Written by serenity | August 15th, 2017

Kata orang, mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Begitulah jika nak diibaratkan bakat yang diwarisi oleh Syafiq Farhain, anak kepada penyanyi Saleem yang pernah mencipta nama dengan kumpulan Iklim sekitar tahun 90-an.
syafiqsaleemSyafiq sudah membina kerjaya sebagai seorang anggota bomba tetapi bakatnya mula dikesan apabila mula menyanyikan lagu Saleem dan balada Rock lama menggunakan aplikasi Smule dan mengumpul ramai pengikut di media sosial.

Disebabkan bakat dan populariti Syafiq, dia sering dipanggil untuk mengadakan persembahan dan biasanya dalam persembahannya dia mendedangkan lagu-lagu Saleem. Syafiq kini menjadi artis rakaman, namun begitu, Syafiq tidak bercadang untuk meninggalkan kerjayanya sebagai ‘abam bomba’ dan mahu keduanya bergerak seiring.

Perkhabaran terbaru, Saleem rupanya tidak senang apabila Syafiq menyanyikan lagu-lagunya. Ahad lepas, Saleem telah muncul dalam rancangan Melodi TV3 dan mengkritik seorang penyanyi yang dikatakan menumpang popularitinya dengan menyanyikan lagu-lagunya. Namun nama Syafiq tidak disebut dalam temubual itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Semalam, pengarah urusan syarikat rakaman Syafiq, MVM Production- Rumhadi Rumlan memberitahu mStar Online yang dia telah menemui Saleem untuk berbincang sebelum rakaman Melodi tersebut disiarkan.

Dalam perbincangan itu Saleem mahu anaknya iaitu Syafiq Farhain agar tidak mengaitkan nama dia dalam mana-mana temuramah bersama media dan menyanyikan lagu-lagunya di mana-mana acara.

Saleem dikatakan berbuat demikian kerana tindakan Syafiq menyanyikan lagu-lagunya mengganggu ‘periuk nasi’nya. Disebabkan Syafiq menyanyikan lagu-lagunya mungkin sesetengah pihak tidak mahu memanggil Saleem sendiri untuk membuat persembahan lagi. Kata Rumhadi :

Kami faham dengan apa yang dia mahu, memang benar ramai penganjur yang mahukan Syafiq menyanyikan lagu-lagu Saleem.

Kami akan pastikan ia tidak akan berulang dan Syafiq akan menyanyikan lagu dia sendiri dan lagu-lagu penyanyi lain.

Walaupun pada hakikatnya Saleem sebenarnya tiada hak kerana hak menyanyikan lagu itu terletak pada syarikat rakaman bukan penyanyi, namun kami hormat dan faham.

Saleem juga dikatakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya Syafiq terus menyanyikan lagu-lagunya.


Gambar: Utusan Malaysia–Saleem dan Julia Bachok

Sementara itu dalam satu laporan lain dari mStar, ibu tiri Syafiq, isteri Saleem yang bernama Julia Bachok mendakwa Saleem melakukan sebegitu kerana perbuatan Syafiq sendiri kepada bapanya.

Saya tidak kisah apa orang luar nak cakap kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku. Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak mengaku Saleem sebagai bapanya.

Perkara ini menyebabkan Saleem marah kepadanya. Bila sudah masuk dalam industri dia pula ambil kesempatan dan jalan singkat ini.

Julia mendakwa perselisihan antara Saleem dan Syafiq suda berlaku bertahun-tahun lamanya dan masih belum diselesaikan. Julia juga memberitahu dia sebagai ibu tiri yang sebenarnya telah membawa Syafiq ke syarikat rakaman untuk diperkenalkan sebagai penyanyi, dan Syafiq bukan diperkenalkan oleh Saleem sendiri.

Bukan Saleem yang bawa Syafiq tapi saya yang ingin membantu dia menjadi penyanyi. Sebagai seorang wanita saya ada sifat keibuan yang ingin membantu.

Tapi saya kesal apabila pihak itu telah menggunakan nama Saleem pula dari segi mempromosikan produk mereka.

