Written by AbangNara | August 22nd, 2011

Apa yang best sangat Samsung Galaxy Tab 10.1 nie sampai Abang Nara tak habis-habis nak promote? Memang banyak ke”best”annnya dan paling bes sudah tentulah ianya didatangkan secara ekslusif bersama Celcom, network provider yang paling luas di Malaysia. Harga yang ditawarkan pun bersama plan Celcom Broadband pun sangat-sangat berbaloi.

samsung celcom gtab

Meh Abang Nara terangkan apakah kehebatan Samsung Galaxy Tab 10.1 ini unuk buat anda lebih teruja:-

1. Tablet paling NIPIS, paling RINGAN dan paling PANTAS di dunia ini.
samsung celcom gtab

Ringan tahap boleh letak dalam beg tangan dan tak rasa apa-apa. Laju pun laju walaupun banyak application yang dibukak. Dan paling penting, alau korang memang internet junkie, blogger, vlogger atau memang tak boleh hidup tanpa internet, gabungan Samsung Galaxy Tab 10.1 yang ringan dan Celcom Broadband adalah yang terbaik. Nampak cool doo online guna tablet nie.

2. Speaker,kamera dan skrin yang awesome gila!!

samsung celcom gtab

Tablet-tablet yang ada di dunia ini kebanyakannya lemah dari segi sound system, kamera dan paparan pada skrin. Tapi masalah ini tak ada untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 Kamera ada depan(3 mega piksel) dan belakang (1.5 mega piksel). Speaker pun ada kiri dan kanan so bunyi dia lebih surround. Dan skrinnya memang cantik dan jelas seperti di atas.

3. Bateri yang tahan lama

samsung celcom gtab

Semasa tempoh percubaan Samsung Galaxy Tab 10.1 selama seminggu baru-baru ini, Abang Nara memang guna kaw-kaw punya menatang tablet nie. Main game, tengok YouTube, bukak website, dan macam-macam lagilah. Dan ketahanan baterinya boleh dikatakan sangat-sangat mengkagumkan. Kalau setakat online biasa-biasa, boleh tahan lebih daripada 24 jam. Kalau sekadar dengar lagu, sampai 72 jam leh tahan. Tapi kalau buat kerja agak berat, mungkin sekitar 9-12 jam ketahanannya.

Kesimpulannya, walaupun ada sedikit kelemahan daripada segi “lagging” apabila terlalu banyak application yang dibukak (ini adalah sebab OS yang digunakan), Samsung Galaxy Tab memang wajar dibeli jika anda ada duit raya lebih nanti. Value for money dia memang sangat-sangat berbaloi. Dan pastikan korang beli Samsung Galaxy Tab ini bersama dengan Celcom sebab Celcom ada tawarkan pakej seperti di bawah:-

samsung celcom gtab

Selalu ramai orang bagitau kat Abang Nara kenapa nak kena beli dengan pakej sekali, buat rugi je kena terikat kontrak sampai 2 tahun. Bagi Abang Nara, tak rugi pun kalau terikat kontrak. Contohnya kalau anda beli Samsung Galaxy Tab bersama pakej Celcom Broadband nie, korang boleh online di mana-mana tanpa perlu susah payah nak cari Wifi free. Lagipun Celcom punya coverage memang paling luas di Malaysia, so kalau balik kampung pun for sure ada line dan boleh stay connected to the Internet. Tak gitu?

sg tab

Kalau sekadar nak poser depan awek konon ada Samsung Galaxy Tab 10.1 tapi tak boleh online buat apa kan? So jangan jadi mat poser dan belilah tablet ini bersama dengan plan Celcom. Confirm berbaloi-baloi. Boleh dapatkan di mana-mana Celcom Branch, BlueCube dan authorized Celcom dealer. Harga bermula daripada RM1468. Not bad kan?

sg tab

Untuk lebih info, sila ke laman web Celcom Smartphones.

27 responses to Samsung Galaxy Tab 10.1 Sudah Tiba Bersama Celcom Broadband

  1. mysara says:

    I like the tablet, but not the Celcom package..huhu. Nak kena menabung dululah, nk juga beli sekeping.

