Written by AbangNara | July 19th, 2017

Sarapan pagi adalah makanan terpenting dalam kehidupan seharian kita. Abang Nara ada baca yang mood dan tenaga seseorang itu pada hari tersebut adalah bergantung sama ada dia bersarapan atau tidak. Kalau kita bersarapan, rasa bertenaga serta bersemangat je nak menempuh hari itu, tetapi kalau terlepas sarapan, masuk pukul 11 pagi badan dah lembik dan lesu dah.

mesra petronas

nasi lemak, sarapan paling popular di Malaysia

Walaupun rata-rata rakyat Malaysia mengetahui kepentingan sarapan, masih ramai yang “skip breakfast’. Berdasarkan fakta yang Abang Nara baca, 1 daripada rakyat Malaysia tidak bersarapan pagi. Antara alasan yang sering diberikan ialah terlalu sibuk, tak cukup masa, busy nak pergi kerja, sarapan mahal sangat, tak makan breakfast pun tak ada masalah dan macam-macam lagilah. Jadi baru-baru ini, atas anjuran PETRONAS Mesra, Abang Nara dan beberapa rakan blogger yang lain telah pun mengedarkan sarapan pagi kepada orang ramai atas tujuan memberi kesedaran tentang kepentingan breakfast ini.

mesra petronas

pukul 745 pagi Abang Nara dah terpacak di stesen LRT Avenue K untuk mengedarkan sarapan pagi kepada mereka yang bertuah

Untuk makluman, Kedai Mesra PETRONAS kini turut menyediakan sarapan pagi menerusi kempen Mornings @ Mesra. Dengan harga RM5 sahaja, anda boleh mendapatkan kombo sarapan seperti nasi lemak , air tin Nescafe dan kuih muih. Apa yang menariknya ialah sarapan yang dijual adalah berbeza-beza mengikut stesen. Contohnya nasi lemak disediakan di Kedai Mesra sekitar Lembah Klang sementara untuk Kedai Mesra di Terengganu, nasi dagang pula disediakan.

mesra petronas

Sebanyak 487 stesen Petronas terlibat dengan kempen Morning @ Mesra ini untuk memudahkan rakyat Malaysia bersarapan pagi. Mana nak dapat sarapan pagi yang lengkap dengan nasi lemak, air dan kuih muih pada harga RM5 je? Memang good food dan good value sungguh. Lagi satu yang Abang Nara suka tentang kempen Morning @ Mesra ini ialah ia ‘on the go’. Sesibuk mana pun kita, cuma perlu pergi ke Kedai Mesra PETRONAS berhampiran, parking kereta, beli sarapan dan terus boleh makan di dalam kereta atau bawa ke pejabat. Tak perlu susah-susah nak pergi kedai mamak dan sebagainya. Cepat dan mudah.

mesra petronas

antara mereka yang bertuah mendapat sarapan pagi percuma courtesy of Morning @ Mesra

mesra petronas

sarapan di Kedai Mesra Petronas memang sesuai untuk semua jenis kaum di Malaysia

mesra petronas

“akak lepas nie jangan lupa tau pergi Kedai Mesra PETRONAS untuk makan sarapan pagi,” pesan Abang Nara sambil tersenyum riang

Jadi selepas ini tiada lagi alasan untuk anda tidak bersarapan pagi. Sebelum sampai ke ofis, singgah dulu di mana-mana Kedai Mesra PETRONAS dan dapatkan sarapan pagi berharga RM5 bersempena kempen Morning @ Mesra ini. Confirm anda akan lebih bersemangat, bertenaga dan ceria untuk meneruskan hari anda selepas bersarapan. No more skipping breakfaster after this. Ingat Mesra, ingat sarapan.
mesra petronasMaklumat lanjut layari http://www.mymesra.com.my/Promotions-@-Get_Breakfast_Combo_for_only_RM5!.aspx . Selamat bersarapan!!!

26 responses to Sarapan Pagi Lebih Mudah Di Kedai Mesra PETRONAS

  1. minah jambu suka saahara yaakop says:

    sedap nye tengok nasi lemak diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..! mesti try ni..

    2

    0
    • terang bulan says:

      jgn terpedaya dgn gmbr tu… nasi lemak pat petronas dlm pek plastik je…x de ayam..

      4

      0
      • c says:

        yg berbungkus daun pisang ada jugk…nasi lemak biasa…tapi rege…RM3.00..
        mak ai…..ada nmpk kt s.alam.

        lebih baik beli nasi lemak ada yg niage tepi jln…biasa rm2.00 atau 1.50
        kalau sambal manis…sory lh..lain kali x nk beli…

        2

        0
        • Anonymous says:

          Nasi Lemak Pondan Bandar Tasik Permaisuri lagi sedap.

          1

          0
        • Aku Benci Umno says:

          Maaf off topik, hasil minyak negara Najib buatper? Berapa billion setahun? Knp negara hutang menebal? Apasal kena GST? Apasal nasik lemak Petronas bukan free?

