Written by Bella | February 6th, 2017

Mempunyai imej lelaki macho dan bergelar pelakon popular, Zul Ariffin sering  dilabel kaki perempuan oleh sesetengah pihak dan hanya tertarik kepada wanita-wanita cantik.

Namun, Zul bukanlah lelaki sebegitu, buat beliau cantik itu satu bonus tetapi beliau tidak pernah mengukur seseorang wanita begitu apatah lagi jika ingin dijadikan isteri. Apa yang Zul mahukan ialah seorang wanita yang intelektual dan mempunyai hati yang ikhlas.

Zul juga tidak akan pandang wanita hipokrit yang hanya pandai memujuk rayu.

Saya bercakap dari sudut realistik. Kalau datang depan mata ini, 100 wanita yang seksi dan cantik sekalipun jika perangai tak senonoh, baik tak payah bercinta. Solo macam ini pun tak apa, saya sanggup. Merepeklah kalau saya memandang pada kecantikan wajah sebelum nak bercinta. Jauh sekali nak berkira tentang usia, wang ringgit atau apa saja.

Itu semua dah tak penting buat saya. Lainlah yang datang itu wanita mempunyai sekeping hati yang ikhlas untuk menerima segala kekurangan dan kebaikan dan mempunyai pemikiran yang matang. Sebab wanita yang ada kriteria macam itulah yang paling berbaloi untuk saya berhabis segala-galanya dan berhak atas apa jua yang ada pada saya.

Bukan seorang  yang suka untuk memikat wanita, Zul juga sentiasa meletakkan benteng dalam dirinya agar iman lelakinya tidak mudah terpesong dengan godaan wanita sekelip mata.

Sumber Berita : Utusan Online

11 responses to Saya Bukan Kaki Perempuan Dan Tidak Pandang Pada Kecantikan Wajah Sebelum Bercinta – Zul Ariffin

  1. jamilah says:

    nak tanya dia ni ada duit ke?
    cakap mcm berlagak aje
    yang aku tau dulu, dgn gayatri, pompuan tu yang kayo…

    9

    1
    • Anonymous says:

      Dia jadi duta nescafe pun income da beratus ribu.. artis kalau famous satu drama pon da puluhan ribu.. belum lagi drama bersiri..

      5

      4
  2. Anonymous says:

    Omg

    1

    0
  3. Anonymous says:

    Sementara masih laku ni ambik segala job banyak banyak. Simpan duit utk masa hadapan sebab artis bukan mcm pekerja gomen yg ada EPF & pencen. Kalau tak simpan dari sekarang esok dah tua takde org nak jaga. Kawin tu letakkan kat tepi dulu. Org lelaki ni bukan mcm org pompuan. Makin tua makin laku. Bukan boleh menopause pun. Esok bila dah job dah slow br fikir pasal kawin. Masa tu duit yg kau simpan dah berkepuk kepuk. Org lelaki ni walau tua mcm mana pun tetap laku juga. Janji poket tebal. Contoh terbaik TYT Sarawak. Tengok bini dia size apa? Tu duit punya pasal semualah.

    6

    0
  4. Anonymous says:

    alaaaaaa zul…..kau pun tak menepati ciri2 yang wanita nak so x payah lah demand sangat….hahaha…

    5

    0
  5. faktab says:

    Look whos talking again!
    i think you should shut your mouth up.

    2

    0
  6. Anonymous says:

    tapi time melancap tengok pompuan cantik seksi tu wajiblah kan zul…x perlu intelligent ke apa ye tak?

    1

    1
  7. Azura says:

    Salam buat semua. Saya terpanggil untuk tinggalkan komen untuk artis lelaki popular kita ini. Apa2 pun ini hanyalah pandangan saya semata2. Just my own personal opinion. Lelaki memang kebanyakkan sering berkata macam ni. Tetapi rata2 nya tidak pernah pegang pada kata2 sendiri. Manusia mana yang sempurna. Semua sifat manusia cantik, cerdik, berharta, popular tidak akan kekal. Fitrah. Hati pun boleh berubah2. Saya hormati En. Zul, beliau berpendirian. Sebagai peminat, saya mendoakan yang terbaik. Perjalanan kita masih panjang walaupun banyak orang berkata life is too short to waste but we have no idea what is waiting for us there.

    1

    2
  8. Oang Singapor says:

    U’re speaking like a fine gentlemen. Semoga anda berjumpa dengan wanita idaman yg bakal menjadi isteri yg baik untuk anda disuatu masa nanti, insyaAllah.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    cakap mmg bagus tp lepas femes tumpang nama abby and gayatri yg mmg ada kedudukan dlm industri dia beralih pada yg cantik..fikir2kan..

    0

    0
  10. Aza says:

    I love u Zul Ariffin.. in my heart in my soul where ever.. when ever.. may Almighty Allah pertemukan kita suatu hari nanti..

    3

    0

Leave a Comment

Optional