Written by AbangNara | December 23rd, 2013

Di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca BeaufulNara yang menyambutnya. Dengan pelbagai jualan murah yang berlangsung di hujung tahun ini, Abang Nara mengambil keputusan untuk menjadi Santa Claus untuk isteri tercinta. Hehehe.
santaDengan bajet RM100 sahaja, Abang Nara berjaya mendapatkan barangan di bawah yang akan dibungkus di dalam kotak hadiah yang sangat menarik.
santa

Wife Abang Nara selalu mengadu telefonnya cepat sangat habis bateri, jadi Abang Nara belikan powerbank dengan kuasa 12,000mah. Memang confirm tak ada masalah bateri habis lagi. Harga pun Cuma RM41.80. Murah kan?
santa

Abang Nara tertarik dan tergoda melihat anting-anting berbentuk bulat yang dibuat daripada tangan ini. Bukan je boleh guna di telinga tetapi boleh dijadikan rantai di leher. Paling terkejut apabila tengok harganya cuma RM2.20. Memang terus beli dan masukkan dalam kotak hadiah buat iteri tercinta. Hehe.
santa

Abang Nara menjadi romantic sedikit dengan membeli anting-anting tulisan LOVE.  Memang terbukti betapa mendalamnya kasih saying Abang Nara kepada wife tercinta. Anting-anting cantik ini hanya berharga RM1.90 namun kualitinya memang nampak mahal. Terbaik!!!
santa

Simple dan elegan sungguh anting-anting kembar berbentuk hati ini. Cuma RM3.50 sahaja. Cantik kan?
santa

Comel kan rantai yang berbentuk arnab nie? Ada 2 telinga arnab kat atas tue kalau anda perasan. Memang sesuai dengan wife Abang Nara yang kecomelannya jelas terserlah ketika menjaga anak. RM2.20 sahaja. Murah sangat-sangat.
santa

Rantai penuh gaya ini adalah salah satu feveret Abang Nara. Dengan harga RM5.99 sahaja, wife Abang Nara confirm nampak lebih stylish dengan rantai ini.. Dah kahwin dan dah ada anak pun mestilah kena pakai aksesori kan? Barulah hot mom!!!
santa

Ini adalah barangan terakhir yang mencuri hati Abang Nara. Baju ini memang nampak sempoi, tak terlalu fancy dan nampak selesa untuk wife Abang Nara pakai. Harap-harap wife Abang Nara suka. Harganya cuma 38.80 sahaja.

Kesemua barangan berjumlah RM96.39. Petang ini Abang Nara akan keluar untuk carik kotak hadiah yang cantik dan muatkan kesemuanya barangan yang dibeli ini ke dalamnya. Jumlah keseluruhan lebih kurang RM100 sahaja. Murah dan berbaloi-baloi sangat kan?

Kalau korang nak beli hadiah yang harganya berpatutan, layari www.nile.com.my. Semua barangan yang Abang Nara beli di atas ialah daripada NILE. Banyak lagi pilihan lain yang Abang Nara pasti akan memikat hati anda. Pastikan korang beli sekarang sebab diorang tengah buat jualan hujung tahun dengan diskaun yang tinggi.

santa

Apakah yang anda ingin hadiahkan buat yang tersayang sempena Krismas dan tahun ini? Tinggalkan di ruangan komen untuk tatapan para pembaca BeautifulNara yang lain.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 responses to Membeli Belah Dengan Diskaun Hebat Sempena Tahun Baru 2014

  1. kiki says:

    hmmm..elegik la nk pkai accessory murah2 cenggini..nnti berair n berkudis..emas je ok..

    0

    0
    • apa pun tak bley says:

      Kalau aku jadi bini nara dah lama aku sentap.. apa la ko ni nara.. bagi barang murah2 kt bini ko.. pas tu uar2kan pulak dlm blog ko nie.. malu oo kalau org len tau laki bagi barang murah kt bini… hai la nasib bini ko…

      0

      0
      • Anonymous says:

        biar murah janjji ikhlas 2 pon jd isu manusia memang busuk hati

        0

        0
      • Manusia biasa says:

        Korang ni pun. Sekali imbas pun dah tau ni iklan. IKLAN. Nara ni dibayar utk tulis iklan ni utk nampak diskaunnya kaw – kaw. Nama pun diskaun kan, tu barang semua murah. Nara boleh je tulis dia bg barang dgn harga murah ni dkt isteri dia walaupun sebenarnya tak. Propa je semua tu. IKLAN kan. Boleh jadi, dari duit yang dia dapat utk tulis iklan ni, dia beli rantai yg lagi mahal ke apa utk bagi hadiah dkt isteri dia. Tapi takkanlah Nara nak bgtau.