Julia menambah, kehadiran Syafiq yang menyanyi dan meniru cara nyanyian Saleem sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan Saleem yang masih aktif, kerana mereka memanggil Syafiq dan meminta dia menyanyikan lagu-lagu Saleem dengan bayaran yang murah.

Gambar: Syafiq dan ibu kandung
Setakat ini masih belum ada kenyataan langsung dari Syafiq mengenai perkara ini. Bagi penulis, apabila Saleem merasakan Syafiq menyanyikan lagu-lagunya berkemampuan menjejaskan periuk nasinya, bermakna Syafiq memang berbakat besar orangnya.

Jadi nyanyi lagu apa pun pasti baik hasilnya. Semoga dua anak-beranak ini akan berbaik akhirnya suatu hari nanti, bersama kita doakan.-beautifulnara.com

91 responses to Saleem Tidak Izinkan Anak Guna Namanya, Nyanyi Lagunya

  1. Anonymous says:

    Takpe Saleem tak izinkan anak dia guna namanya nanyi lagu dia. Janji jgn benarkan dia wariskan kaki tahi dadah pada anak dia tu pulak.

    125

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Apa punya bapak dia ni??
      Anak sendiri kot…
      Hati kering giler
      Anak sendiri pun ko perli2…
      Nasib baik bukan bapak aku….
      Kalau tak mereput ko di tepi katil hospital

      102

      0
      • bukan pekerja gomen says:

        baca kasi penuh bang. meh aku copy kan bg kau baca

        “Saya tidak kisah apa orang luar nak cakap kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku. Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak mengaku Saleem sebagai bapanya.
        Perkara ini menyebabkan Saleem marah kepadanya. Bila sudah masuk dalam industri dia pula ambil kesempatan dan jalan singkat ini.”

        k bye

        4

        58
        • KIAMBANG says:

          tu artikel dari interview mak tiri dia @ bini Saleem sekarang

          30

          0
        • anon says:

          tu mak tiri dia yg punya statment
          mak tiri pun yang batu api …
          salem amik peduli ke masa dirog kecik dgn bini pertama tu???
          kita tak tahu kepedihan seorang anak yang di biarkan oleh bapa yg HIDUP DENGAN BERTEMANKAN DADAH !!!! itu FAKTA BUKAN AUTA
          kalau satu masa dulu anak dia benci dia pun mmg PATUT !

          144

          0
        • makcik bawang says:

          kite xtahu jugak ape yg saleem dah buat pada anak die ni dengan bekas isteri die dedulu…time die masih tahik dadah….ntah belanje xpenah anta ke…ntah sakit pening xpenah amik tahu ke…?? ade ke org xmalu bapak die tahik dadah…?? haishhh senang cerite…kite xtau ape sebenarnye dieorg hadapi……

          50

          0
        • Joyah disondol sondol says:

          1. mak tiri dia over gila bagi statement. kau sape? mcm ko yg gunakan saleem utk senang diri kau.
          2. aku rasa syafiq tak ada pun mention pasal saleem bapak dia, cuma pendengar yg ckp suara dia mcm saleem. and org kat jabatan bomba mmg tau syafiq ni join band bomba dan dia anak kpd saleem. tapi ada ke sepanjang dia join band bomba dia gunakan nama bapak tak guna ni?
          3. saleem lebih baik kau terlantar kat katil. langsung x bercirikan otai yg professional. kau buat mcm ni lagi orang menyampah (dah la sampah) dgn kau. patutnya kau support each other. industri ni kecik. Wany Hasrita orang kata suara mcm Siti Nordiana, ada Nana sibuk nak saman bagai? Siti Shower si Kunyit tu suara sebijik mcm Datuk Siti Nurhaliza, ada DCT melenting macam kau? Kemon lah… Pusing2 tak ke mana pun.. Kau pun tak larat nak nyanyi.. Baik zikir cari Ilahi…
          4. Kbai

          47

          0
        • Anonymous says:

          ko ni mesti bini si saleem ni kan tu beria nk up pe perempuan tu punya statment

          4

          0
        • R.Nazeeya says:

          Kita sebagai ibu bapa akan sentiasa mempunyai 1 sudut dihati kita untok memaafkan kesalahan anak2 kerana anak2 itu salinan/jalinan kita, sebanyak sedikit mempunyai persamaan/perangai/karakter seperti kita.

