Saya Bertudung Hanya Untuk Menjayakan Watak – Zara Zya

Hiburan

Saya Bertudung Hanya Untuk Menjayakan Watak – Zara Zya

Gara-gara drama Love You Mr. Arrogant, nama Zara Zya meletup. Wataknya yang bertudung, ayu, comel dan manja di dalam drama itu menjadi pujaan. Ramai yang jatuh cinta dengan Zara Zya dan kini namanya meniti di bibir para peminat dunia hiburan. Tak salah untuk katakan, drama LYMA melonjakkan nama Zara daripada tidak dikenali kepada popular tak ingat.

zara zya

Advertisement

Namun salah satu perkara yang harus dialami oleh mana-mana pelakon yang menjayakan watak bertudung ialah kekecewaan para peminat apabila mengetahui realiti sebenar bahawa si pelakon tidak bertudung. Memang ramai yang kecewa kerana telah jatuh hati dengan Zara Zya yang bertudung. Namun menurut Zara, tudung yang dipakai adalah kerana ingin menjayakan watak tersebut:-

?Ini adalah diri saya di luar. Kehendak bertudung itu ada namun bagi saya belum tiba masanya lagi. ?Saya harap peminat faham, saya bertudung hanya untuk menjayakan watak tersebut sahaja. Insya-Allah sekiranya sudah sampai ?seru?, saya akan lakukannya (bertudung).

zara zya

Secara jujur, Zara memang tampak lebih cantik, menarik dan menawan dengan bertudung. Insya Allah suatu hari nanti akan terbuka pintu hati Zara untuk bertudung sepenuhnya. Kalau peminat mahukan anda bertudung, itu maknanya lakonan anda berjaya dan mereka menyayangi anda. Namun peminat juga harus pandai membezakan antara lakonan dan realiti. Janganlah sampai emosi terlebih sehingga sanggup mencaci dan menghina Zara.

zara zya

Lagi beberapa keping gambar Zara Zya, heroin drama Love You Mr Arrogant dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Buat peminat Zara, boleh ikuti akaun Instagram Zara Zya.

zara zya
zara zya
zara zya
zara zya
zara zya
zara zya
zara zya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...