Written by AbangNara | November 6th, 2012

Nampaknya episod persengketaan antara Sharnaaz Ahmad dan penerbit filem S. Baldev tidak akan menemui penghujungnya dalam masa terdekat ini. S. Baldev sebelum ini meminta Sharnaaz membuat permohonan maaf secara terbuka kerana meninggalkan lokasi penggambaran filem Darah Panas pada 5 Oktober lalu.

sharnaaz

Bukan kerana keras kepala, Sharnaaz hari ini menerusi Berita Harian memberitahu yang dia enggan menurut kehendak S. Baldev. Menurut Sharnaaz, dia sudah pun memohon maaf kepada semua kru produksi ketika penggambaran filem berkenaan. Bagi Sharnaaz, itu sahaja sudah mencukupi.

Apa jaminan yang boleh diberi sekiranya saya membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dikehendaki. Saya berusaha merendahkan diri dengan meminta maaf kepadanya di hadapan seluruh produksi filem itu. Tak cukupkah apa yang sudah saya lakukan. Apa lagi yang dia mahukan?

sharnaaz

Yang penting, Sharnaaz berasa dirinya berada di pihak yang benar. Malah Sharnaaz enggan bersemuka dengan S. Baldev untuk menyelesaikan kemelut ini. Keyakinan Sharnaaz jelas terserlah apabila menyatakan dirinya sanggup disaman.

Bagi saya, berani kerana benar. Jika benar dia hendak saman saya, saya tidak boleh buat apa-apa. Bukanlah nak kata saya banyak duit dan mahu saman dia balik. Cuma bagi saya, dia perlu bercakap benar. Kalau tak percaya bolehlah rujuk perkara ini kepada mana-mana pihak yang pernah berkerja dengannya. Saya enggan ulas apa-apa lagi kerana tidak mahu kenyataan saya disalah erti. Jika dia rasa dia betul dan mahu membawa perkara ini ke mahkamah, terpulanglah kepadanya.

Abang Nara lihat Sharnaaz ini seorang yang berprinsip dan berpegang kepada pepatah “berani kerana benar, takut kerana salah“. Kalau betul kita tak buat salah, nak takut apa kan? Teruskan perjuangan anda Sharnaaz. Jangan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak lain.

P.S: Kura-kura terkecil di dunia ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

47 responses to Saya Berani Kerana Benar – Sharnaaz Ahmad

  1. Bro says:

    kesian Sharnaaz difitnah..lagi!

    0

    0
    • tien tien says:

      hmff kepala angin, panas baran..
      ..”Tak cukupkah apa yang sudah saya lakukan. Apa lagi yang dia mahukan?”
      …hmff minta maaf pun tak ikhlas

      0

      0
    • Kesian sharnaz says:

      Cara2 utk promosi filem sblm cite kuar..hehhh

      0

      0
    • Raja minah jambu rindu ngan izwan pilus 24jam mengadap computer says:

      betol tu shahnaz berani kerana benarrrrr……jangan takot ngan orang semacm ni …..dia memang sengaja lambat2 kn kedatangan dia pasal dia nk buat hal ngan shahnaz……shahnaz sabar je ok asal kn shahnaz ngan shila bahgia….semoga shahnaz n shila di lindungi allah selalu amin….lov uuuuuu….

      0

      0
  2. Puiii says:

    tak payah layan lah produser2 / kru2 filem Malaysia..semuanya sakit otak; filem cam sampah!

    0

    0
  3. johnjeninz says:

    Terbaik sharnaz…kalo gua kena tunggu berjam2 pun gua berbulu…….sape yang ckp ko ni panas baran sume hipokrit…..manusia memasing mesti ade sifat marah dan baran…bezanya sharnaz ni selebriti….tu yang silap sikit org mengata….pape pun dah mintak maaf tu kira setel la…

    0

    0
  4. boni kacak says:

    agaknya sebab filem darah panas tu berhantu kot. masing2 diselubungi jadi darah panas masa dalam set pengambaran..

    0

    0
  5. j.LOL says:

    tengok… sokong la abg sharnaaz ketat2

    0

    0
  6. bodohnara says:

    lewat beberapa jam ak rs ade la dekat 5 jam kot.beli pakaian pastu minum2 jap.lepak mamak pastu baru g lokasi filem.gua dah masak benar dahh.kalau artis lewat punya marah.kalau kru produksi wat hal takpe plak.puih.

    0

    0
  7. slay says:

    shanaz kau sangat poyo la!!! lu bukan film star pun!!! zed zaidi mohon ambil tindakan keras-keras tau pada budak cepat panas ni!!! pk panas dia je cibai!!