          6

          0
        • Anonymous says:

          Mak tiri yang cakap macam tu… well yg betul Nye pertengkaran ni tak menguntung kan sesiapa pun baik ayah atau anak….

          1

          0
      • opah maheran says:

        Opah pulak rase, si saleem ni tinggal bpe jumaat je lg ni. Buang tebiat. To syafik, maapkan lah bapak ko dan berbuat baiklah dengan dia. Jangan lupa jugak doakan yang baik2 untuk dia..
        Opah rase je lah…

        67

        0
    • wekkkkkkk says:

      tapi berbin kn salem kan…
      hehehehehe..
      (maksud salem: nak glemer, femes jgn guna nama salem)..baik aku taip dulu..nnti org kata wa x hadam.
      hehehehehhehe

      10

      3
    • Matt Terengganu suka nasi ayam says:

      dgn anak sendiri pun nk berkira… bapak x guna mcm ni. Syafiq tu harap2 teruskan dgn keje bomba…jgn berhenti. Aku lebih respect org keje bomba dari penyanyi. Nyanyi tu sampingan dah lah..

      17

      0
    • Anonymous says:

      Salem ni aku ingat lagi tinggalkan bini pertama dia digantung tak bertali dengan lima anak!Lepas tu mamat ni selamba badak aje bila isteri & anak2 dia hidup daif.
      Time tu baru kahwin dengan bini kedua & tak lama pas tu kes dadah kat mahkamah & Salem ni maki2 pulak bini kedua ni di mahkamah.
      Kau tak layak digelar bapak la.Pegi terjun baangunan tu.Muka pun macam nak mintak kena pelempang.Bangsat punya orang.

      11

      0
  2. Makcik Seteghess says:

    Macam ni pun ada ke? Bosan…

    11

    0
  3. anon says:

    apa punya bapak lah ko ni’
    dah lah ko tinggal kan diorg
    ntah ko bagi nafkah atau tak ..
    anak sendiri nak nyanyi lagu ko pun ko TAK KASI ??
    mmg sakit lah ko ni SALEM

    58

    1
    • Pekerja Gomen says:

      Dia kata budak menutup periuk nasi dia…
      Aku tgh fikir…. selama budak ni membesar…
      Berapa periuk nasi si Saleem ni bagi untuk menyara anak dia dari kecik sampai besar?
      Ke hanya penderma sperma aje?

      130

      0
      • Peminat melodi says:

        Saleem pernah tinggalkan bini gantung xbertali..sikit nafkah pon x bg..daif sgt family syafiq waktu tu sampai waktu wartawan interview dia lari..xsilap waktu ni dia sekolah rendah lg…yg bapak plak sibuk bercintun bermain dadah…

        67

        2
        • wekkkkkkk says:

          ada org bgi tau, si isteri boleh minta talak jika si suami dlm penjara atau si suami penagih dadah yg ssh nk berubah salah satunya. Itupun bergantung pada kehendak si isteri. Jadi X perlulah si isteri mengantung dirinya sendiri bertahun2 jika si suami kt dalam. Kalau beranilah. Sbb org kata, jika si isteri x setia menunggu, maka bila si suami kuar dari serenti/penjara..silap hb..kena…kena..kena…kena (fikir sendirilah ya) byk terjadi. Sbb tu dadah itu Najis…apa2 boleh jdi jika di luar kawalan.
          Ya Allah jauhkanlah Najis dadah ni pada anak2 muda kita.

          3

          0
  4. Anonymous says:

    isu ni mcm bukak pekung family sendri je…hmmm

    17

    0
  5. Bapa says:

    Apa punya bapa … bawa la sedar n insaf .. masa tgk femes dlu dlu berapa jam ko luangkan masa dgn anak ko datuk salem ?