          1

          2
        • ilovepenang says:

          di penang nasi lemak daun pisang still harga rm1.20 sebungkus…

          2

          0
        • wekkkkkkk says:

          di sini s.alam rm1.00 nasi lemak daun pisang jugk…tapi dlm ada ikan bilis kecil x nmpk, smbl je sikit, kacang lemau 2 biji, telur dadar…sehilis mcm kelip kertas tu..kacang pun mcm msk dn x msk…nasi tu dpt 4 kali suap je..sudu kecik..
          alahai…tapi org niage tu kul 9..00 am dh hilang sama kerusi/mejanyer

          2

          0
      • minah jambu suka saahara yaakop says:

        betol minah jambu tk suka kalau sambal nasi lemak manis rasa macm sambal gula aje …sambal mesti mau pedas bukan nye manissss !!

        4

        0
        • c says:

          yg manis kbyakan dri ganu dn kelantan…siap ada botol gula di atas meja…botol kecik mcm botol lada putih tu..

          3

          0
        • minah jambu suka saahara yaakop says:

          ye ke…minah jambu tak reti kalau sambal tumis campur gula..ingaaaaaaaaaaaaaat jangan makan manis2 sangat nanti dapat sakit kencing manis macm bapak minah jambu dh kena kencing manis skarang kelua masok hspital..pastu gi kt jantung n paru2 cungap2 macm sempot gitu..jangan minom air sejok batu itu yg paling bahaya…air suam ok…so jangan campor gula kt sambal…banyakan minom air puteh aje sudaa..

          2

          0
        • Mat Terengganu suka nasi ayam says:

          @ c
          Ganu sambal dia pedas + masin lah . Orang Ganu jarang tambah gula dalam lauk siap hidang atas meja. Yang selalu tambah gula tu puak2 Kelantan.

          1

          0
    • wekkkkkkk says:

      tapi nsi lemak dh letak sekali sama timun….mesti dh basi sbb ada timun…

      x caya….belillah..yg dh berbungkus..msti basi…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Kalu makan …. tunggu sampai lunch mmg la basi.

        1

        0
        • wekkkkkkk says:

          nara bgi tau sarapan pagi…kenapa nk di bawa ke tghari mkn …budget nampak..last2..nasi basi…kahkahkahkah….
          ..nasi lemak tu di buat dn dibungkus dlm 3 pagi…ltk kt petronas 6 pagi…beli dn makan pukul 8..dh berapa jm “timun” tu terperap..
          yg bawa ketgahri mkn tu alahai siannya..

          0

          0
      • Mat Terengganu suka nasi ayam says:

        nasik lemak bungkus aku gi beli kat kedai biasa.. mkn waktu petang masih elok…. kalau kedai petronas ni x tau lah macam mana.

        1

        0
    • Anonymous says:

      Dalam gambar semuanya cantik. McD pun cantik. Bila beli mcm burger cacat. Bun pun terpenyet. Salad 3 jalur je. Huhuhu

      2

      0
  2. Anonymous says:

    1 daripada rakyat Malaysia? kalau ye pun lapor takkanlah tak proof reading langsung sebelum publish.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Ni mesti ala nasi lemak pack 7 Eleven. Baik beli nasi lemak akak bawah payung atau pokok.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Gst akan dimansuhkan dlm 100 hari jika pembangkang menang di PRU kelak. Takbirrrrr!!!

    1

    1
    • wekkkkkkk says:

      dn BR1M…di mansuhkan…
      65% adalah penerima BR1M..dn adakah dn bolehkah Pakatan menang…kalau menang adakah akan diteruskan..BR1M…yg kebanyakan pembangkang pun dpt BR1M..
      jgn x caya…ado…wa ada nmpk…

      1

      1
  5. Meatball says:

    Salam,sy nk minta pendapat anda knapa org2 kita zaman skrg klau ditegur diaorang sound and sindir kita,klau kita ngata sikit diaorang mula nk bersyarah x tentu pasal??klau ada sape2 bleh bg jawapan,sila la reply yek

    1

    0
    • simple says:

      bcoz everybody has feelings n opinions .

      1

      0
    • la la land says:

      banyak sebab:

      pertama, teknologi terbuka. sebut sahaja apa media sosial/apps… wujudnya ruang komen dan automatik akan ada balasan, nasihat, pendapat etc

      kedua, kita tak kenal siapa yg kita komen, nasihat tu. so kita meluahkan apa yg kita rasa, bkn apa yg dia rs / kita xpernah alami sm seperti dia

      ketiga, kurang adab/ sensitiviti. bila perasaan didahulukan, maka otak/rasional ditolak tepi

      keempat, kita rasa KITA SENTIASA BETUL. HARI2 BETUL. X PERNAH BUAT SILAP. MAKSUM. ORANG LAIN SEMUA SALAH. XBEST. HAMPEH. ni silap plg nyata

      #justmytwocent

      0

      0
  6. sarapan harapan says:

    nasi lemak mesra petronas ni one hit wonder je.. mula-mula orang serbu mesra petronas nak try sedap sangat ke nasi lemak tu atau propa je.. pilihan di tangan pembeli.. adakah sekali rasa nak lagi ataupun tak hingin dah nak rasa..

    makan roti canai/tose/capati/naan dengan kuah dalca kentang lagi kenyang perut.. ada protein carbo semua cukup..

    1

    0
  7. melati says:

    Sedap nya nasi Lemak tu……kecuali kalo ader Gambor Neelofa & Fattah Amin trus patah selera…!!!!!

    0

    0

Leave a Comment

Optional