Written by AbangNara | December 10th, 2014

Wow. Terkejut Abang Nara membaca artikel mengenai Salwa Razak baru-baru ini. Mana tidaknya, penyanyi ini dilaporkan tinggal di salah sebuah apartmen berdekat KLCC. Setahu Abang Nara kalau sewa kat kawasan tersebut memang hampir mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Selain itu Salwa Razak juga seringkali dilihat tampil dengan koleksi barangan berjenama. Semua itu membuatkan orang tertanya-tanya. Iyerlah, nak kata popular, Salwa Razak ini suam-suam kuku je. Maka terkeluarlah dakwaan yang Salwa Razak ini ditaja oleh seseorang

salwa razak

Namun rupa-rupanya selain menyanyi Salwa Razak juga aktif menjalankan perniagaan sendiri. Penyanyi ini mempunyai nurseri pokok, ada produk kecantikan dan juga pakaian di bawah jenamanya. Abang Nara tak tahulah lebih terperinci mengenai hal ini. Namun ternyata dakwaan ditaja itu adalah palsu semata-mata. Kata Salwa Razak:-

Mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan termasuk kehidupan saya ditaja dan sebagainya adalah tidak berasas tetapi pada masa sama saya tidak mampu untuk menutup mulut mereka daripada terus menfitnah saya. Adalah lebih baik saya tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan tentang saya kerana lebih baik saya fokus terhadap kerjaya saya.

Tidak adil hanya kerana saya nampak hidup mewah terus dikatakan kehidupan saya ditaja tetapi orang tidak tahu kesusahan saya sebelum ini. Sepanjang dua tahun itu saya berusaha keras memajukan perniagaan tersebut dan Alhamdulillah ia mendatangkan hasil buat saya dan keluarga

salwa razak

Susah juga jadi artis perempuan yang ada muka ini kan? Nampak mewah sikit je, terus dicop mendapat tajaan. Penat lelah diri sendiri berniaga tak pula diambil tahu. Pedulikanlah kata-kata manusia di luar sana. Semoga perniagaan Salwa Razak akan terus maju. Kalau memang dah masyuk betul, satu hari nanti boleh tinggalkan terus dunia hiburan ini. Tak gitu? Sumber Mstar Online.P.S: Hanya 2 hari jer lagi untuk Lazada 2014 GRAND Sale. Bermula dari 12 tengah malam 12 Disember anda dah boleh membeli-belah atas talian. Pelbagai barangan pada semua KATEGORI dijual pada harga yang memang luarbiasa MURAH. Penghantaran adalah percuma untuk pembelian bernilai RM75 ke atas. Ditambah pula potongan sebanyak RM25 untuk setiap pembelian RM100 dengan Beautifulnara-Lazada “special voucher code”. Tunggukan kemunculannya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

22 responses to Salwa Razak Hidup Mewah Kerana Usaha Keras, Bukan Ditaja

  1. anon says:

    Wow….tajamnya dagu, nampak pelik pulak. Aku percaya dia ni senang sb usaha sendiri. Rupa mcm dia ni ade ke org nak taja. Tapi yana samsudin pun kategori dia jgk tak berapa lawa, tapi ade jgk yg nak taja kan….hmm…ape2lah..

    0

    0
  2. temah says:

    sape si Salwa ni? Kalau Salwa, Temah kenal Salwa Abdul Rahman aje…

    0

    0
  3. akulahperempuanittew says:

    Salwa Razak who??

    0

    0
  4. huhuhu says:

    dia ni cantik orgnye…suka tengok muka dia

    0

    0
  5. badang says:

    belum ditebuk tupai ke dah ditebuk ular sawa

    0

    0
  6. QryzzEyFashion says:

    Tak pernah dengar pon nama Salwa Razak.. walaupun aku baru balik dari United Kingdom, x pernah pon aku dengar lagu Salwa Razak nih…

    0

    0
  7. AHMADDD says:

    Pertama kali si aku malu-malu,
    Saat ku dekat ku ragu2
    Mungkinkah dia suka padaku
    Ah Ah Ahmad…

    Ternyata tanpa ku duga-duga,
    Aku terima salam darinya
    Bergetar saatku membalasnya,
    Ah Ah Ahmad…

    0

    0
  8. Kak Mah Auuummm says:

    Tok Ti pon ade pent house kat KLCC kan? Mungkin die pon bekerja kuat sekuat Tok Ti.. *bersangka baik* ke *berbaur sarcasm*???

    0

    0
  9. rania amyra says:

    rezeki msng2…rajin usaha ada lah habuan nya…dl dia anggota polis, lps tu menyanyi, berlakon dan terlibat gan perniagaan…sumber pendptan kn byk tu…

    0

    0
    • Tipah Kurma says:

      ye dik.. rajin usaha ada habuannya.. takat perniagaan kecil2an, menyanyi & berlakon sendu sendan dan bekas polis… hurmm.. mampu duduk condo area klcc?? curlast ko tijah….

      0

      0
  10. Kalau dah banyak bisnes macam tu, tak mustahil la boleh hidup mewah walaupun tak seglamer mana. Kalau betul tak ditaja la..

    0

    0
  11. anjew says:

    dia ni dulu pernah ade kes,,tp tk ingat laa dgn retis mana..

    0

    0
  12. eve says:

    Satu contoh artis yang aku respek…mila jirin
    business dia aku nampak….restoran, katering, pakej perkahwinan, baju, spa
    hidup pun nampak positivrly improve…dari camry ke bmw
    cuma family dia yang nampak lebih2…..

    0

    0
  13. 1whp biz says:

    Nak hidup mewah? Dengan modal RM55, handphone & internet,anda bole jana income puluhan ribu sebulan..
    Visit my ig: itsme_hanan

    0

    0
  14. kak lang says:

    tak paham aku dgn sifat org melayu kita ni, bcakap mcm org xde iman, korg spatutnya bangga melayu maju, bjaya sume ni lg mau kondem org..pk la yg baik2 insyaAllah org pon pk pasal kte yg baik2 je..Ingat tu!!

    0

    0
    • jemah pkasam says:

      aku lagi x paham dgn ko asyik nk kondem org mlayu..aku nk tnya cnfirm ke sume org mlayu kat sini?ko pun kena pikir yg baik3 juga la..kita berbilang bangsa okey,yg mmbezakan agama je..ok la tu salwa kaya dgn plbagai bisnes..nk arap nyanyi mcm lagu ahmadddd,baik aku tdo lagi beszz..

      0

      0
  15. titi says:

    gambar nombor dua macam almy nadia sikit.

    0

    0
  16. bodoh says:

    Korang agak yg si penaja2 ni kerja keras tak, sampai berjaya? Ataupun si penaja2 ni pun ditaja? Jadi kalau si penaja2 ni jantan dan mereka juga ditaja, maknanya penaja2 mereka pompuan. Apa pompuan tak boleh kerja keras sampai berjaya? Itu mungkin korang lah, pasal korang tak percaya yg pompuan boleh berjaya pasal korang losers? Aku pompuan, lepas kawin, aku berhenti kerja dan bukak bisnes sendiri, sorang diri tanpa bantuan dari suami. Alhamdulillah, berjaya dan kini suami ku berkerja sama dgn ku full time. Bezalah perangai pompuan yg harapkan jantan utk sara hidup dan pompuan yg boleh berdikari ni. Mungkin the former hanya tahu mengutuk dan the latter lebih memahami sebab its not impossible for a woman to be successful!

    0

    0