    30

    0
  6. Mann says:

    Kalo si salem ni nyanyi ada lagi ka org nk tgk. Tgk muka pun xlalu

    21

    0
  7. Sambal belacan says:

    Bukan nak memihak si syafiq ni tp klu korg tau dlu saleem ni penagih dadah sure korg faham kenapa syafiq tak ngam dgn bapak dia. Cuma tu tetap bapak dia, at least dh dewasa ni cuba berbaik,kalau bolehla. Saleem pun jgn main nk kata anak tu macam2 juga sbb kau tu pun satu malaysia tau kau isap dadah. N elok pun syafiq masih jadi bomba. Pekerjaan bomba tu lg elok dr nyanyi pun. Actually, lg elik klu korg berbaik n then nyanyi duet anak beranak lg bagus.

    73

    0
    • Palapala says:

      Kalo taik dadah je xpe lg..ni kalo kaki pukul bini pastu tinggalkan bini tergantung x bertali kalo ko mcm mn??sikit harta saleem tu x dikongsi langsong ngan anak bini..syafiq satu family dulu mmg daif sgt2

      39

      0
      • Mann says:

        Ya. Mak syafiq ni keja cleaner ja masa saleem tinggal tu. Salem lak tgh femes. Lupa diri trus.. meluat nengok si salem ni.

        36

        0
    • Unknown says:

      amboi mak tiri pun same nk tumpang glemer…. Saleem ni sepatutnya berterima kasih dekat anknya atas kata2 tu, bukan dendam…patut pk blk nape ank die menuduh & ckp bukan2..mesti mse zmn kecik die mungkin dipndg rendah angkara si bapa keluar cite di paper psl dadah…mestila si anak malu & hilang rse hormat disebabkn si bapa ni…patutnya gnekn apa yg dicakap oleh ank tu utk sedarkn die…ni ego melangit wlpn awk bapa, bleh menerima teguran dr anak jika betul kite salah.

      23

      0
    • Ex-Amnet Forumer says:

      Ya. Lebih baik gaji biasa-biasa tapi pendapatan tetap dan terjamin. Jadi artis satu perjudian. Sekali dapat mmg banyak tapi tak ada jaminan bole maintain populariti. Kalau tak beringat bole melarat.

      14

      0
  8. er says:

    fuyooo sedap suaranyaa… lagu pun bessttt

    9

    0
  9. hambaraga says:

    Terima je la hakikat zaman kau dah berlalu. Yang banyak salah adalah kau sendiri. Tak payah nak cari pasal ngan anak sendiri. Mokcik ni je lalu ngan kau.

    17

    0
  10. wangbi says:

    ngan anak sendiri pun wat camni..atleast anak ko tak conteng arang kat muka ko..x phm

    32

    0
  11. Danial says:

    Oowh… mcm tu kisahnya sebab tgk kat melodi aritu mcm x complete.

    6

    0
  12. miss_oppppssssss says:

    Maintain kerja bomba jer Syafiq…. Ni nasihat miss opppsssss kat Syafiq…. Nak nyanyi pun, sampingan jer, tp jangan sekali2 resign dari Bomba….. Zarul tuh betapa syg dia lepas jawatan pramugara dia…. Bukan selamanya orang akan minat penyanyi ni… Ada up n down dia,….. Lagipun jadi bomba boleh tambah pahala sbb tolong org @ haiwan dalam kesusahan……. Kalau teringin nak sgt nyanyi, Smule jer….

    55

    0
  13. Dia says:

    takpe lee anak, bin salem tuu dlm ic jew.. mati esok pom talkin dibaca nama mak bkn nama bapak…. andai lee bin tu boleh ditukar, aku rasa anak dia pon tak nak bawa nama bapak dia tuu.. bkn senang membesar dgn org tau bapak ko mcamne…. lum dikira kena ejak ngan budak2 lain… memaafkan tu senang tp tuk melupakan tu agak sukar. harap2 korang boleh sesatu sebagai keluarga suatu hari nanti

    31

    0
  14. Anonymous says:

    Dengan ank sendiri pn nk bergaduh pe laaa.. Kena ingat.. Kalu mati nnti ank tu la yg ank mendoakan bapanya nnti..

    13

    0
  15. Ex-Amnet Forumer says:

    Lagu-lagu Saleem tu, Saleem yang buat sendiri ke? Kalau komposer lain yg buat, dia tukang nyanyi jer. Apa hak dia nak kena syarat siapa bole nyanyi ke tak.

