dgn kerajaan atau parti politik disana dan bukan secara rasmi ada wartawan datang ada press conference etc..
      ia bermaksud customer tu beli tudung samada thru ig dan website etc utk dia pakai sendiri atau beli dlm kuantiti yg sikit..

      kena faham juga terms tu.
      kurangkan bersikat negatif,tu sebab anda tidak maju…

      • Datin says:

        Aku musykil… knp dlm passport bhgn blkg sekali ade bgtau israel dilarang pergi.. mknanya kite blh pegi sume tmpt dlm dunia nie kecuali israel… kot2 kt cni ade pgawai imigresen ke blh laa kongsi ckit…. nk tau gak.. klu yg xtau pape tu xyah la komen memandai2… yg tau je blh komen..

        • hehehe says:

          x silap boleh je pergi tapi x dpt perlindungan la kalau terjadi apa2..sbb mawi penah pegi

        • Betul keeee says:

          Ha’ah boleh pegi tp takde perlindungan la. Kot kau kena tembak saje jela takde org boleh kesan pun kau hilang ke apa kat sana. Dan kat sana takde kedutaan Malaysia

  4. AKU says:

    OK NO KOMENG

  5. AkuSyaitanKoIblis says:

    Typical Malay…always barking each other….

    • Ruz says:

      Good job Naelofar and Neelofa! Orang Melayu fikir yg dkat Israel tu semua Yahudi kot. Tak sedar ada Islam dkat sana. A quick google/wikipedia search will solve it tapi semua pemalas nak buat mcam mana. Dkat UK ni, dpn rumah sewa aku ada satu rumah where a muslim and a jew (both girls) duduk sama sbb depa dari israel satu sekolah dulu. Relax ja

    • Blah laa says:

      Kpd 7.55 am — sila gunakan bhasa yg mnunjukkan anda juga bkn Typical Malay!! Barking????? Mybe u r a real Typical Malay!!

  6. Anonymous says:

    tk pernah rasa dengki..malah bangga dgn usahawan melayu byk yg berjaya..perempuan pulak tu..
    cuma from my point of view cara tu tk kene..posting something yg you know akan mengundang kontroversi lebih baik dielakkan..kan tk bagus jd penyebab org bergaduh sesame sendiri…
    As we all know, Israel bukan la satu Negara yg kita suka walaupun ada yg beragama Islam..
    Bila posting mcm tu mcm bangga je..altho you not dealing with yahudi zionis..
    be wise and alert..

    • Anonymous says:

      sangat setuju..tak semua bende kita bole SHARE and POST..especially bnde yg kita da tau dri awal bole mgundang salah faham, tolonglah jaga reputasi dri trus disalah fahami, tolong pikir msak2 sebelum nk post ssuatu..sensitiviti kena jaga..btw im proud with neelofa dgn kejayaan dia..truskan berusaha..

      • kuligulagaram says:

        Die businesswoman, marketing strategy, mmg la post and share, so that org tau product die dh go global. fikiran sempit org kita yg patut kena ubah, sikap suka hentam tu kena cuci bersih2.

  7. Anonymous says:

    kalau dia bijak dia tk upload post mcm tu when she know at the first place people akan argue..

  8. ?? says:

    ASYIK SALAHKAN BANGSA DAN AGAMA LAIN JE HERMMM…PADAHAL BUKAN DIEORG YG POST TUNJUK BENDA NI….ADUHAIIIIII…..LEPAS TU GADUH LAH SEBAB PERKARA MCM NI…

  9. Anonymous says:

    bella tu sapa plak??sejenis menatang ke???yg aku kenal nara je

  10. adelia says:

    marketing strategy. dia pos sbb nak nak bgtau product dia tu dikenali di luar Malaysia. takde salahnya. tak rasa dia riak. tak suka unfollow. simple! org yg cetek fikiran je argue. jenis yg semua benda nak ngata.

  11. mia says:

    eleh dok pung pang keji Neelofa anta tudung kt Israil, tp hari2 lunch, dinner mkn McD. Keyboard warrior sungguh..

  12. Mirai Suenaga says:

    Pendapat aku, klu Lopa ni bijak, dia x kan pos pasal benda ni. Kalau customer dia dari Canada ke, Ireland ke, aku rasa org takkan menyalak kot?

  13. izzy says:

    betul tu Bella.. tidak perlulah untuk tunjuk hebat dengan mencari kesalahan orang lain setiap masa kan…? walk the talk, babe..!

  14. makcik sg. derhaka says:

    bagus la dpt order dari all over the world. tapi perlu pilih ISRAEL order untuk post di insta. mcm saja je nk g jadi topik hangat dan bergaduh debat. motif nya apa kah nakkk?

  15. Anonymous says:

    ya..tumpang bangga bila ada produk tmptn spi ke obersi..tp tak perlu kot ko nk tepek kat IG tu..ko tau org akn berckp punya psl mende ni tp ko ttp juga nk tepek. bila dh jd kontroversi mcm2 la ko tazkirahkan org! ko mmg suka camtu kan? diam2 sudah la lopa..jgn buat org dpt dosa kering!

