Written by Bella | January 12th, 2016

Sejak program Gegar Vaganza diperkenalkan pada tahun 2014, ia telah mendapat sambutan yang cukup baik. Dua musim telah berlalu, kini pihak Astro bakal mengadakan Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya pada 15-17 Januari ini menggabungkan peserta daripada musim pertama dan kedua.

Malangnya, pihak Astro memaklumkan mereka tidak dapat menghubungi Mamat Exist untuk sama-sama memeriahkan konsert tersebut.

Terbaru, Mamat telah tampil dan memberitahu beliau tidak pernah menghilangkan diri cuma nombor telefon beliau sudah tidak lagi aktif dan ia salah satu sebab mengapa beliau tidak dapat dihubungi.

Mamat juga berharap beliau masih diberikan peluang untuk turut serta dalam konsert berkenaan.

Saya bukan menghilangkan diri atau berhenti daripada menyanyi apabila ramai yang gagal menghubungi saya. Semuanya kerana nombor telefon saya tidak lagi aktif selepas tidak gunakan selama enam bulan.

Rasanya masih sempat kalau mereka panggil saya kerana ini mungkin platform terbaik saya untuk kembali aktif. Nyanyian sudah sebati dalam diri saya dan tahun ini, mungkin pertengahan tahun saya akan keluarkan single yang sudah dirakamkan, tetapi belum ada judulnya.

Mamat sebelum ini memenangi tempat ketiga pada edisi pertama dan membawa pulang wang tunai RM15,000 sebelum beliau dipenjarakan pada Mac tahun lalu kerana gagal melaporkan diri dibalai polis sepanjang tempoh pengawasan atas dakwaan memiliki dadah.

Walaubagaimanapun, beliau telah dibebaskan sekitar bulan Oktober tahun lepas dan kini tinggal bersaa keluarga beliau di Johor.

Tidak dapat dinafikan Mamat Exist mempunyai suara yang agak mantap dan masih mempunyai peminatnya tersendiri. Harapnya Mamat masih berpeluang untuk beraksi di konsert tersebut.

Sumber Berita: Harian Metro

26 responses to Saya Bukan Menghilang – Mamat Exist

  1. Anonymous says:

    6 bulan hp tak aktif..pasal masuk dlm kan??? tu hilang jugak namanya…bila dah klur knpe tak update?? bila dengar ada gegar veganza..barulah nak bagitau yg kau tak hilang….pandai kau muncul semula…nnti jgn pulak dah menang duit..hilang lagi..dpt duit jgn beli benda yg bukan2..lupa daratan..ingat..

    0

    0
  2. ada aku kisah says:

    Apalah

    0

    0
  3. miss ungu violet says:

    dia ni macam bermasalah lah. something wrong somewhere..sayang la..bakat dah ada. tapi disia2 kan..harap dia berubah.

    0

    0
    • ayah anda kulup says:

      bukan mcm bermasalah…tapi memang bermasalah..
      nombor hilang konon…kata jer la ko kedalam…

      0

      0
  4. poooraaahhhh says:

    Tak payah laa buang masa beri peluang dan duit hadiah bagi pd dia.. Akhirnya berapa banyak kali pun, tidak insaf juga beli dadah.. Kita, dua tiga kali tak cerdik.. asyik nak dia dlm GV..

    0

    0
  5. mawar xde duri says:

    duit dah abis nak bli brg haram jadah tu ke bang???

    0

    0
  6. anakhantutersisih says:

    sesiapa perasan muka zamani lepas kluar pengasih nih da cengkung balik..riso aku..

    0

    0
  7. cik yan says:

    kita kesian kat diaorg (penagih) tapi diaorg ni x serik ,tengok je zamani duduk kat pengasih sihat sikit muka pun ada seri ,kuar pulak x tahan godaan sekarang muka pun dah cengkung mcm mayat hidup ,hmm…ya allah jauhkan lah anak cucuku dari dadah

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      bila dorang dh keluar dari pusat pemulihan dorang dh tk kena cek urine every 1week selama dua taon ke ? patut la dorang boleh ambek bende tu balek…

      0

      0
  8. lullaby says:

    brambus je lakau mamat..brape bnyk pluang org nk bg kat kau..?..dasar penagih x reti bsyukur…dpt duit sket mula la isap dadah..

    0

    0
    • lol says:

      wey bodoh dia ni msuk pnjare sbb gagal melaporkan diri di balai polis dalam tempoh pengawasan. bknnye isap ddh…lain kli brite tgok dn bce btol2 bkn suke hati nk hukum org .. ko bkn tuhanlah..ko tk tau ape yg dia hadapi slme ni!!

      0

      0
      • Anonymous says:

        gagal pasal apa??? pasal ambik dadah baliklah tu…orng tak salah tak takut..yg backing mamat ni pun kaum kerabat dia jugak..mcm kita ni baru hidup semalam pulak..

        0

        0
  9. al kisah says:

    korg ni..ingt senang ke org yg penah amik dadah utk totally tinggalkan benda tu?susah taw..jgnlah hentam dorg.bagi semangat..bile korg asyik blame tp x membantu,lg la dorg susah nk tinggalkn benda tu.aku bukanlah back up dorg..cuma org yg xpaham,hentam sesedap rasa je..xsemua hal settle dengan cara menghentam je beb..