    30

    0
  16. Unknown says:

    amboi mak tiri pun same nk tumpang glemer…. Saleem ni sepatutnya berterima kasih dekat anknya atas kata2 tu, bukan dendam…patut pk blk nape ank die menuduh & ckp bukan2..mesti mse zmn kecik die mungkin dipndg rendah angkara si bapa keluar cite di paper psl dadah…mestila si anak malu & hilang rse hormat disebabkn si bapa ni…patutnya gnekn apa yg dicakap oleh ank tu utk sedarkn die…ni ego melangit wlpn awk bapa, bleh menerima teguran dr anak jika betul kite salah.

    9

    0
  17. Acik Munah says:

    stim plak acik nengok kamu ni syafiq oii… kalau dpt mmg acik gomol kamu puas2

    0

    9
  18. anon says:

    mak tiri sebok nak royalty jugak ke ???

    6

    0
  19. Anonymous says:

    hensem anak dia.. ni bomba lagi…jangan berenti bomba ye dik..hidup jadi retis ni tak boleh terhindar dari maksiat..glamer jer lebih….lantak la bapak tu nak cakap apa….jadi bomba lebih mulia…

    19

    0
  20. diva says:

    dh terlantar sakit tu, ape nak kisah duniawi, bukan boleh bawak mati pon lagu-lagu tu….

    7

    0
  21. Erin says:

    Aku paham sgt ape yg si syafiq ni rasa. Sbb bapak aku pun berperangai sama. Dgn anak sdiri berkira. Padahal selama membesar sikit pun ko tak bg nafkah kat anak, tak penah ambik tau hal anak. Tetiba ko nak claim lagu tu sume kau punya org lain takleh nyanyi? Pundeh lah. Yg mak tiri konon acah2 suci, acah2 atas dasar keibuan. Padahal dlm diam ko yg jadi batu api perosak hubungan anak & bapak.

    31

    0
  22. z says:

    haaaaaaaaarghtuuuuuuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhh

    5

    0
  23. elpacito says:

    tak pernah minat mat lalok ni, ingatkan dah 6 kaki bawah tanah..anak dia lgsg aku tak tahu, ni baru tahu..budak tu nyanyi pun kau kecoh? poyo daaa…

    6

    1
  24. mamizura says:

    orang tua nyanyuk…aku rasa 3 jumaat jer lagi kah kah kah…anak sendiri pun………………..tergamakkk hang make sure tak payah baca yasiin bila pak hang padam and kojol……go and sing other songs abang bombaaaa

    3

    1
  25. kak mah kebabom says:

    Hakak tgk melodi haritu..dok fikir juga penyanyi mana yg dia dok kata nih..rupa2 nyer dia mengata kt anak kandung dia sendiri..
    Udah2 le salim..byk kan istighfar..dh tk lama dh kita kat dunia ni…

    14

    0
  26. cik yah says:

    aduhai salem,

    patut kau bersyukur Allah bg peluang ni. Biarlah syafiq tu gunakan nama kau. Anggap je lah ini bayaran kpd nafkah tertunggak kau selama ni.
    Peluang ni tak semua orang dapat. Ada yng berhutang nafkah kpd anak2 sampai mati.

    24

    0
  27. kaseh says:

    jahatnye bapak hati hitam… dlu masa anak die kecik …anaknye kais pagi makan pagi …. anak xde rase kasih syg bapak… ni dah besar pon still busuk hati kat anak..

    11

    0
  28. Joyah says:

    eh eh tutup periuk nasi ko ke salem???? kang time xde duit nak byr spital nnt…boleh jugak syafiq tlg byrkan guna hasil nyanyian dia…ko dah la xlarat dah tu. jgn sombong.

    11

    0
  29. Alia says:

    Bodoh ….dgn anak pun blh nk berkira….anak kan harta akhirat ….bodoh dah taik dadah mcm tu laa pastu dpt pulak bini hati perut hijau

    8

    0
  30. I m Mie says:

    Pedih betul kata2 yg dilemparkan dari seorang ayah kpd anak darah daging sendiri. Kpd syafiq..bersabarlah…rasanya lepas ni syafiq akan lebih popular..sbb seblm kejadian ni ramai tk tahu..skrg lps salim laser anak sendiri..baru org ambik tahu..aku pun baru je tgk video nyanyian syafiq dan suara dia mmg sedap..secara tk lgsung salim tlh terpromosi anak dia..hihi..kipidap syafiq..

