Written by AbangNara | July 30th, 2015

Ketika zaman persekolahan dulu, ada jugalah terdengar cerita beberapa orang rakan yang mendakwa diri mereka boleh melihat makhluk halus. Kata mereka hijab mereka terbuka jadi membolehkan mata mereka melihat apa yang tidak nampak oleh pandangan mata kasar. Lagi seram bila si polan ini kata dia nampak ada syaitan tengah makan benda jijik di bahu kita. Tak pun dalam bilik study tue ada syaitan tengah mencangkung kat meja yang kosong di hujung bilik. Pergh. Meremang bulu roma beb!!!
aeril zafrel

Masa berlalu pergi, Abang Nara pun semakin meningkat dewasa. Jadi cerita-cerita seperti itu Abang Nara anggap hanya cerita dongeng semata-mata. Biasalah duduk asrama mestilah masing-masing nak kongsi kisah seram masing-masing. Tapi Abang Nara tak nafikan memang ada pihak yang boleh melihat makhluk halus ini. Semalam, pelakon yang juga merupakan suami kepada Wawa Zainal iaitu Aeril Zafrel memaklumkan yang dia memiliki kebolehan tersebut. Kata Aeril:-

Kadang-kadang hijab saya terbuka dan saya boleh lihat (makhluk halus). Tetapi saya tidak mahu terlalu banyak menceritakan perkara berkenaan. Takut orang salah tafsir pula.

Semua itu bermula selepas ibu-bapa saya meninggal dunia kerana buatan orang. Tidak lama selepas itu saya pula yang terkena. Kejadian tersebut membuatkan saya cuba belajar ilmu-ilmu perubatan Islam.

Tetapi bukan untuk merawat orang pun. Saya belajar agar dapat melindungi keluarga sekiranya ada apa-apa berlaku. Lagipun ia adalah salah satu ilmu pengetahuan yang sata anggap wajib belajar sebagai persediaan

aeril zafrel

Pergh memang cuak gila kalau Abang Nara jadi Aeril Zafrel. Tak boleh bayang perasaan bila ternampak makhluk halus depan mata. Namun pasti ada sebabnya Aeril diberikan kelebihan ini. Mungkin ia boleh digunakan untuk kemaslahatan umat sejagat. Cuma satu je pesanan Abang Nara, kalau ada benda-benda pelik di sekeliling Abang Nara, sila jangan beritahu diri ini. Abang Nara jenis penakut. Kang tak pasal-pasal pengsan pulak. Ada ke pembaca BeautifulNara yang memiliki keupayaan ini? Sumber Mstar Online.

45 responses to Saya Boleh Lihat Makhluk Halus – Aeril Zafrel

  1. Anonymous says:

    Ada potensi jadi bomoh dia ni…
    Takpe… buat part time job jadi bomoh pun ok gak. Masa takde job jadi pelakon, boleh jadi bomoh full time. Tak kira, jadi bomoh temberang pun berbaloi….janji duit masyukkkk

    0

    0
  2. nil says:

    Anonymous..
    Apalah saudara ni..
    Berlapiklah sikit.

    Kekadang nara ni pun satu, benda2 mcm ni sibuk nak diposkannya.

    0

    0
  3. Rizwan says:

    Manusia terpilih dia ni, lebih hebat dari segala nabi dan rasul. Dalam Quran Allah dah kata, manusia tak boleh melihat syaitan/jin dan sewaktu dengannya.

    menipu je lebih.

    0

    0
    • Anonymous says:

      ade manusia boleh nmpk tp manusia y mempunyai ketakwaan y sgt tggi kpd Allah..harun din tu antara orgnye..die x nmpk secara fizikal tp bayang2 dan boleh berckp dgn jin…si arel ni manusia biasa je sme cam kt semua…alaa….kkdg kt blh merasa ade ‘sesuatu’ klu nmpk pun mungkin lintasan…mau pengsan klu nmpk btl2…dan lg satu biasa kanak2 mmg boleh nmpk bnde2 ni sbb bdk2 hati masih lg suci x byk buat dosa…sbb tu kkdg kt tgk ade setengah2 bdk ske main dan ckp sorg2…arel,bese org y ade ‘kelebihan’ ni die x kecoh2 kat awam sbb tkut timbul riak pulak…even ustaz y darul syifa tu pun die xkn tawar diri die tuk merawat melainkan org tu sndri y dtg…sbb kkdg manusia ni cpt timbul riak dlm hati bl ade satu kelebihan berbanding org lain…bl niat tu dah salah tkut2 nti mmg btl2 ade bnde y berdmping dgn kt dan akan membuat org lbh percaya kpd kt berbndg Allah…hati2 yee…jgn smpai timbul riak di hati..

