Written by Bella | February 10th, 2015

Selebriti jelita Sarimah Ibrahim nampaknya sedang menghitung hari untuk bergelar isteri tidak lama sahaja lagi.

Sarimah yang popular sebagai penyampai radio, pengacara serta pelakon telah menetapkan tarikh 2 April 2014 untuk mendirikan rumah tangga bersama cucu Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 10 iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau mesra disapa Tengku Jamie.

Majlis nikah dan resepsi akan diadakan pada hari yang sama di Hotel Prince bermula sebelah pagi dan bersanding pada malamnya. Keesokan harinya akan diadakan resepsi ala Barat di lokasi sama pada jam 8 malam.

Pasangan Sarimah dan Tengku Jamie  telah berkenalan selama sembilan bulan dan mengikat tali pertunangan pada 27 September 2014.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Sarimah dan Tengku Jamie. Pada tahun 2006 Sarimah pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka dari Australia iaitu Amir Andrew Abdullah dan bercerai pada tahun 2008.  Tengku Jamie juga merupakan seorang duda tetapi tidak mempunyai anak.

Harapnya Sarimah dan Tengku Jamie kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dalam perkahwinan kali ini. Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pengajaran untuk membaiki diri masing-masing. Sikap tolak ansur itu penting, InshaAllah semua akan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: BHONLINE

13 responses to Sarimah Ibrahim Bakal Bernikah Dengan Tengku Jamie 2 April Ini

  1. Linzy Longkang says:

    congrats sarimah bertuah dpt kerabat diraja

    0

    0
  2. kelas mengaji says:

    untunglahhhh

    0

    0
  3. najwa says:

    kalau dah confirm nak kahwin ni baru lah boleh masuk blog…tak mcm sorg artis tu, beriya create gossip nak kawin kerabat, pastu nafikan…pastu iya kan…tp ntah ke mana hala tuju dia..mmg cari publisiti murahan

    0

    0
  4. Kiah Propa says:

    Untung nya…mungkin takdir dia da tertulis kan..impian setiap perempuan kot nak kahwin dengan anak raja @ keturunan raja,hehehe…cam cerita cinderella gitu, fikir balik mmg tak logik org biasa dgn anak raja @ keturunan raja tapi zaman skg tak de apa yang mustahil,muka lawa sempurna klw pandai pilih yang terbaik untk hidup, insyallah….senang di dunia…tetapi jgn la lupa bekalan kita ke akhirat kekal..sama2 kita renungkan…

    0

    0
    • Anonymous says:

      bukan berangan & mimpikan kawin anak raja & keturunan raja ajer, Dato anak Dato, ahli perniagaan ahli corporat pun ramai yang berebut…………sampai bergaduh berebut

      0

      0
      • Anonymous says:

        menteri bekas menteri anak menteri pun ramai artis berebut…………cuma bangla atau pakistan jual carpet ajer tak der artis berebut.

        0

        0
  5. redantz says:

    Muke diorg ada iras2 lah. Jodoh panjang nieh. untung ko sarimah aww

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Tahniah. Semoga berkekalan hendaknya.

    Kenapa Vip2 , Datuk2 dan kerabat diraja excited betul bila dapat kawin artis? Artis cuma kerja menyanyi je. Macam bila dapat kawin paramugari la. Kerja mereka cuma layan penumpang je. Mungkin nak tumpang glamour kot .

    0

    0
    • aku di perjalanan says:

      pengalaman aku, org2 kaya ni suka perempuan bergaya, open minded, memiliki lifestyle yg boleh dibawa ke tengah ke tepi, pandai bergaul, kalau boleh berbahasa inggeris dgn baik is an added bonus. Y??? kerana itu semua sebahagian dr kehidupan diorg. golongan kaya selalunya bnyk perlu menghadiri majlis yg pelbagai; i.e- corporate functions, annual dinner, majlis perasmian itu ini, etc. bg yg telah berkahwin, slalunya menjd sebahagian dr protokol/budaya atau mungkin saja kelaziman utk mereka membawa isteri. jd si isteri itu perlulah seseorg yg pandai bergaul, dan menyesuaikan gaya dan personaliti kerana isteri merupakan sebahagian dr imej si suami. kalau ke corporate function atau menghadiri persidangan antarabangsa atau business meeting misalnya, agak tidak sesuai andai si lelaki membawa isteri dgn latar belakang BIBI INDON yg TIDAK BERPELAJARAN, malah TIDAK TAHU BERGAUL di MAJLIS, apatah lg BERBAHASA INGGERIS, malah mungkin saja si bibi TIDAK TAHU MENGGUNAKAN FORK N SPOON apatah lg familiar dgn ETIKA2 dan PROTOKOL di majlis tertentu. ini boleh menyebabkan suami berasa ACKWARD/MALU. sbb itu selain dr golongan kenamaan & professional, laki2
      dr golongan kaya agak gemar memilih artis atau pramugari kerana kenyakan
      dr mereka memiliki ciri2 yg sy nyatakan di atas.

      0

      0