Written by serenity | October 14th, 2015

Baru-baru ini, pelakon Atikah Suhaime telah menyindir pihak media dengan menyenaraikan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seorang wartawan di akaun Instagram miliknya.

Disebabkan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo merasa kesal dengan sikap Atikah dan berpendapat Atikah belum matang dan kurang berpengalaman sebagai artis terutamanya untuk berdepan kontroversi. Kata David kepada mStar Online:

Pada saya kenyataan dibuat Atikah menerusi Instagram berhubung isu dengan pihak media itu adalah kerana dia tidak mempunyai pengalaman dan tidak matang.

Dia seharusnya lebih rasional dalam menghadapi sesuatu isu tetapi mungkin juga perkara itu berlaku kerana MIG belum cukup mendidiknya.

Saya akan ‘ajar’ dia! kerana MIG tidak pernah mengajar artis-artis kami bersikap sedemikian.

Berhubung dengan isu video lucah ‘threesome’ yang didakwa menampilkan Atikah dan pelakon sado Ammar Alfian serta Idris Khan, David berpendapat ia tidak wujud, bagaimanapun akan bertemu Atikah untuk berbincang tentang perkara itu.

Jelas David, pertemuan itu ialah bagi mendapatkan cerita sebenar sebelum pihaknya mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Tidak adil sekiranya saya mengulas perkara tersebut tanpa mendengar penjelasan daripada Atikah terlebih dahulu.

Sebab itu saya ingin berjumpa dengannya bagi mendapatkan cerita sebenar.

Gosip berkenaan saya sudah dengar sejak beberapa bulan lalu dan ada cuba meminta salinan video itu namun sehingga ke hari ini tiada pihak tampil mengemukakan bukti.

Sebagai seorang artis baru, Atikah mungkin perlu bersikap lebih tenang dalam menangani hal-hal kontroversi mengenai dirinya serta menjawap gosip wartawan. Dia bernasib baik kerana wajah comel yang dimiliki menyebabkan banyak peluang terbuka untuk dirinya walaupun boleh kami katakan bakatnya dalam bidang lakonan masih belum benar terbukti.

Gunakanlah peluang yang ada untuk mempertingkatkan mutu lakonan. Pasal gosip tu biasalah, sudah lumrah dunia artis bukan? Boleh belajar bagaimana untuk menjawab soalan panas wartawan dari artis yang lebih senior seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Erra Fazira yang sentiasa humble itu.

13 responses to Saya Akan Ajar Atikah Suhaime – David Teoh

  1. ayda kasturi says:

    nape xde org komen???? sian dia….

    0

    0
  2. Gangbang says:

    So whats the problem? pffttttt

    0

    0
  3. anon says:

    Nak ajar apenya….every body is entitled to their opinion…….peduli ape kalau org setuju dgn kita ke tak. Masing2 ade hak keluar pendapat masing2.

    0

    0
  4. Sha says:

    Nak ajarkan macam mane ea? Nak ajarkan atkah suhaime ni nak berhijrah keee?? Ke nak kasi lempang ??

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Layan je lah

    0

    0
  6. Exo..exo says:

    Aku tak minat..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Terminate je dia dari MIG tu David. Bagi malu kompeni je dia ni. Takde bawak untung besar. Bakat kayu tak boleh jual. Kontroversi je banyak.

    0

    0
  8. 3 sum says:

    Lps ni ajar plk dia buat 5 sum ke 7 sum ke!

    0

    0
  9. kupukupu says:

    out kn je Atikah ni dari MIG.. bukan best pon berlakon.. mcm kayu.. dah macam cerite indon da ble tgk die berlaku.. slow motion nk mampos. klu tgk cerite yg die berlakon mmg lemau hbs.. even hero n acting lain best2.. masok je die. hancussss.. xbes lgsung kot.. mcm mn blh amk org mcm ni berlakon ? klu d sbb kn bayaran murah mmg ak percaya..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    pakai bedak pun tak pandai bercapok2 ni kan plk blakon.

    0

    1
  11. Anonymous says:

    nak copy video tu gak

    0

    0