    0

    0
    • dah lama jugak tunggu tab ni sejak announced FEB hari tu..letih tunggu..
      mana yang guna tab utk surfing, FB dan segala macam internet thingy mmg sesuai pakai Tab10.1 ni..
      tapi kalau heavy usage macam saya rasa cam tak lengkap..kene ada netbook gak..
      bila la samsung nak buat netbook+touchscreen (win8 + android 3.X) yang power dan nipis + ringan dan bateri tahan 24jam :D

      0

      0
  2. hpmurah2u says:

    wow…

    regards,
    jom tgk smartphone n tablet

    0

    0
  3. Hantu Kak Limah... says:

    Aslkum…abang nara ikat kontrak 2 tahun tu maksud nyer bayar internet nyer ke atau galaxy tab nyer. setiap bulan? Explain please…

    0

    0
  4. adreyanie says:

    dah guna tablet ni for 6 month. Terus terang saya cakap, mula2 memang gempak, lepas tu start problem.
    Tengah jawab call suddenly tablet switch off. Pastu charge 4 jam sampai penuh…guna 2 jam dah padam.
    Setiap kali guna internet, problem sudden switch off.

    Lemas juga sebab tak sampai setahun dah buat perangai.

    0

    0
    • minahmaster says:

      agree.tibe2 off sendiri..lag..hang..
      sib bek pakwe aku yg bagi hadiah,kalo x aku da frust gile babeng..even frust jgk sikit2.

      0

      0
      • ..... says:

        ekh bkn ke dye baru kluar..awat nye dh gne dh 6 bln????

        0

        0
        • AbangNara says:

          Nie mesti SG tab yang lama

          0

          0
        • adreyanie says:

          memang guna versi sebelum ni, tapi still…nak tunggu review orang yg dah pakai tablet baru ni selama 6 bulan.
          Baru2 semua benda kata best, canggih, terbaik..lepas tu macam2 hal timbul. Sepatutnya diorang test dulu produk ni sebelum release out to market, bukan nak bersaing dengan competitors je sampai pembeli dapat barang tak berkualiti.

          0

          0
  5. Sedar diri! says:

    Abg Nara masuklah max 24:7…mesti lagi kena truk..btambahla penyanyi kurang kacak dlm kumpulan tu..haha…kutuk klu diri sempurna xpe hahaha

    0

    0
  6. azataq says:

    ai x suka celcom broadband….coverage line mmg luas…tp tuk internet…mmg x blh..

    0

    0
  7. peace says:

    so far, SG Tab 10.1 saya superb!! yg x bestnye anak dok conquer sbb die nk main Angry Bird..arghhhh

    0

    0
  8. eddy says:

    anyway..ipad2 yg terbaik stakat ni hehe

    0

    0
  9. emy3 says:

    beli kt mane ni b.nara?..tgh survey jgk ni nk sambar satu..=)

    0

    0
  10. joey says:

    kau ni btul ke tidak cik nara bg info..”Kamera ada depan(3 mega piksel) dan belakang (1.5 mega piksel)”..aku tgk spec kt web samsung kamera BLAKANG (3mp) dan kamera DEPAN (2mp). yg dpn tu kamera yang mngadap kita. tgk web bwh tu..apapun, aku suka menyinggah kt web kau nih..tq

    http://www.samsung.com/global/microsite/galaxytab/10.1/spec.html

    0

    0
  11. aku_sokong says:

    Encik Nara, keyboard tu Samsung bagi free ke bundle dengan set? Thank yoy :-)

    0

    0
  12. Fiza says:

    Screen fail. Mcm cermin. Kalau duduk bwh lampu mata akan bersilau.. Ipad better

    0

    0
    • ipad says:

      itu sebab x ada screen protector..mmg nampak kilat silau,if ipad x ada screen protector pun mcm tu jugak..use ,try and test it first before commenting

      0

      0
  13. tokkadijr says:

    hmmm kt celcom mane yer leh beli nie abg nara??n period dpt brape lame erkk??klau lame sgt nampaknyer beli cash kt samsung jer ar….

    0

    0
  14. akop says:

    sejak bila MAN BELON keje kt BN neh…????

    0

    0
  15. Zaing says:

    SG Tab 10.1 hang = kene cabut bateri!
    Ipad 2 hang = tidak pernah berlaku!!! :-)

    0

    0
  16. anza says:

    bang Nara
    saya berminat jugak tapi kalau ambil pakej celcom rasa rugi jugak sbb kat umah dah ada unifi,’
    nak beli plak ada plak komentor kat atas tu kata hang.
    nak beli ipad2 rasa menyampah plak sbb ramai orang guna.lepas tu apple plak nak kuar setahun 2 kali tablet…
    adoii confius yang mana satu nak beli.

    0

    0