    0

    0
  8. gigi emas says:

    Kalau kau benar kau saman le dia dulu bodoh…………………at least dapat jugak duit kalau kau tak pukul dia………ngok betoi artis malaysia

    0

    0
  9. Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original says:

    kesian pulak minah jambu ngan si shahnaz ni bila baca dia punye kate2 yg macm puitis tu …..tapi shahnazzzzzzzzzzz kalau geram ponnnnnnnnn jangan lah sampai cengkam2 leher anak orang kannnnnn nasib baik orang yg di cengkam tu tk ape2 kalau dia mampos nanti u jugak yg keluar masok makamah ! lain kali u jangan buat gitu lagi ok turun kn panas baran tu buat bersabar sikit …kalau orang tu buat hal lagi tros rembat jangan kasi chan lagi ok….

    0

    0
  10. aloha!!! says:

    to sharnaaz..
    pas ni klu rase nk naik hangin je kan, kamu bce a’uzubillahiminasyaitanirajim byk kali..cool la cket mrh 2 nnty..renung2kan dan selamat beramal..
    peace!!

    0

    0
  11. Anonymous says:

    to sharnaaz, si abang bicep berdada bidng bertubuh sasa lagi gagah… belasah je s. baldev ni… pastu cekik kaw kaw punya….

    0

    0
    • Pengacau says:

      Terketawa saya baca comment nie :D

      0

      0
      • kawan kepada pengacau says:

        memang lawak kan bila abang gym terlebih inject steroid mengganas… hormone x stabil tu…. byk sgt testosterone!

        Nak kahwin dgn shila amzah kena sign contract dulu ni, kalau marah kena jual! Gagagaga…

        0

        0
  12. nyah tetek says:

    tengok statement pun dah tau perangai dia bajet bagus n bossy tu baru jadi pelakon agaknya kalo dia jadi produser ada je hal dgn crew ke sape mamposs kena belasah sampai tenat yelah bajet power sgt CHOYY

    0

    0
  13. janda baik says:

    artis sememangnya hipokrit kn?? so knyataan sharnaz x bole pakai ,terima kasih…

    0

    0
  14. Shahrukh Khan says:

    Berani kerana benar atau Berani Kerana EGO yang sangat Tinggi???
    Fikirlah elok2 Sharnaaz. Industri kamu terlalu kecik. Mana2 kamu pergi akan jumpa org yg sama gak. Kalau betul kamu memang benar2 tak bersalah fight for it. Tapi kamu perlu ingat, dalam mahkamah, yang bersalah pun boleh jadi bersalah & begitu juga yg sebaliknya bergantung kpd bagaimana kamu bentangkan kes kamu berserta dgn bukti2nya.
    Bila kamu kalah kes, kamu akan disuruh oleh mahkamah utk membayar kos mahkamah. Bila kamu tak mampu untuk membayar (jika kos & denda melebihi RM50k) kamu akan dihukum sebagai seorg muflis selepas itu. Fikirkan masa depan kamu.

    0

    0
  15. ... says:

    berani krn benar adalah satu prinsip hidup yg bagus…tapi tang panas baran tuh kena berobat laa …kalau tak lama2 bole dpt penyakit darah tinggi laa plak…

    0

    0
  16. mie rebus says:

    ape cucah klu kene saman pon..awekkks dia si cella tu kan kaya sbb menang besau aritu..so cella tlg abang canaz byrkan caman yerrr…

    0

    0
    • nabs says:

      Ape ke bahasa kau tulis ni? Caman cucah cella canaz. Keypad huruf s kau rosak atau kau lari kelas masa cikgu ajar guna huruf S?

      0

      0
    • hah? says:

      ni budak tadika ke? aku rase budak tadika lagi pandai menulis dari kau ni…kesiannn…

      0

      0
    • Anonymous says:

      bajet cute ler tu!!! Sharnaaz pukul kau karang baru tahu!!! Sharnaaz, bantai mamat budget comel ni!!! Kau kan pendekar…. HAhahahahahahahaha…..

      0

      0
  17. Adieq says:

    emmm sori la i xminat la dia ni..ntah xtau np..lau ad cite dia yg berlakon i xlayan sgt..emm pendapat masing2 kn..so i berhak nk minat dia berlakon ke x..tp shila i minat gilerr..lau diorang ada jodoh..i hope sharnaz leh jga shila baik2 yee..