        0

        0
        • ccc says:

          bukan diskaun kaw-kaw pun..mmg ni semua barang murah la, beli borong dari cina/tah kat mana2..kualiti mmg kelaut..misalnya kasut nampak cantik, tapi pakai seminggu dah tanggal tapak sebab hanya digamkan saja tapak tu..tanpa diskaun pun harganya mmg macam tu..tapi kita kena ingat sendiri laa..harga mcm tu, kualiti mcm tu jugak la..tapi kalau hati dah suka, peduli apa org lain cakap..beli je..tapi mmg cepat jahanam la barang2nya..so, sebelum beli, sila google atau bertanya org lain..kebanyakan response yg ada di Msia atau luar negara adalah yg teruk2..sesekali aje dapat response yg elok..

          0

          0
  2. chikedis says:

    setau aku.kita org islam xbole ucap selamat hr natal,slmt hari krismas dan yg seangkatan dengannya,org bukan islam xpernah dan xkan pernah selamat….sbb lain korg g tya ustaz..

    0

    0
    • ass says:

      betul.. hati2 dengan ucapan. kekadang dr ucapan boleh jatuh murtad..

      0

      0
    • kuih tart says:

      kalau ucap atas dasar persahabatan ok jer tapi just ucap “SELAMAT HARI RAYA”.

      0

      0
      • Syamsul says:

        aku selalunya ucap happy new year n happy holiday jer kat kawan aku yg beragama kristian, islam tu mudah

        0

        0
    • NANA says:

      Korang kena paham Abg Nara kte ni dibayar untuk promote benda mcm ni…promote x salah yg salah cara penulisan. mungkin lebih baik jika Abg Nara tujukan entry ni khas untuk untuk pembaca beragama kristian…kte sebagai org islam x meraikan krismas atau perayaan yg seangkatan dengannya. Tapi bleh je kalau kte nk beli barang tp x yah la sambut.

      0

      0
    • ngok ngek says:

      aku tak paham apa yg haram nye ucap selamat hari krismas/natal. sama je kot mcm bangsa lain ucap selamat hari raya ape semua.. masyarakat kita ni kalau dah terlalu obses, semua tak boleh.. apa yg mengaitkan ucapan selamat hari krismas dgn murtad? kata satu malaysia. tapi nak semua nya ikut satu agama je. aparahhhhh!

      0

      0
      • didie @ says:

        ko ingt hukum itu direka reka manusia? ko mempersoalkan hukum Allah? Istifar bnyk2

        0

        0
        • ngok ngek says:

          ade aku cakap hukum direka manusia. mane dlm al quran cakap tak boleh wish merry christmas? ade ke? setau aku semua agama suruh umatnya menghormati satu sama lain. manusia je yg tak betol. bila belagak pandai semua nak di serongkan. maksud dlm al quran straight je tapi bila diterjemah manusia yg cerdik pandai, dah lain jadi nye. pike lah sendiri ye.. setau aku maksud merry tu ialah gembira, christmas pula maksud nya satu perayaan kristian. sama mcm hari raya. aidilfitri. bahasa je perbezaan nya.. tang mana dia buat ngko murtad? ade sebut doa/sembahyang kristian ke? tak kan. sama macam kes Allah tu, setau aku Allah is God. Cuma Allah ialah bahasa arab manakala God bahasa English. Jadi tak de ape nak dipertikaikan.. Pucuk pangkal nya, Tuhan mmg satu. cuma cara kita berbeza.. Bangkit lah wahai Islam dan melyu tolong jgn asyik tidor.

          0

          0
        • x says:

          takde pun hukum Allah tentang ini..jgn berkata2 tanpa ilmu..tak faham, lebih baik diam.