  16. enot says:

    Mana fanatik agama yg kaut mengutuk orang…..minah ini jual tudung kat yahudi so apalagi tunggu boycott la tudung minah ni macam McDonald……..tapi apa2 pun tudung adalah tututan agama yahudi, kita sebagai orang islam jgn lah terikut2

  17. orgtua says:

    Proud of u girl. But, maleis kan. Have to bear with a number of tiny, close minded people. I don’t see that post as provocating at all.

  18. shah says:

    the whole world is boycotting israel and this bimbo enjoying making money out of it…its not israel its PALESTINE!! have some respect..its not sensitive issue its world issues…people being killed there…and u proud of it..

  19. Commentar... says:

    post…..nak bagi tau 1 dunia…..1 parcel tudung out of malaysia…!!
    ishishish…….hmmmm…
    not gonna waste time to say anything abt her…
    memang lah aku tau followers dia berjuta2….lol
    so unfollow her is the best…..

  20. Nera says:

    masing2 poyo..menyalak lebih..mcD tetap makan gak..puihhh laa

  21. Anonymous says:

    tak payah post lh benda yag mendatangkan perbalahan gini…bangga ko na dpt jual tudung kt israel….igt skit diorg tu bukan negara dan x penah diiktiraf sbgai negara pun..rampas tanah rakyat palestine pastu mengaku tanah sendiri ….sampai mati pun aku benci israel laknatullah tu!!!! dgn ko sekali aku menyampah lopak!

  22. kutu says:

    neelopa salah…netizen pon salah.
    neelopa dah tau benda akan jd complicated so tak yah uplod..pikir dulu kesan kalau uplod psl order from israel tu..tau la awak nk menunjuk2 yg tudung awak dh sampai peringkat antarabangsa..

    netizen pulak rilek la..gabra gelojoh nk melatah tu nape..adat org berniaga.tak kira la order dari israel ke obama ke rosmah ke..kalau ada pembeli mesti la dia jual..bukan jual dadah pon..
    cuba netizen gelojoh ni bisnes.ade order dari org yg dia tak suka adakah dia akn jual atau tak? bisnes is bisnes

  23. Amma says:

    Tau takpe! Aku pon lama2 makin annoyed dgn bella punye writing!
    Tgk ayat last dia : tak pyh la nak menunjuk hebat sgt dgn mcari kslhan org lain stiap masa.
    Wow bella wow! Sape yg bodoh skrg ni? U dont get the real point.
    Org mrh sbb menyampah dgn lofa yg guna tactic ni utk cipta kontroversi, most ppl fhm org dari israel tu beli tudung dia, but the point is, lofa being lofa, dia mmg kaki nunjuk..!
    She will go all ouy asalkan dpt tunjuk satu dunie how proud she is, tu sbb org nyampah dan org kritik.
    Ada paham, bella?

  24. lalala says:

    tu laa..most of us phm tpt asal tnh palestin tu tak smuanya yahudi,bkn itu isunye..yg jd isu,clopak ne tau isu tu snsitif,p dia pegi uplod jugak,dh knape?nak promo tudong ko tu pun,blaja laa dkat dato vida ke sape..paling2 pn org kate diorg tu annoying,bkn kene sumpah sranah mcm taktik ko ne bengap..

  25. pisang goreng says:

    negara Israel tak wujud , itu tanah Palestin yang dirampas secara kejam. Bila orang Islam sendiri mengakui / menyebut ada negara bernama Israel… seolah2 menyokong penubuhan Israel . Kalau kita tanah kena rampas , keluarga ditembak depan mata… apa perasaan kita ????? Israel tak pernah pun akui Palestin… dorang memang nak ambik semua tanah Palestin.

    • applejuice says:

      Jaga negara kau sudah lah! jgn dok sebok dgn arab bodoh!

    • Anonymous says:

      klu jenis baca post fesbuk je mcm ni la ,

      pegi study sndiri la apa punca berbunuh bertahun2 , elok boleh idup aman dgn two state solution .., tp pengganas islam kt sana otak keje nk mngebom , didik budak2 yg mati bom diri tu lifegoals . menyampah lah xabis abis nk play victim , pegi maki hamas hasbullah boko haram isis tu sume dulu .. sibuk mengganas jual beli snjata api mnjahamkan hidup rakyat sndiri.

      hakikatnya ade je warga islam dlm israel tu , bebas beragama nk ke masjid ke ape ..

  26. Saje tanya says:

    Betul ke Neelofa dah berkahwin dengan Sultan Kelantan (Tengku Far**)??

  27. Ll says:

    Comment i pasal bella kenapa kene delete? Bella tkleh terima kritikan ke? nara nasihat skit la bella ni. Attitudenya bella amboi

  28. fizza khan says:

    Mmg la,xkisah nk jual tudung,kalo boleh biar di luar israel…xnafikan rakyat negara israel ad yg islam..tp anda pn taukn…negara malaysia n rakyat ny boleh pergi kemana saja negara di dunia ni,kcuali israel..dlm passport pn ad kn…so dlm hal ni,nk berniaga boleh tp di luar israel..ermm kalo xdibenarkn pegi israel,so bisnes pun xboleh di israel wlupun rakyatnt ad yg islam,boleh ber bisnes..tp luar israel ok.. Israel,bangsa ny yg dilaknat oleh Allah s.a.w.. smpai bila2.. yahudi laknatullah..