    19

    0
    • tak heran says:

      dah biasa dgn watak penagih ni..takyah layan le mrk…mesti nak menang je..anggap je jenis spesis separuh manusia dan separuh haiwan…ada pun tak bawa apa2x kebaikan..tak ada lagilah baik..tak mgaku ayah pun tak apa syafik…hormat shj sebagai org tua…spesis mcm ni mmg tak berbaloi di ajak berbaik …biarkan saja dia dgn cara hidup dia..samapai masa dia pergi barulah semua aman…

      0

      0
  31. Mann says:

    Dia ingat lagu2 dia tu nk tolong dia kot dlm kubur nanti..

    6

    0
  32. Eyeee says:

    Nasib baik anak ikut muka mak…
    Ensem la jugak..klau ikut muka saleem..hurmm.
    kbai.

    11

    0
  33. Lela says:

    Saleem tu dah nyayuk.makan dadah banyak sangat. Effect kat otak tu. Aku ni membesar dengan lagu Saleem. Karier dia berakhir apabila dia ambik dadah.suara pun tak sehebat dulu.semua kerana dadah. Periuk nasi ko tak besar mana pun Saleem.dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. In fact ko tak da hak pun atas lagu.syarikat rakaman lebih berhak.tapi orang masih hormat kan ko sebab anak ko jugak. Jangan nak perasan sangat hebat

    8

    0
  34. Aida says:

    kau tak jalankan tanggungjawab sebagai bapa, kau layan mak dia mcm tu rupa dulu, kau susahkan hidup budak tu dan adik beradiknya .. sekarang kau nak marah bila dia tak suka kau? .. bila sekarang dia dah berdikari, dia tak suka kau, kau nak marah dia? kau pakai agama untuk tunduk kan dia? kalau kau betul2 insaf, cuba berbuat baik dgn dia & mak & adik beradik dia, aku rasa dia pun sejuk hati . . tapi kalau kau tak sedar diri mcm ni, nak bermusuh dengan dia sebab suara yang dia dapat dari keturunan kau, kau boleh pergi meninggal salem .. aku respect juga dgn kau, harap kau berubah .. tapi kalau mcm ni gaya nya dgn anak sendiri .. boleh blahhhhhh ~ dia jauh lagi hensem dari kau lah, semoga dia terus berkhidmat sebagai bomba, ada pendapatan tetap, boleh jaga mak & adik beradik dia dan boleh hidup bahagia .. urghhh emosi pula aku petang2 ni ..

    5

    0
    • wekkkkkkk says:

      hrp2 Saleem boleh bacalah semua komen netizen ni , sbb saya rasa dia mgkn dh kabur pandangan, dn jgn bagi org lain bacakan ya..nnti a jadi b, b jadi c…brtmbah maraklah api.

      0

      0
  35. Saujana says:

    cuma nak cakap sejuk mata memandang mak kandung syafiq.

    11

    0
  36. apalah nasib bapak macam ni says:

    memalukan jer bapak macam ni…
    cukup punya syukur anak kau membesar menjdi manusia tak membesar jadi mcm kau ….

    masa dia kecik dia malu nak mengaku sbb kau jugak dia kena ejek kat sekolah…anak penagih dadah!!!!

    orang lain ok jer anak guna nama bapak cari rezeki…. apa masalahnya…

    kau dengan bini kau yg celupar tu sila berambus dr dunia seni…..

    dua2 buat taik … malukan orang terengganu…

    8

    0
  37. salem lahai says:

    kalau orang lain nyanyi macam mana plak…
    nak saman jugak ker…
    nasiblah tuhan tak saman kau..
    tau bg sperma jerk…
    pastu main dadah…
    tuhan nak amik suara kau sekejapan jer tu…

    5

    0
  38. Farah Alina says:

    OMG. What ever happen, anak tetap anak lah.

