Saya Akan Terus Buat Drama Adaptasi Novel Kerana Rating Tinggi – Michael Ang

Hiburan

Saya Akan Terus Buat Drama Adaptasi Novel Kerana Rating Tinggi – Michael Ang

Sebelum ini, pelakon Ayda Jebat ada meluahkan pendapat bahawa drama adaptasi novel sudah menjadi trend yang “overratted” dan mengakui beliau juga mahukan naskah yang lebih berkualiti daripada penerbit dan penulis skrip.

Advertisement

Berbicara mengenai isu tersebut, pengarah Michael Ang yang cukup terkenal dengan karya adaptasi novel memberitahu beliau memilih karya berkenaan kerana ia mempunyai peminatnya tersendiri.

Malah, beberapa drama yang dihasilkan oleh Michael mendapat rating tinggi. Buat Michael, untuk apa berusaha keras menghasilkan sesuatu yang berlainan jika ia tidak mendapat sambutan.

Novel sudah ada pengikut. Jadi walau macam mana pun, stesen TV tetap hendak mengejar rating. Saya tidak tahulah orang lain, macam saya buat sesuatu mengejar rating. Buat apa buat drama dan kerja keras, penggambaran hari-hari tetapi tiada orang nak tengok?

Tambah Michael drama adaptasi novel bukanlah isu utama, apa yang penting adalah jalan cerita yang mantap dan berkualiti. Di sini, penerbit dan penulis skrip memainkan peranan penting untuk mengolah naskah yang diambil daripada novel.

Saya tidak kisah sama ada adaptasi novel atau tidak. Kalau cerita itu bagus, ia memang bagus. Tetapi peluang untuk drama adaptasi berjaya adalah lebih tinggi daripada skrip asal. Cerita itu orang nak kutuk kata tajuk busuk, suka hati sayalah. Janji mendapat rating.

Drama adaptasi penulis banyak naratif, jadi kena pandai olahkan watak. Ia memberikan satu kehidupan kepada pembaca novel. Kita baca novel tetapi tetap kena olah balik. Tidak boleh ikut novel bulat-bulat nanti bosan. Saya arahkan pun bosan.

Pengolahan skrip memang penting didalam sesebuah drama, tapi tidak semua penerbit yang menghasilkan drama adaptasi novel mempunyai fikiran seperti Michael Ang.  Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...