    0

    0
    • kawan says:

      tak membantu? org pgl die blk ms gegar vaganza, org undi lg, tu x membantu ke? org dh cuba bg peluang. susah mmg lah susah, kita faham je. tp die sndiri pun kena bantu diri sendiri. cakap pandai..

      0

      0
  10. kona says:

    ermmmm..x yah nak kata apa dah..tgk muka pon tau da kaki isapp. puiih

    0

    0
  11. Ayahanda Ultraman Kulup says:

    Mana tahu, esok2 si Mamat ni yang masuk syurga dulu berbanding korang yang maki hamun dia. Doakan lah dia berubah semua. Peace

    0

    0
  12. ONEpeace says:

    aku bce komen korg ni kebykkan nye negatif dn sebenarnye aku sokong komen dri al kisah n Ayahanda Ultraman Kulup tu sbb ape korg mki hamun pon tk mendtgkan faedah tmbh dosa lgi adelh dn pahala yg korg buat selama ni free2 je pgi kt mamat tu tau..korg yg memaki hamun tu dgr sni “ALLAH juga berfirman dalam Surah al-Hasyr ayat 18: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”.

    Malah di akhirat nanti, perhitungan ALLAH ke atas setiap manusia adalah berdasarkan amalan baik dan buruk yang dilakukannya. Bahkan seseorang itu tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain yang tiada kaitan dengannya, sebagaimana firman ALLAH: “… dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja..”. Hal ini benar-benar ditekankan oleh ALLAH dalam al-Quran sehingga disebut pada lima surah dan ayat yang berlainan iaitu pada Surah al-An’am ayat 164, Surah al-Isra’ ayat 15, Surah Fatir ayat 18, Surah az-Zumar ayat 7, dan Surah an-Najm ayat 38.

    Justeru, seseorang itu hendaklah sibuk dan lebih memikirkan amalan baik dan buruknya berbanding menuding jari, melihat dan mencari aib orang lain yang dia tidak akan dipertanggungjawabkan mengenai perkara itu.

    0

    0
  13. x says:

    Aku ada je kawan yg tegar camnie.dapat duit hilang….ayat mcm2.leleh beb.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    aku ada sedara pun makn benda ni…dari umur 15 hingga sekrag dah 57 tahun..klur masuk dah nk dekat 20 kali..bila klur family layan dgn baik..beri nasihat…tapi masuk jugak lagi..nak salahkan org lain jugak ke..diri sendiri tu yg patut disalahkan..so moral of the story..kalau sendiri buat salah jgn sibuk nak salahkan orang lain.ALLAH BAGI AKAL GUNAKAN!!!!!!!!

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      takpe kite cakap ngan dorang ni baik2 jangan kutok2 n hina2 macm orang merokok jugak mana boleh stop kan..cuma rokok tu berlesen drug dia tkde lesennn n salah dari segi undang2 ..sape2 yg dh keluar dari pusat pemulihan tu stop la jangan berdadah lagi rugi diri sendiri in out in out masa muda habis kt dalam aje bila kelua dh tua ..so ingat masa depan jangan dadah lagi ok…kite2 semua sayang kamu2 semua..

      0

      0
  15. Asyk2 nak kutuk.. says:

    Tak baik ckp mcm tu…
    Brsyukurla kita dbesarkan dlm suasana
    Dan persekitaran yg baik…
    Ada keluarga yg amek berat…
    Memang susah klu da ketagih ni…
    Sdangkan org merokok pun susah nak tinggalkan tabiat merokok…
    Org yg biasa melakukan maksiat akan sukar melupakan kegiatan maksiat…
    Org yg mencuri pun sukar melupakan kegiatan mencuri…
    Kita hanya mampu berkata…menghentam…tp cuba kita cari 1 dlm diri kita…apa yg kita ketagih utk lakukan..dan sukar utk dtinggalkan?mesti adakan????
    Menagih dadah berdosa x?
    Maksiat dosa x?
    Tidak menutup aurat dosa x?
    Fitnah dosa x?
    Mengata dan mengeji dosa x?
    Klu jawapan nye DOSA…
    Yg mane satu kita ketagih utk lakukan????
    Jadi xde beza pun kita…tetap sukar nak buang ketagihan itu…..

    0

    0
    • Anonymous says:

      kesimpulannya skg nak salahkan siapa? salahkan orang lain atau diri sendiri..jawapannya itu yg penting..so bagi yg ketagih..pandai2lah buang tabiat tu..walau di nasihati pun..kalau tak nak berubah..takkan beeubah jugak kan.??.kata org..nak seribu daya taknak seribu dalih..tepuk dada tanya selera.sendiri buat sendiri tanggung..takkan sendiri buat..org lain yg tanggung..tak masuk akal kan???? be responsible for everytg you do.

      0

      0
  16. AKU says:

    sape mamat ni

    0

    0
  17. bedah says:

    xyahla bg dy job. ade duet, dadah aje dibelinya.

    0

    0