    1

    0
  39. senjakala says:

    tak rugi pun tak guna nama ko….

    0

    1
  40. anak bapak says:

    itu bukan tuduhan ..dah memang nyata ko amik dadah dh terbukti beberapa kali kena tangkap so sebagai anak malu kalo bapak mcm tu….bersara jer la terus ..kasi chance anak pula jdi penyanyi

    3

    0
  41. Anonymous says:

    Kalau masa dia kecik kamu asyik hisap dadah.sibuk dgn band.cerai berai.anak mana yg sanggup tahan mental.anak kalau lalui zaman gelap mcm tu mmg tak ngaku bapak punya.Tengok diri dulu bang salem..jgn ikut ego kamu je.apa salah kamu berbaik dgn anak.dah sah2la itu anak kamu.yg tua tu tak semestinya benar dan betul je memanjang.tengok bang salem pun masa dulu hidup porak peranda je,belum kes dadah lagi.

    2

    0
  42. Anonymous says:

    Hari tu dah sakit nak mati pun masih nak kejar dunia.nyahlah lagu2 kau dari sini.tak perlu disanjung kalau bapak perangai mcm mat dadah.sound anak kat tv kot.mcm gian dadah je.memalukan.adap mana?otak tu letak kat…kat..kat muka.hormat sikit orang darjah 5.awak tu darjah 4.

    0

    0
  43. janedoe says:

    based on statement saleem ni kita dah boleh tahu dia macam mana
    tu anak kau kot, kalau kau ayah yang baik, statement mcm ni x kan kluar dari mulut kau

    3

    0
  44. Anon says:

    Aritu sakit, ingatkn mcm x da harapan dh.
    Ni dh sihat, bawak2 la bertobat bang saleem oii. X kemana lagu2 n nyanyian2 kau tau. Bila2 ja Allah bleh trik, stetment tu jgn bongkak sgt ye bang
    Tu darah daging kau. Kau ad tanggung x segala nafkah anak2 kau dari kecik? Dari cara percakapan kau, aku rasa kau x kisah pon dgn nafkah dorg. Kau ada pikir susah payah anak2 ko dlu? Mcm mna dorg membesar dlm keadaan serba kekurangan? Smpai sekarang ni dia dh jdi sorg yg berjaya. Y not kau sokong je dia.Tebus balik ap yg kau x dpat bagi kat dia masa dia kecik2 dlu. Ini tidak, kau sibuk nk tunjuk ego kau.

    4

    0
  45. Yun says:

    Sapa sangka cm novela pula…anak yg x dipedulikan kerana glamour dn dadah…setelah bertahun2 bole menyanyi sama hebat..waris kecantikan ibu yg ditinggalkn..akhlak lebih baik…kau tak rasa bangga pn bahkan anggap saingan pula..rupanya masih rasa sgt hebat wlu nyaris2 ….rencana Allah lebih hebat…Syafik kau nk nyanyi pn biar bersih dadah dn rasa angkuh dunia glamour,…biarlah mengalah x rugi apa pn…berbekal bakat bkn …

    5

    0
  46. mok cute says:

    bkn dulu dia sendiri pernah buang anak bini semata2 bini baru tu ke? tak pernah bagi nafkah sebok dgn bini skrg…tak pernah amik tau hal2 anak…bini skrg x silap mulut blh tahan cam longkang…

    2

    0
  47. mak c kina says:

    bapak yg xpernah sedar dgn apa yg dia pernah buat kt ank isteri nya..penderitaan ank yg diejek kt skolah..syukur sgt sbb syafiq xjadi mcm dia..masih blh bersekolah & punyai pekerjaan yg sgt mulia..syafiq mgkn dah memaafkan bapak nya,tp kedukaan yg dia tanggung selama ni,bkn boleh padam mcm tu saja..jd saleem,ko yg patut mulakan langkah utk berbaik dgn ank ats apa yg ko dah buat sblm ni..
    aku xfhm nape saleem nk ambil tindakan undang2 klu syafiq nyanyi lagu dia..lagu tu bkn dia yg tulis..dia yg kecoh nape?