    0

    0
  18. Sejujurnya says:

    IF shila hamzah is lemah lembut, jenis bertolak ansur, tidak mudah marah, cool, tak menjawab, dgr kata …pendek kata jenis tak memberontak..ikut jer cakap lelaki ni..insya’allah depa leh bahagia…
    Ikut dari pengalaman ai…

    My pak sedara panas baran..mak sedara pulak jenis melawan cakap…kalau gaduh confirm kena sepak terajang..last2 bercerai after 20yrs of married..
    My adik..panas baran jugak… Masa bcinta pun dah tunjuk belang..tp adik ipar aku bodoh..nak jugak kan adik aku nih..tak sampai seminggu kahwin kena sepak terajang….sbb adik ipar aku ni jenis melawan …memang bdoh tahap dewa kata laki aku…dah tahu adik aku panas baran nak jugak kahwin….

    Dulu aku pernah couple ngan org panas baran…huh…menakutkan..aku fikir panjang…dari aku ena pukul cam mak sedara …baik aku blah…cozaku ni pun jenis panas baran…( tp baran pompuan ni tak sama ngan lelaki..kidrat derang kuat wooo )

    So shila ni aku takut lah shanaaz pukul dia…aku tak eh gi sungguh ngan jantan panas baran…

    All the best to shila…( kalau aku jadi bapak dia , aku tak restu hubungan nih )
    Ampun semua kalau aku terkasar ayat….

    0

    0
  19. peace yoh says:

    ko dah cekik mamat tu..pastu mintak maaf…masa ko hangin satu badan tak ingat..

    0

    0
    • Raja minah jambu rindu ngan izwan pilus 24jam mengadap computer says:

      Eh yoh u jangan marah dia macm gitu ok mungkin shahnaz ni cakap ada betol nyeeeeee……masa itu hari minah jambu pon geram jugak prangai dia yg panas baran ni tapi bila minah jambu pikir punye pikir punye pikir betol juga ape yg shahnaz dh buat……tunggu lama2 sape yg boleh tahan tol tk ….orang yg shahnaz tunggu tu mungkin dia sengaja buat macm tu pasal dia tau yg shahnaz ni panas baran jadi dia sengaja lambat2 kn kedatangan dia huh !!!! nasib baik shahnaz yg cengkam leher dia …kalau lah tekena kt minah jambu tunggu berjam jam minah jambu cekek kasi dia mampos !!!

      0

      0
      • Anonymous says:

        Benar tak benar belakang cerita, janji berani! Berani kerana baran!
        Kalau salah pun apa nak takut kan2? Cengkaman maut satu!

        Dia baru cekik main2 je tu, belum dia cekik betul2 lagi… Alaa biasa laa kan abang katang nak tunjuk kuat…. baru laa macho x gitu kan shila amzah?

        0

        0
      • KAKAKELAKA says:

        Apa yg ko fikir betul tu Minah??? Ko tau ke si sharnaaz ni memang perangai tak reti hormat orang??? Dia ingat satu Kolumpo bawah tapak kaki budak umo 27 tahun dia tu..kalau tak caya, ko pi la tanya bdk2 crew production yg penah ambil dia sbg pelakon. Aku konfiden kata si Sharnaaz ni spesis jantan iman ke laut, menunjuk2 dia baik demi pompuan…nak ambil hati mak bapak sheila tapi kalau dah perangai iblis, nak sembunyi macamana? Kalau baran dah dtg, tak boleh sembunyi langsung attitude!! Sharnaaz Ahmad ni dah sampai tahap perlu bantuan psychiatry…Schizophrenic sialllll !!

        0

        0
  20. didigaga says:

    jangan nanti orang lain takut nak amik keja sudah bahana baran terlebih ni..

    0

    0
  21. sheeram says:

    mmg la berani mana tidak nya kawan dengan gangster 77 la 36 la pekida la, tu pasal ada berani dia langsi. setakat panas baran lepak club bajet macho tonggang buat apa…

    0

    0
  22. tukang karut says:

    andy lala : kau pukul org ke hari tu?

    Sharnaaz : ye pakcik..sbb die dtg lambat kat set..

    andy lala : nnt kau nk pukul anak aku jugak ke?

    Sharnaaz : tak pakcik..saye syg kat die..tp klau die lmbat saye pukul gak..

    andy lala : reject…

    0

    0
  23. Nek Wan says:

    kalau masa bekawan bercinta pun dah lalui fasa pukul memukul, atau rentap tangan atau dia angin seluruh badan…lupakan lah nak kahwin. Orang camna ni dia tak kan boleh control baran dia sure kena penampar nya…stresss baik membujang sampai tua.

    0

    0