          0

          0
    • cornstarch says:

      apakah bila kau beri ucapan selamat hari xmas etc (untuk menghiburkan hati rakan yg menyambut) bermaksud hati kau dan niat kau mengiyakan agama mereka/perayaan mereka? sila rujuk org2 yg pakar, bukan sembarangan rujuk pada mana2 ustaz..kerana ilmu agama ini luas..tak semua ustaz belajar tentang sesuatu ilmu agama itu..sebagai contoh, saya ambil diri saya sendiri..sewaktu saya belajar dahulu (undang2 termasuk syariah), antara perkara yg saya belajar adalah tentang faraid, nikah/kahwin/cerai/, hudud, qisas, dan byk lagi. Kemudian secara kebetulan berlaku kematian dalam keluarga jiran sebelah dan anak jiran merupakan seorang ustaz (Ustaz A) yg mengajar agama di sekolah dan di surau. Namun, apabila berbicara soal pembahagian harta arwah bapanya, ustaz A ni tadi jelas tidak tahu & memperlekehkan apa yg saya kata kepadanya, dengan alasan dia ustaz dan dia pernah mendengar dari beberapa org lain tentang pembahagian harta mengikut faraid yg berbeza dari apa yg diucap seorang law student ketika itu. Namun demikian, seorang lagi ustaz B (yg terkenal di Malaysia yg merupakan bekas jiran & rakan sepermainan saya) menegurnya dengan baik..Ustaz B mendalami ilmu agama dalam bidang2 tertentu di Mesir dan mmg pakar dalam hal-hal berkaitan..manakala ustaz A pula mempelajari agama dalam bidang lain untuk melayakkan dirinya menjadi tenaga pengajar di sekolah. Ustaz B menerangkan pada ustaz A dengan jelas siap dengan ayat2 Al-Quran..Jadi, kesimpulannya disini, tak semestinya setiap apa yg diucap oleh seorang bergelar ustaz itu benar..jika kita rajin baca sirah, akan ternampak bahawa terdapat golongan2 berbeza yg bertentangan pendapat dan sebagainya..namun selagi ianya tidak bertentangan dgn hukum, maka ianya dibolehkan/tidak menjadi kesalahan. Namun mengatakan seseorang boleh jatuh murtad hanya kerana memberi ucapan selamat hari natal, itu keterlaluan..jgn kita lupa bahawa Allah itu maha mengetahui..yg penting adalah niat kita utk membuatkan org tersebut gembira..bukan bermaksud kita nak masuk agama dia atau mengiyakan kebenaran agama dia..so, berhati2 bila menulis..

      0

      0
  3. sha says:

    INI SEMUA AGENDA ILUMINATI!

    0

    0
    • ashley says:

      kau faham tak apa tu iluminati ????
      ni perayaan krismas tak ada kena mengena dgn iluminati, tolong respect agama lain…jgn sesedap mulut jer tuduh perayaan org lain iluminati

      0

      0
  4. Bella says:

    @chikedis awak tgh ucap kot skg meski melalui tulisan jer..nak tegur pun agak2 lah …

    0

    0
  5. NEELOFFAcipapketat says:

    tengok tajuk pun aku dah tau nara ni sambut krismas..angan2 nak jadi santa klaus nak bagi hadiah diskaun kt orang islam..

    0

    0
  6. Haliza Misboon says:

    nara punnn… kot ye pun nk promote.. hagak2 laa.. siap nk beli hadiah sempena kismes plak pekejadahnya??

    0

    0
  7. peanut says:

    korang jgn terlalu obses.. ucap selamat hari xmas utk kengkawan yg beragama kristian apa salahnya. x baik kutuk mengutuk. bila time raya dia pun ucap selamat hari raya gak utk kita. msia kan byk budaya & agama, jadi saling menghormati.
    “Nara, biar betul hang p beli barang kemas murah kat bini hang.. kedekut ke?”
    Tapi Nile mmg murah..

    0

    0
  8. Amina says:

    Hahaha, saya nak tergelakla, Abang Nara=Santa Claus?? Ini la orang Islam sebenar, sangat2 hipokrit!! Bila time Krismas, nak beli barang, nak jadi Santa Claus, nak bergambar dengan pokok dan dekorasi Krismas yang berlambak kat shopping mall, tapi masa Kristian guna perkataan ‘Allah’..walawey..berbaris-baris kat mahkamah tu, angkat banner, itu tak boleh buat ini tak boleh buat..macam2 peraturan. Kalau nak impose rules sgt jangan la jadi hipokrit ye, yang bertudung tu syok benar bergambar dengan pokok Krismas..eeeee tapi tak boleh wish selamat sebab orang Kristian tak akan dan tak pernah selamat??? Ape cerita dongeng korang ni..oh my God..RIP tk boleh cakap..selamat tak boleh cakap..tapi pergi club, pakai tank top, shorts, minum air kencing syaitan..boleh plak ye..you people are real hypocrites!!!