    5

    0
  48. sakit mata says:

    Sori la Saleem aku tak pernah minat suara ko yang sengau tu..tgk ko pun aku menyampah lum dengar ko bercakap lagi..adoiii…nak kontrol kut terkeluar slang tganu tu…perasan je lebih ko ni..

    0

    0
  49. Danee says:

    Syafiq ..Walau keadaan mana sekali pun dia tetap bapak kamu. Tanpa dia siapalah kamu. Bersangka baiklah dan doakan semoga dia berubah dan jadikan itu sebagai pedoman untuk Syafiq apabila berkeluarga kelak. Buang yang keruh ambil yang jernih…wasalam

    6

    0
  50. Lala says:

    Bapa sy seorang penagih.. Penagih yg belum insaf ni mmg tidak akn fikir tentang perasaan org lain termasuklah darah daging sendiri..

    2

    0
  51. Ros says:

    Bapak aku masih memburukkan nama aku dan adik beradik lain kepada saudara mara walaupun dah tua nak mampus. Macam nilah, mak bapak bukan mulia mana ye para netizen dan tiada istilah manusia boleh berubah esp yang jahat. Maka janganlah jadi bengap nak ubah sesiapa dalam hidup dengan mengorbankan diri. No such thing as people change due to someone else. Kalau asal dah binawe, begitulah selamanya, kalau berubah pun kejap keler pastu binawe balik. Sekian.

    2

    0
  52. peminat no1 says:

    terima kasih salem sebab larang syafiq nyanyikan lagu iklim..
    yaa.. dgn bangganya sy dah putar lebih 100x .. lagu syafiq ni.. rasa berhantu betul lagu ni.. mcm zaman 80an, 90an.. sedapp gillerr lagu dan suara nya..

    kalau tak sebab salem larang, odem tak tau ni anaknya..
    kipidap syafiq… ayaaa… tersenguk2 kepala sambil pejam mata besstt giler lagu dia..

    0

    0
  53. mak c kina says:

    maaf klu aku dh tertinggal flight…tp sejak aku tau syafik ni ank saleem,aku xpenah pun dgr/baca yg dia mengaku dia ank saleem..yg aku tau,org yg bgtau dia ank saleem..so aku rse bkn dia yg nk guna nama saleem pun

    2

    0
  54. cma says:

    aplah nak gaduh2.. hal dunia jer.. tak bawa ke mana… tak guna pun takper… kor ada suara… kipidap dik…

    0

    0
  55. daon kesom says:

    Kalo bapak korang penagih dadah tegar pun, muka dah mcm zombie, rokok berkotak2 pasti ada terbit rasa memberontak jgk. Keluar masuk penjara, ambik duit, jumpa dadah sana sini, kat sekolah, rmh jiran2 mesti kena ejek. Korang rasa beban sbg anak seorg penagih yg penuh gosip buruk. So, instead nasihat mcm korang ostajah arbakyah, better doakan dia saja. Memang manusia berubah selaras dgn masa. Mungkin dulu dia terlalu benci, so skrg dia dah biasa2 dah…benda dah lama. Mcm korang gaduh benci dgn kawan2, laki bini…dah lama2 reda lah angin.

    0

    0
  56. rusa lima says:

    Utk syafiq, suara u biasa saje. Better kekal dlm bomba.seni hanya part time.

    0

    0
  57. Aida says:

    pergi berguru dengan jamal abdillah lah salem. tengok jamal abdillah dengan anak dia, osama tu .. nicely dia develop bakat anak dia, tone suara hampir sama juga, takde nak saman nya .. urghh salem salem ..

    0

    0
  58. MAK LAMPIR KETURUNAN HANG LI PO says:

    tetiba rasa malas nak nyani karaoke lagu2 iklim. Risau anak bechok keturunan lanun bugis ni minta royalty kat aku plak lepas nyanyi. hanat punya perempuan. kau ingat lagu2 dan lirik2 iklim tuh, sallem ke yg perah otak. dia syok2 nyanyikan jer pon. zaman 90an boleh la.. skrg laki kau boleh bungkus kain kapan terjun kubur lagi bagos. kami tak perlukan bekas penagih gila mcm kau dlm industri ni lagi. sekian dari mak lampir

    0

    0

Leave a Comment

Optional