Written by AbangNara | May 6th, 2015

Bintang Bollywood, Salman Khan telah didapati bersalah di dalam sebuah kes langgar lari yang telah menyebabkan kematian. Kejadian tersebut telah berlaku 12 tahun lalu di Mumbai di mana Salman Khan telah melanggar (running over) 5 orang lelaki yang sedang tidur di tepi jalan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mangsa meninggal dunia. Salman Khan sebelum ini menafikan dirinya memandu kenderaan terbabit ketika kejadian berlaku.

salman khan guilty

Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan yang Salman Khan telah memandu kereta terbabit dalam keadaan mabuk selepas pulang daripada sebuah bar untuk minum. Dengan kesalahan ini, Salman Khan boleh dipenjarakan selama 10 tahun yang pastinya akan mencacatkan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
salman khan guilty

Pastinya keputusan mahkamah ini mengejutkan jutaan peminat Salman Khan di seluruh dunia. Namun keadilan tidak mengenal usia, pangkat, status ataupun rupa. Pihak yang bersalah seharusnya mendapat hukuman yang setimpal. Apa pula kata anda? Sumber CNN.

17 responses to Salman Khan Didapati Bersalah Dalam Kes Langgar Lari Yang Menyebabkan Kematian

  1. mutiara says:

    dah tua2 masuk penjara..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    mcm kes myvi tu jek.. lg 12 thn baru jatuh hukum.. hahahaha

    0

    0
  3. dd says:

    kaal kat mia gepas bro bomb semua hahah senang lenang lagi

    0

    0
  4. Sotong Gendut says:

    Get your facts right sentenced to 5 years in jail bukan 10 tahun.

    0

    0
  5. gembel says:

    baik malaysia atau india mn2 negara pun duit banyak yg kaya senang lenang ssh nak kalah dlm kes…yg miskin jugak la tertindas

    0

    0
  6. Dolton Bibiyana Layola Al-Muslem says:

    KELING mana ni?? sory tak kenal…

    0

    0
  7. Rugitakngakuawal2 says:

    Semoga ko panjang umur & bertaubat.

    0

    0
  8. Beautiful Norra says:

    serve you right…anyway, mamat nie muslim ka…??

    0

    0