      0

      0
      • aku says:

        erm besela tu org kite mmg suke jd power rangers. bile dpt tgk jelmaan setan n jin da sebok ckp terbuke hijab dpt tgk bende halus… kolot btul

        0

        0
    • Anonymous says:

      Awk ni mcm katak di bwh tempurung..xrmai kawan ea??kesian

      0

      0
    • Anonymous says:

      sy pon boleh lihat..
      kalau boleh xnk lah benda tu menjelma..
      sebagai manusia biasa dah tentu ade perasaan takot.
      cumanya suami selalu pesan, ingat Allah.
      kalau kita layan memang die suka.
      lagipon belum ade yg mati kena cekik dek hantu.
      mati sebab terkejut mungkin ye hihi..

      0

      0
    • mak jemah says:

      kesian ko ni. kena byk2 bergaul dgn org ni. tak ramai kawan ea? tsk. tsk. tsk

      0

      0
    • Rizwan says:

      Temberang ja….

      Harun Din, kanak-kanak kecil tu lebih hebat dari Al-Quran kah, sampai bertentangan dgn ayat Al-Quran?

      “Sesungguhnya ia (syaitan/jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu, dari dimensi yang kamu tidak mampu melihatnya “. (QS.Al A’raf 7; 27)

      0

      0
      • Anonymous says:

        maaf..betol dah tu..
        tapi mane penerangan..
        setakat copy paste?
        maksud dari dimensi yg kamu tdk mampu mlihat tu adalah : manusia tidak dapat lihat dalam rupa bentuk yg ASAL.
        kalau dapat tengok rupa bentuk yg ASAL, nescaya akan selalu ketakotanlah die..pengsan 40 kali maunye.

        jin/syaitan akan mjelmakan diri mereka dalm pelbagai betul, die akan transfrom diri die bukan dalam rupa bentuk yg asal, contohnye jelmaan ular hitam, jengking, makhluk hodoh (itu pon manusia biasa dah takot apatah lagi kalau lihat yg sebenarnya) dll.

        jgn copy paste je, mesti jelas maksud sesuatu hadis atau ayat quran tu.

        0

        0
      • chantekkk says:

        bodoh nyee koooo.. dimensi yang tak mampo tu maksud nya dalam bentuk asal. tapi kita masih boleh melihat drg dalam bentuk jelmaan .. tk blaja scolah agama jgan memandai mandai lah nak jadi ustaz instant

        0

        0
    • Anonymous says:

      kawan saya senang nampak

      0

      0
    • Kelilawau says:

      Kengkadang aku pun bole melihat. Tp hanya setakat semut halus & tungau.

      0

      0
    • chantekkk says:

      sape ckp?? ah jgn hang nak memandai mandai ckp alquran taruk.. bis tu yang aku jumpa pontianak kat kebun nenas jalan johor tu ape .. kita boleh lihat lah kalau ALLAH nak izin ko , ko ape tahu mata ko rabun.

      0

      0
  4. Mail dan sudin says:

    Tak mustahil perkara ni. Dulu pun saya x percaya sgt org yg ada deria ke 6 ni. Tapi lepas anak buah saya alami bende yg sama. Saya mmg sgt percaya. Dia jd sedikit pendiam sb dia igt org sekeliling pun nmpk apa yg dia nmpk, tapi knp diaorg x tunjuk perasaan takut pun.

    0

    0
    • someone says:

      yes i do agree. sy pun pernah alami kejadian hijab terbuka. and… it was so exhausting. fikiran pun kacau bilau because somehow u can read whats on people’s mind. memang perasaan x menentu n jadi pendiam. dlm masa yg sama x nak bercampur dgn org. lepas berubat n sembuh, sy dah x mau layan perasaan bila hijab nak tersingkap. fuuhhhh.. cakap pasal ni pun dah naik bulu roma.

      0

      0
  5. ANon says:

    “I see dead people….” Aeril Zafrel from The Sixth sense..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    en rizwan, bole bagi bukti berdasarkan fakta ataupun ayat Al-Quran tak?memang ada org yang diberi kelebihan dan hanya org2 yang terpilih..samada betul atau tak aeril zafrel ni dapat lihat, hanya Allah Maha Mengetahui

    0

    0
    • Aeril&wawa selalu kena buatan org says:

      Saya baru je dgr ceramah dari ustaz…orang yang boleh nampak makhluk halus ni sebenarnya dia sedang ‘sakit’ jadi cpt2 kena pergi berubat..sbb manusia yang normal tidak akan sesekali boleh melihat hantu syaitan….kecuali dia menjelma dlm bentuk haiwan @ manusia @ tumbuh2an..tapi masa tu kita pun x tau dia hantu @ iblis…

      0

      0
      • Anonymous says:

        terpulanglah mau jadi apa mau jadi hantu mau jadi buayaaa….

        0

        0
      • Anonymous says:

        yg sakit tu yg jenis meracau..yg hilang pedoman, yg ade masalah kesihatan..

        0

        0
      • Salah tu says:

        sebenarnya cara paling sng nak tau org tu kena buatan/sakit, adalah tgk dia boleh solat dgn sempurna atau tidak. Org yg “sakit” ni biasanya tinggalkan solat, dan amal ibadah. Kalau beribadat pun, secara tidak sempurna. Kalau Aeril ni masih boleh bersolat dan beribadah, dan dia masih boleh nampak “benda”, itu mungkin kelebihan diberi kpd dia oleh Allah. Wallahualam.