    0

    0
    • santarina says:

      Hahahaha…setuju sangat..apa ler salahnya ucapkan selamat hari natal, bukannya kalau terus ucap greetings tu terus murtad..OMG! Please la..betul gak kata2 si Amina nih..Valentine’s Day ada gak org Islam yg celebrate sedangkan dalam agama Kristian pun tidak mengamalkan Valentine’s Day..kita ni hidup dalam satu keluarga Msia, tak payah lah nak mengapi2kan hal mcm ni ok..well, just saying….

      0

      0
    • Nok-Nok-Nok says:

      Hello Cik Amina, (Nok assume uoalzz pompuan)

      Pertama sekali, uoalzz tak boleh nak campur aduk semua benda dalam satu perkara..Anggap lah yang Nok komen ni bukan dari sisi agama. Cuma pandangan secara keseluruhan sebab Nok memang Jahil agama..

      Ada perkara yang Nok setuju dengan uoalzz dan ada juga yang Nok berbeza pendapat. Pokok hiasan diwakjtu perayaan Natal tu sebenarnye lebih kepada BUDAYA dan bukan dalam ajaran kitab Bible. Anggap saja macam kita pasang dekorasi untuk hari raya. Akan tetapi kita dalam Islam kita memang digalakkan menerangi rumah di akhir2 malam Ramadhan( kat kampung2 pasang pelita)

      Santa Clause tu pulak memang tak disebut pun dalam mana2 kitab agama samada Al-quran, Bible, Talmud(kitab Yahudi) atau lain2.. Kewujudan Santa Clause bermula dari cerita dongeng masyarakat Eropah utara(Sweeden,Poland dll).. hanya untuk kanak2.

      So walaupun orang tu BERJUBAH atau bertudung litup ambil gambar pokok perhiasanl tu memang tak salah la. Bab perkataan Allah tu Nok masih mencari fakta sebenar sebab memang diakui bahawa diluar Negara perkataan Allah dalam bahasa Arab itu sama macam maksud Tuhan dalam bahsa melayu dan tiada makna atau penjurusan yg specific.
      Akan tetepi kita perlu memikirkan situasi yang berbeza dengan budaya dan amalan masyarakat majmuk Malaysia.

      OMG tu Nok sokong uoalzz tapi belom pernah pulak Nok dengar kita x boleh sebut OMG. And RIP tu Nok ada beberapa sumber tapi Nok rasa lebih baik Nok tak komen. You all tanya yang betul2 pakar agama.

      TAPIIIIIIIIIIIII., Nok pun tergelak baca komen uoalzzz..!!!! Satu benda uoalz kena tau, Yg pergi Club, yg pakai tank top and minum air kencing syaiton bak kata uoalzz itu adalah kumpulan yg berlainan dari yang uoalzz carotkan pasal agama ni. Yang hipokrit tu Nok agak setuju sebab memang ada segelintir ulama yang selalu menegur artis tetapi tak pernah sesiapa pun menegur pemimpin2 atau isteri2 pemimpin .

      pape pun macam dah karangan form 6 pulak komen Nok ni tapi at least Nok sekadara nak berkongsi idea dan pandangan. Mana yang salah tolong betulkan..

      Daaaaaaaaaaaaaaaa…

      0

      0
    • Linzy Longkang says:

      Laa sempitnyer pemikirang korang, semua agama ajar kita menghormati agama lain, takkan lah ucap selamat kat org terus jadi murtad, mana laa org agama lain nak respect agama kita kalo pemikiran kita terpesong jauh mcm tu?

      0

      0
    • mak mentua says:

      ‘Amina ” klassss ko punya kenyataan dik !!!!! akk suka …

      0

      0
  9. flower says:

    barang-barang nile kualiti memang hampeh. tolong la jangan beli uollsss

    0

    0
  10. BUNKFACE NO.2 says:

    aku pun xlh pki yg bkn emas.. jd berair n gatal2..

    islam tu mudah, korg je nk mnyusahkan.. sbnrnye sume ikut hati qolbu.. nawaitu. Allah melihat di hati.. stakat ucap perayaan dorg, ape masalahnye? leceh je korang ni..

    0

    0
  11. santa claus says:

    racist! ktorng blh je ucap selamat hari raya kat korg.

    0

    0
  12. nonononnoooo says:

    si nara ni kristian ke beria bagai nak kasik bini christmas present?

