Written by Bella | November 16th, 2015

Sebelum ini timbul pelbagai dakwaan yang mengatakan Zizan Razak tidak mahu berlakon bersama Kamal Adli sehingga nama aktor itu digugurkan daripada membintangi filem Abang Long Fadil 2.

Kamal juga ada meluahkan rasa terkilan beliau dan mempersoalkan tindakan tersebut yang seakan menutup periuk nasinya.

Enggan memberikan sebarang komen mengenai hal berkenaan dan menyerahkan segala urusan kepada pihak produksi, Zizan bagaimanapun menjelaskan beliau sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berlakon dengan Kamal dan akan mencari jalan terbaik agar kedua-duanya selesa untuk bekerjasama selepas ini.

Saya boleh berlakon bersama dia tetapi mungkin saya akan pilih jalan terbaik dan sesuai dengan keadaan serta keselesaan kedua-dua belah pihak. Ini bagi memastikan tidak menimbulkan masalah kepada pihak produksi.

Jika Datuk Yusof Haslam pernah menyatakan pengguguran nama Kamal adalah keputusan yang terbaik buat semua pihak, pengarah Abang Long Fadil 2 Syafiq Yusof pula memberitahu mereka tidak pernah menyingkirkan Kamal  tetapi sejak awal lagi hanya nama Zizan sahaja yang akan kekal dalam filem arahannya itu.

Saya jelaskan apa yang berlaku bukan kami gugurkan Kamal tetapi kami hanya kekalkan Zizan seorang sahaja dalam filem itu.

Manakala pelakon-pelakon lain kesemuanya adalah pelakon baharu atau yang tidak pernah ada dalam filem pertama sebelum ini.

Perkara ini mungkin hanya salah faham sahaja antara Kamal Adli dan pihak produksi, seperti yang kami cakap sebelum ini  pasti apa yang berlaku ada hikmahnya sendiri. Lagipun, tidak perlu la sesama pelakon dan pihak produksi bermasam muka bukan?

Sumber Berita: mStar Online

22 responses to Saya Boleh Berlakon Dengan Kamal Tapi Biar Dua-dua Rasa Selesa – Zizan Razak

  1. Aliff says:

    First

    0

    0
  2. nice says:

    ouh kiranya kamal ingat dia terpilih la nie,okay2

    0

    0
  3. jijan says:

    Aritu produser cakap lain…

    0

    0
  4. ntah says:

    ehm kamal bkn best sgt berlakon pon…ntah kenapa emma pilih si kamal ni jd boypren…

    0

    0
  5. Fizi Bin Hakim says:

    antara kamal dan zizan, zizan lebih byk fans n bole tarik ramai peminat ke panggung. biasala dlm bisnes , kenala pilih produk mana yg boleh laris. sabarla kamal, mungkin bukan rezeki kau, inshaallah rezeki kt tempat lain

    0

    0
  6. minah jambu says:

    zizan yg paling paling popular n mengarot n very the hipokrit huh !

    0

    0
  7. Syok sendiri says:

    Tu la kamal, lain kali jgn nk syok sendiri, over confident sgt. Ko tu bkn popular sgt, level sendu je.kihkihkih

    0

    0
  8. gadis cun says:

    ko tu yg x professional…xyh nk auta kn lagi jijan…

    0

    0
  9. nyonya says:

    boleh berlakon bersama tapi ada “tapi”….auta sgt

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bukan auta lol..xselese paham..ape ke bodoh nyer ko nih..dah zizan ckp xselese,,xselese la dia..cube dgr org ckp btul2..contoh ea..klu laki ngko org rembat..ko bleh x jumpe org tuh..biarla zizan tenang..ini bukan mslh zizan buat xbetul..ini kes gf dgn kwn baik xjujur dgn dia..klu btul pon zizan buat salah dgn emma..bukan dgn kamal adli yg jd bf emma..itu baru btul..skrg dunia putar alam..org penipu diagung agungkn..

      0

      0
  10. Mak Jemah says:

    ala jijan ko x berlakon dgn dia pon xpe…si kamal bkn popular pon opsss!

    0

    0
  11. Anonymous says:

    selamat maju jaya zizan..

    0

    0
  12. melati says:

    Zizan @ Nabil dua2 mcm gampang….hihihi

    0

    0
  13. kutu says:

    hanya kerana seorang perempuan..piuk nasik terjejas.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Dah mmg takde rezeki kamal. Rezeki ni Dr Allah jd tak perlukan kita pertikaikannya. Mgkin takde disini tp ada Di tempat lain. Bersyukur lah dgn apa PemberianNya. Bila kita selalu pertikaikan rezeki yg dianugerahkan bermakna kita tidak Bersyukur. Org lain lg besar Ujiannya, hilang tempat tinggal, hilang harta benda, hilang ahli keluarga tp mereka ttp Tabah. Setakat hilang job dlm abglong fadil 2 ni takde apa2 sgt jika dibandingkan Mangsa banjir yg msh lg tinggal dlm khemah sbb hilang tempat tinggal

    0

    0
  15. mak jah says:

    macam kartoon pulak.

    yusof haslam = najib razak.
    zizan razak = ahmad maslan.

    putar sana,
    putar sini.
    kena batang hidung sendiri……

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Rtu datuk kta xnk amik kamal sbb tkut ad mslah. Skrg kta mmg kamal xde dlm snarai.

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Sbnrnya tak takde isu pun skrg. Kamal Belum pun lg sain kontrak dgn Skop production utk filem abglong fadil 2. Kalau lah kamal dah sain kontrak dan kemudian digugurkan, baru blh jd isu. Yg cpt melatah skrg ialah kamal yg cpt sgt buat kenyataan. Padahal utk sekuel yg kedua ni nama zizan shj yg dikekalkan. Nama Yasin dan tauke jambu pun tak ada. Mujurlah pelakon2 lain pun tak cpt melatah.

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Tak perlulah nak salahkan yusof haslam dlm hal ni. Sbb yg keluarkan berjuta2 modal utk filem ni pun yusof haslam jg. Bukannya kita dan bukan jg kamal adli. Suka hati dia lah nak pilih mana2 pelakon yg dia nak. Kalau kamal adli ada melabur sekali utk filem ni, lainlah…

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Mgkin yusof haslam dah serik nak ambil kamal adli berlakon lps ni

    0

    0
  20. Oii says:

    Tak apa kamal…sdh drama pergilah air mata d tayangkn sya yakin nama abg kamal akan naik…sya tetap sokong abg kamal dri belakang…

    0

    0