        0

        0
  7. Oo says:

    Bab buatan org tu mmg blambak skrg..org skrg dah x takut dosa..lau x kuat iman..bley jd gile n matu bila tkena sihir..my mum smpai skrg x sembuh2..berubat sne sni..abis duit..tp cmtu jgk..utk mgurangkan ksakitan my mum..abh aku blajar cara utk berubat..x semestinya yg pandai brubat tu bomoh..bnyk jer ayat2 quran yg bley melindungi diri dr syaitan nie..kne bnyk blajar la..bila dtg mgamuk my mum tu..abh ada utk selesaikannya..tp nmpk bende2 halus tu xde la..tp budk2 yg my mum mgajar ngaji dan adik aku sendiri pnh nmpk..yalah kkdg iblis nie pndai gak bgurau uolssss..dia nk bgurau senda gn fmly la..jiran la..hantu punya hantu..coiiii..semoga my mum trus kuat dlm dugaan nie..kuat iman..dan lau bley x skit2 dah..amin..

    0

    0
  8. Rizwan says:

    Yang dok sembang pasal hijab tu, meh nak bagitau. Hijab tu sebenarnya, Allah akan bukak masa di Padang Masyar je, jgn dok ngaku la dibuka di dunia ni.

    Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan. (50:20)

    Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi; (50:21)

    (Serta dikatakan kepadanya): “Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)”. (50:22)

    0

    0
    • Anonymous says:

      copy paste je ko pandai..meh terangkan dgn ayat sendiri..
      hijab laen pulak ko cite pe hal..
      jgn cite hijab yg tudung pulak..mane tau ko xpaham kan

      0

      0
  9. kawan matek says:

    matek ko kaki lepak bilik study mmg la

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Suami Akak pun boleh tapi sikit-sikit la. Biasanye dia tak bagitau jam tu, bila dah lepas atau esoknye baru bagitau. katanye takut kitaorg takut sebab kalau kitaorg takut, dia lagi takut. Dia diam sebab nak cover takut. Mula2 macam tak caya tapi dah beberapa kali dan ada bukti logic. So.. benda ni memang ada tapi orang tertentu saja

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Dulukan Wawa ada menyatakan yang dia ada saka. Agaknya yang Airel nampak tu saka wawa la kot. Kalau dah isteri ada saka , tentu la sekali sekala si suami akan terserempak dengannya.

    0

    0
  12. anon says:

    ni pastime aku tau klu org boleh nmpak benda halus ni sebenarnya ‘sakit’ spt kata ustaz?
    ooo patot lah ada sorang makhluk Allah ni (lelaki) aku tengok dia ‘sakit’ sebab otak dia mereng sewel asyik menyakitkan hati aku saja huh!!!

    0

    0
  13. Lara says:

    Apa yang kau mengarut ni setan? Dari dulu tak pernah suka dia ni, kejap alim kejap auta kejap apa apa ntah. Selalu orang yang claim this kind of thing, adalah penipu. Selalunya la. Kalau tak menipu, confirm saiko.

    0

    0
    • Mak Jemah says:

      hurmmm ko tau ke die menipu??saiko???
      kalau ko tk tau baik diam nnt jatuh fitnah dh kene merangkak kat padang masyar cari Airel ni…

      0

      0
  14. Orang tua says:

    Aku alami sakit misteri dah dekat 3 tahun semakin lama alhamdulillah semakin pulih. Dulu aku sombong tak kisah cakap org tua masuk tempat baru x jaga adab, perisai diri tak kuat, jiwa kosong. Aku sakit. Selama sakit, bau kemenyan bau setanggi bau busuk wangi aku bole bau..benda pelik hinggap kat bahu tengkuk belikat kepala lutut aku rasa..panas membahang bila duk kat ruang kosong dlm badan…lama kelamaan bila jiwa semakin terisi selalu zikir solat baca quran doa mohon tenang sedekah alhamdulillah semakin hilang bau bau ni ada sikit sikit. Itu semua kuasa Allah. Tapi kena percaya ada jin dan syaitan mereka makhluk Allah

    0

    0
  15. mimi says:

    Ustaz Drusyifa pernah cakap sapa2 yg leh nampak benda halus ..org tu lah yg kena g brubat…syaitan nk nyesatkan org mcm2 cara.. benda dlm badan dia sendiri tu yg menyerupai macam2… ini bukan kelebihan tapi kekurangan dia..jgan salah faham…

    lpas ustaz ckp camtu..apa kwan sya gtau dia boleh nmpak syaitan aku dh tak heran atau takut…

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Orang yang nampak benda halus sangat2 didekati jin dan syaitan, ada yang bersaka, memang betul orang sebegini ini sedang diuji keimanannya…sepatutnya berubat sehingga tak nampak lagi benda2 tu semua, nampak malaikat lagi bagus kan..

    0

    0