    0

    0
  13. ABCDE says:

    UAI tak bagi ucap salam atau selamat pada perayaan non muslim.. ucap tahniah jer cukup,,,tepuk dada tanya iman.. Sekian

    0

    0
  14. Anonymous says:

    mana nak dpt baju tue abg nara?cari x jumpa pun

    0

    0
    • nakbajutu says:

      ha betol tu. nara ak nak jugak baju tu. xjumpe la. selling fast ke ape. pls pls pls

      0

      0
      • nakbajugak says:

        aku pun dah naik pening kelebet website nile tu xjpa pun baju tu apa aaa abg nara ni.. bg la link terus nara oittt

        0

        0
  15. zaia says:

    model tudung zaharah kat sebelah kanan ni, apesal semacam something wrong ckt riak muka dia time ‘posing me-mosing’ tu??

    0

    0
  16. anonymous says:

    yang sibuk ambik gambar dkt pokok krismas tu ramai yang bertudung. apa beza wish dgn bergambar? cakap tak serupa bikin.

    0

    0
    • Nok-Nok-Nok says:

      Wahai Anon.,

      Pokok hiasan tu adalah sebahagian dari BUDAYA.. Bukan dalam ritual keagamaan..
      Kita kena komen dengan berilmu..

      Daaaaaaaaaaaaaaaaa..

      0

      0
  17. L says:

    Korang yg duk kutuk2 ni Mcm diri tu bagus sgt. Kesiannnnnnnnnnnn

    0

    0
  18. orh kg duk obesi says:

    eleh… duit angpau time raya cina nko amek… tu nak kira camna? jgn ler hipokrit

    0

    0
  19. kudaGagah9Inci says:

    fuck
    aku xtahan betolla dgn nara shameless advertisingni, update gosip lembap macm siput. kalu iklan beriya-iya
    dahla bahasa macm budk darjah 1…beli eksesori harga 2hinggit buat hape??? nak bagi berkarat bini ko ke?
    baju style makcik2,ssuaiiiii…

    and ape salahnye sebut selamat hari natal??? just because of ‘selamat’? because dieorg non-muslim,kite xleh eh wish dieorg safe? nak suruh xsafe sume? mati,sakit, accident sume? tak tahan la aku, islam supposed to be easy. not burdensome like this

    0

    0
  20. bla3 says:

    perhatian.. Penting!!! Seorang bekas biarawati Kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya, HARAM bagi seseorang umat Islam untuk ucap Merry Christmas.. Ini kerana ia bermaksud Selamat sejahtera ke atas Tuhan Jesus (Nauzubillah!!) Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita xsampaikan benda yang baik.. #kopipaste

    0

    0
  21. god bless you says:

    god bless you all…tidak jatuh akidah seseorang itu kalau dia benar2 seorang yang tauhid…sendiri pun boleh fikir…

    0

    0
  22. Nona says:

    I’m a muslim born and raise in a multi religion and race family… So basically every perayaan memang i have to involve..Xmas aku dapat hadiah.. aku pun bagi hadiah.. Chinese New Year pun aku dapat angpow..Time raya aku pulak bagi dorang angpow..Tapi tak la ikut they all punya ritual agama.. Tak pernah timbul pun soal murtad bila sambut dgn dorang.. jangan terlalu close minded la.. Islam is simple and easy… sekolah dulu pun pernah di ajar adab merayakan bersama non muslim kan…

    0

    0
  23. lis says:

    bang nara..xde pun powerbank yang RM 41.80

    0

    0
  24. Matahari says:

    agak2 la ckit kalau nak promote pun. kita membanggakan org kafir watpe. siap promote gift lg. ape la nak jadi nara. janji duit mayukkk yea? jgn sume kita blh share. pkai topi krismas pun tidak dibolehkan. sama jgk sperti org kafir yg mninggal, kita blh menziarahi mrk tp x blh ucapkan ‘rest in peace’ – xde istilah mcm tu krn Munkar n Nakir sgn menunggu di sana. —— petikan drpd Pencetus Ummah, Astro Oasis.

    0

    0
  25. Hampeh Jer says:

    aku x tau nak komen panjang2 bab agama. lebih baik nara tanya cerdik pandai Agama Islam sblm nak promote sesuatu barang @ kbudayaan agama lain. jgn sbb duit sume blh jd nara oi. pikiaq2 sikit noo..

    0

    0
  26. tipah says:

    Nara jadi santa? kalau nak promote iklan tuk duit susu anak pun pada2 la… slalu kondem orang jgn lupa pulak diri sendiri ya encik nara. just wonder how do u feel making money n feed ur family from ‘aib’ orang

    0

    0
  27. […] Membeli Belah Dengan Diskaun Hebat Sempena Tahun Baru 2014 (47) […]

    0

    0