Written by AbangNara | April 26th, 2013

Selaku full time husband, menjawap SMS atau bercakap di dalam telefon ketika menjaga anak adalah satu perkara yang sukar. Takut-takut anak terjatuh daripada dukungan atau anak hilang entah ke mana akibat terlalu leka melihat telefon. Memang merbahaya.

samsung galaxy s4

Sebab itulah ketika menjaga anak, Abang Nara memang jarang memeriksa SMS, email dan panggilan telefon yang masuk. Tunggu sampai Aariz tidur dulu baru buat semua itu. Itu yang kadang-kadang kena marah sebab lambat jawab email dan SMS. Namun semua itu akan berubah dengan kehadiran fungsi S Voice Drive di dalam Samsung Galaxy S4.

samsung galaxy s4

Bukan sahaja boleh jawab panggilan telefon, Abang Nara turut boleh menyusun mesej yang ada, meminta bantuan GPS dan macam-macam lagi sambil mata tidak lepas daripada memerhatikan gelagat Aariz. Maksudnya fokus Abang Nara masih 100% terhadap si anak dengan bantuan S Voice Drive ini. Kagum kan?

samsung galaxy s4

Dan satu lagi fungsi yang membuatkan Abang Nara tak sabar-sabar untuk membeli Samsung Galaxy S IV ialah S Health. Almaklumlah umur Abang Nara dah masuk 30-an. Jadi dengan adanya S Health ini, Abang Nara boleh pantau pemakanan, kalori yang diambil, tekanan darah dan macam-macam lagi. Senang cerita, S Health akan membantu Abang Nara untuk kehidupan yang lebih sihat dan bermutu tinggi.

samsung galaxy s4

Tak sabar rasanya untuk merasai sendiri kehebatan fungsi-fungsi baru di dalam Samsung Galaxy S IV. Abang Nara sekarang setiap hari pergi ke laman Facebook Samsung Malaysia untuk mengetahui info terkini tentang tarikh pelancaran smartphone yang terhebat ini. Memang excited gila dibuatnya. Anda pula bagaimana?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Samsung Galaxy S4 Dilancarkan Esok Di Malaysia

  1. mulut puaka says:

    nara, kan ak dah bg tau ko guna hp nokia 3310 je la.. klasik gitu..

    0

    0
    • Mariah Kari says:

      S Voice kt SIII aku ni mcm haram…lain aku ckp lain yg kuar….aku ni x la bengap bhasa inggeris..masa beli dlu pun sb teruja ada s voice..harap2 s voice dlm s4 ni dah improve…aku nak upgrade S3 ni..jahahahajajaja

      0

      0
    • Tukoo says:

      Gaya hidup membazir. Beli telefon canggih2, bila tak ada duit, marah kerajaan.

      0

      0
    • minah jambu tukar kaler merah biru says:

      minah jambu maseh simpan lagi hp 3310 tu macm klasik pulak hp tu….tapi minah jambu lebih selesa dengan hp yg minah jambu pakai ni HTC…minah jambu tk minat lah ngan Samsung Samsung ni mengarotttt !!

      0

      0
  2. cupcake lover says:

    S Voice Drive ni boleh faham tak arahan dlm Bahasa Malaysia ???

    0

    0
    • BUNKFACE NO.1 says:

      setahu aku S3 tak available in malay language, S4 tak tahu lah..pilih je lah english UK atau english US, simple english jer dia guna, klau nk pasti lagi tanya lah user S3…aku guna iphone

      0

      0
  3. titu says:

    Hai AN… lepas berjaya grab S4 tu, harap reveiw la sekali lepas ni… nak tahu jugak lebih dalam pasal smartfon ni…. :)

    0

    0
  4. Moon says:

    Comel anak abg Nara..
    Sy guna Samsung Galaxy S aje..memadailah tu..Asek kuar yg baru je, malas nak tuka2.

    0

    0
  5. AKU BENCI NARA says:

    NARA APASAL MUKA KO NI HODOH SANGAT. EWWW. GELI AK TENGOK. LEPAS TU BAJET HOT POSING CUTE. PLEASELAH

    0

    0
    • Amoi Comel says:

      Kalau ko rase tak suka dengan Nara ko jangan lah singgah blog dia…
      Aku rase muka ko lagi hodoh dan buruk sebab percakapan ko macam orang tak de akal fikiran

      0

      0
    • Anonymous says:

      Nara tak hodoh lah. Ciptaan Allah tak hodoh. Kalau kau tak rasa dia hensem biarlah. bini dia lawa woo. anak dia pown comel.

      0

      0
    • BUNKFACE NO.1 says:

      sesedap dia jer mengata muka org lain hodoh, bajet muka kau cantik sgt

      0

      0
    • like says:

      hdoh2 dye pown ade bini,lawa lak tu..mnusia kn pnuh dgn phd.

      0

      0
  6. angry bird says:

    Nara, cer ko pakaikn kt kepala anak ko dgn hair band / cekak rambut…mesti comel….jd x la serebeh je rambut anak ko tu…hahaha…..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    nara lepas ni sila review ok..
    n nanti nak kuar s4 mini jugak..
    review jugak ok..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    ye la tu x jawab phone…usah kelentong la….keje ko 24 jam ngadap benda alah tu adalah..agak2la nak menipu kot….kahkahkah

    0

    0
  9. anip says:

    lajunya keluar s4…s3 pun belum ada lagi

    0

    0
  10. aminin says:

    Salam abg nara.. (Salah seorang peminat abgnara). Kira abg nara nie idola sejak tahun 2011 lagi. Saya ada buat entri untuk abg nara.. harap abg nara tak kesah kasi komen kat entri tu. Kata2 semangat dari blogger sperti abg nara walupun spatah dua kata itu dah cukup menaikkan smangat para blogger lebih2 lagi macam saya… terima kasih abg nara sudi singgah di blog cipisan saya..
    http://www.aminin.my/2013/04/beautifulnara-terjah-blog-aminin-siapa.html

    0

    0
  11. embok says:

    Nampak abg nara kt bluecube sunway pagi td..

    0

    0
  12. hunny bee says:

    abg nara nanti review semua pasal s4 ye. ingt nak beli s4, tp nk tgu feed back dr org2 yg dh pakai…

    0

    0
  13. TokeyAiskrim says:

    Abg aiskrim guna samsung corby II jer… Lasak dan tahan lama..

    0

    0