    • Anonymous says:

      jadi solution die ape ? sembelih org israel smpi pupus ??

      BANGSA ISRAEL PUN ADA YANG ISLAM , XKAN DORG PUN KENE LAKNAT JUGAK .

    • Grumpydrive says:

      Kita bukan nya tidak dibenarkan ke Israel Cik Kak oii. Cumanya kita takde kedutaan sana, so if u mati katak bawh tempurung sana takdelah wakil Kedutaan nak tolong uruskan ko. Si Lopa tu pung bukannya buka bisnes kat sana. Dia pos produk dia jer ke pembeli.

  29. go lopak says:

    korang bising2 pon die dpt gak untung berjuta juta.. korang dpt ape?? hihihihi habuk pon tarak.. lantak pi die laa… go lopak..!!

  30. memang bangang la yg mngutuk neelofa,salahkah dia jual tudung pada org islam??ini bukan hubungan antra kerajaan,lbih baik dia mnjual tudung kpd org islam diisrael,dari yg sbuk mngutuk tp jual pkaian yg mnjolok mata kpd plangan islam dmalaysia.korg x pun mngutuk astro guna pkhidmatan dari israel,korg bgitu seronok mnyokong astro siap bayar berpuluh atau beratus sebulan,korng marah bila tv x da gambar sbb cuaca bijak ke itu? pndai ke itu?? fikirlah yg baik2 asti kebaikan juga yg akn datang bgitu juga dsebaliknya.buang kn PHD yg anda miliki.

  31. dino says:

    Bodoh betulla tau nk untung je,x sensitif lgsg isu israel nie,apa niat ko?byk2 negara yg israel ni gak ko nk tunjuk,benggap!

  32. dino says:

    Bodoh betulla tau nk untung je,x sensitif lgsg isu israel nie,apa niat ko tunjuk dgn org?byk2 negara yg israel ni gak ko nk tunjuk,benggap!

  33. Lara says:

    Pelik la korang yang cakap dia tak patut post benda2 macam ni.. kenapa dia jer yang kena alert and kenapa kita tidak cuba buka minda and learn, at least absorb the infos. AS u can see at elast dengan isu ni sekurang2 nya orang ramai tahu bahawa still ada Muslim dekat Israel tu kan, and they are still our brothers and sisters, no? Benci sangat Israel pun, cuba la belajar terima pengetahuan dan kenyataan. Ni asyik nak salahkan artis, salahkan Yahudi.

    • dato vida comelll says:

      aik?? ko nie lg pelik.. salahkan yahudi pun x boleh?? dah mmg diorg salah pun.. bunuh org Islam x salah???? ko dah knp??

      • Lara says:

        hahaha masalahnya korang ni dengar nama Israel jer terus menggelupur macam kena santau, patutnya bila tengok Muslim dari Israel beli tudung untuk tutup aurat, kita bangga sebab walau diancam, dorang terus praktis Islam.
        Ek elehhh kalut sangat pasal negara lain pun, tu korang sendiri kena bodohkan ngan menteri sendiri, hadam jer la semuanya.

        • kikiki says:

          Ko xyah nasihatkn org utk bljr terima pgetahuan n knyataan.. ko perlu nasihatkn diri ko sdiri utk terima kritikan n pandangan org lain..
          ##bis tu ko pon hadam jer la israel yg bunuh umat2 Islam tu???? Puiii

        • Anonymous says:

          CIK KIKIKI

          tau x pengganas islam bunuh org islam pun byk kt sana :D , MESTI XTAU KN KN KN

  34. jutawan tua says:

    rugi ajer semua nak gaduh psl nie, yg untung lopak, dahlah jd jutawan muda 50 juta beb hahaha

  35. SG says:

    Senang cerita..niat dia…

    Jual tudung -> jual pada umat Islam -> untuk tutup aurat -> post kt IG utk tujuan berterima kasih -> berterima kasih pd masa yg sama syukur sbb Allah luaskan rezeki dia -> setiap yg jadi Allah dah tentukan -> we are brothers and sisters oh my fellow Muslim -> Be good.

    As Salam

  36. Mira says:

    Go lofaa go. Alahai maleis. Lofa jual tudung untuk org islam kat israel pon sentap. Yg kerajaan kita duk benarkan produk2 israel kat Malaysia ni takde pulak yg sentap. Mekdi, setarbak, facebook, coke bagai tu oklaa pulak ye? Typical Malaysian

  37. My 2cents says:

    It doesn’t matter if its involved a personal transaction or with the government. she can avoid all these negative perceptions in the first place if she didn’t show off much. Let it be secret, & that will fulfill her real intention. Too bad, she didn’t smart enough to keep it down as beautiful as she looks. Beauty but immature.

  38. salmah says:

    betul ke untung 50 juta tu?

  39. Protection systems nowadays may do almost everything save for apprehending your home’s brazen intruder.

Leave a Comment

Optional