Written by serenity | October 7th, 2011

Sarimah Ibrahim, pengacara yang dikenali di luar negara kerana rancangan The Biggest Loser Asia akan mengorak langkah sebagai pelawak di Hollywood tidak lama lagi. Semuanya adalah hasil perkenalannya dengan pelawak terkenal Hollywood yang muncul dalam filem Iron Man dan You Don’t Mess With The Zohan, Ahmed Ahmed.

Dia mengagumkan. Dia juga ada tweets mengenai saya. Dia tanya jika saya berminat untuk membuat persembahan pembukaan untuknya di persembahan jelajah. Katanya dia belum pernah bertemu dengan wanita Muslim berbangsa kacukan Irish dan Melayu Malaysia yang kelakar seperti saya.

Dia memberitahu TheDailyChilli begitu ketika membuat persembahan lawak pembukaan untuk persembahan lawak Ahmed di Berjaya Times Square baru-baru ini.

Ramai peminat saya di Malaysia yang mengenali saya melalui rancangan televisyen berbahasa Melayu sepanjang 14 tahun lepas tidak menjangka saya boleh menjadi kelakar bila berbahasa Inggeris. Peminat saya yang berbangsa asing di Australia dan UAE yang mengenali saya melalui The Biggest Loser Asia mahu saya membuat persembahan lawak stand-up sendiri.

Belum ada tarikh yang ditetapkan untuk peranannya dalam slot tetamu di persembahan jelajah dunia Ahmed, yang turut melibatkan Amerika Syarikat, tetapi Sarimah berkata:

Sekarang dia berada di Amerika Syarikat. Kami masih berbincang. Saya tidak akan mengatakan tidak untuk mengadakan persembahan bersama Ahmed.

Kalau begitu, bolehlah kita memanggil Sarimah dengan gelaran ‘Maharani Lawak’!

Baca Yang Ini Pulak:-


26 responses to Sarimah Ibrahim Bakal Jadi Pelawak Di Hollywood

  1. lola says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 21
    • Hmnnnn says:

      la..dengan Arab lah pulak..???? Skandal ker wakkk???

      Hot debate. What do you think? Thumb up 6 Thumb down 13
    • Fathia says:

      boleh laaa.. cuma lawak dia dlm bahasa omputih bila guna bahasa malaysia dia x reti nk melawak. aku penah dengar stand-up comedy dia.. dia mmg lawak sngt

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 0
    • Selitone Cold Steve Austin says:

      Tak yah g jauh-jauh Sarimah oii… Duet jer dengan Si Mamat tu… buat kumpulan baru. MAMMAH… kan lawak tuuu…. nak lawak lagi, Jadikan si Rafidah ahli ke-3. Mesti lawak..!! kalau tak lawak, jadi PAK/MAK LAWAK.

      Hot debate. What do you think? Thumb up 8 Thumb down 15
      • Akak Nak Juga says:

        kau pun bleh gak join the group pastu tukar nama PAK / MAK LAWAK BODOH

        Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
        • Selitone Cold Steve Austin says:

          Boleh jer “akak nak juga”… Tapi “akak nak juga” kena join group aku. Aku jadi “Pak”, Sarimah jadi ” Mak”… yang “bodoh” tu ngko jadi… hahaha~ jadi lengkaplah group kita… PAK / MAK LAWAK BODOH… bila nak show? kahkahkah~

          Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  2. nobi says:

    Sarimah mmg kelakar….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 40 Thumb down 2
  3. alya says:

    ape2 pon moga berjaya di sana :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
  4. clown says:

    x salah mencuba…asek penyanyi jer nak p international…pelawak pun ape salahnye…at least mrk membawa nama Malaysia…jgn kuar citer2 -ve sudah laaa…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 2
    • meeradrianam says:

      agreed with u clown..
      just try sarimah..
      its okey..
      we always support u as long x kuar citer negative.. :)

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
  5. Triple H..(WWE) says:

    Sarimah kelakar! ok lah..bagus lah dpt job..berusaha~

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
  6. King KL Gangster says:

    Jangan dressing dan buat perangai macam oranghollywood dah laa sarimah. ko tu orang Islam berketurunan Melayu

    Hot debate. What do you think? Thumb up 12 Thumb down 3
  7. ulalala.. says:

    good job. tp hati2 dlm memilih pakaian. sbb si ahmed tu dah notice yg sarimah ni perempuan muslim. jaga adab juga ye. =)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
  8. triple j says:

    yg dia nak pi US jadi lawak tu pun dah jadi lawak pertama daripadanya!

    hehe just kidding, tau sarimah memang pandai melawak tapi ditenggelami oleh wajah cantiknya. maybe dia boleh fokus on singing since dia pun pandai menyanyi? tapi serius klu bukan kerana tahi lalatnya, tak cam sarimah di atas!kurus dan makin lawa!

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  9. apasal aku nampak sarimah nie macam lain sangat….hampir x cam ….

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  10. sarimajjjjjjjj says:

    suka ko lah apa nak jadi

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 6
  11. jabun says:

    dia mmg kelakar

    sexy lg cantek

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  12. i like kak mah..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  13. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    eh ni sarimah ke ni? minah jambu macm tk kenal la pulak…………kenape kurus ni? sarimah kenape u kurus? dh cenkong minah jambu tengok muka dia…………..bang nara tolong gi find out pesal dia ni kurus ! telan obat slim ke?

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  14. yume says:

    hampir2 tak cam sarimah sebab kurus sangat… apapun kalau betul lah dia nak gi hollywood tahniah lah.. moga berjaya dan jaga nama baik2…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  15. fifi says:

    gambr baru ke nih..bkn ke gemuk aku tgok…tp aku x suka la dia buat lawak..tk lawak langsung…perasan je lawak

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  16. hehehe.udah rezeki dia kot.bior dia try dulu camner.then baru kita komen:-)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  17. wongjowo says:

    sarimah kurus seh!! jeles!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  18. Reena says:

    Aku ske sarimah ni..lawak dia natural..dia pandai buat muka..i loike..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0