Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai kesenian tradisi, antara yang terkenal ialah seni persembahan Dikir Barat dari Kelantan. Seni ini bukan saja mempunyai peminat dari kalangan penduduk Pantai Timur, malah mempunyai peminat dari seluruh Negara.
Justeru itu, sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan kesenian Dikir Barat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menyajikan kepada pencinta seni tanah air pada malam ini dan esok, Konsert Ekstravaganza Dikir : Segalanya Dikir! yang bertemakan “Dari DESA ke ISTANA” bertujuan mengajak khalayak kontemporari untuk menikmati persembahan tradisional yang popular di pentas berprestij apatah lagi pertaruhan artis popular bukan semata-mata untuk menarik minat generasi muda Malaysia sahaja, bahkan ianya adalah satu suntikan komersil dan menggalakkan eksperimen yang sihat menerusi muzik tradisional dan kontemporari dalam arus industri muzik perdana tanahair.

Masih belum terlambat bagi para peminat seni tanah air untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan konsert Dikir Ekstravaganza untuk malam ini dan esok. Rangkaian harga tiket berjumlah RM 20, RM 35, RM 45 dan RM 65 sahaja melalui www.ticket2u.biz atau datang ke kaunter Box-Office, Istana Budaya hari ini mulai pukul 2.00 petang hingga 9.00 malam untuk membeli tiket dan esok pada waktu pejabat. Untuk malam ini terdapat persembahan dari Ziana Zain dan Hazama manakala esok pula akan menampilkan legenda Rock Awie dan Raja Pop Jamal Abdillah.

Antara artis yang terlibat untuk kedua-dua malam ialah Halim Yazid, Jen Enduro, Fendi Kenali, Sabri Yunus, Roy Kapilla, Noraniza Idris, Bob AF, Shruti, Eyo Hock Seng, Dennis Lau, Danial Lee (Malaysian Idol), Jimmy Palikat, Ito Blues Gang, Poe, Sesastre, Wakaka Crew, Alif Satar, Jamal Abdillah dan Lan & Typewriter.
Datang jangan tak datang!
Kredit gambar: arsenalredjuan




ziana zain berdikir barat?
lawak la…suara pun camtu..
ZIANA ZAIN SEKSI JER MEMANJANG, BILA NAK BERTUDUNG NIH….
Oi ! ni kn isu dikir barat !! bukan nye isu tudong !! orang kalau belom nk bertudong jngan di paksa ! ziana ni bukan nye budak2 lagi nk di paksa bertudong ! dia tau la bila dia nk bertudong !! asal kn dia tk buat perkara yg bukan2 sudah lah ! ugama dia tetap ugama islam so what !!! stupid u !!!!!!!! bwek !!!
NARA duk sibuk promote dikir barat, mentang2 lah dr kelantan, aku bukan jeles, tp nmpk sgt NARA duk promote dikir barat, budaya negeri2 lain jgn lupa promote jugak yer, kata org malaysia
ah, raja minah memang support tak bertudong. ah! kak ziana, dah tua dah. sedar la diri sikit.
sungguh iluminati tindakannya….
Boduh nyer ko, sebuk2 soh org pake tudong kau pake sendiri sudahlah
Ziana duduk atas piano, nampak kat Ramli M.S ni mengamuk dia….
xtaakot kne sman ke? bahaye law ngn neelopak skng, pakai name fake2 nih:) zed zaidi xsuke taws..
watever laa weii… nak dikir barat gi join karoot komedia tu…
Asyik2 nak cari isu jugak, hadoi tak paham haku!!!
Sape nak beli laman web nih, klik nama aku!!!!!
alaahai, biala deknon die nak bertudung ke x, yg kne bako rambot tu die yg kne, biokan je… kan kak ziana:) bes ape kne baka;) bukan ape sgt pon;)
tak ramai yang komen..mungkin juga ramai yang tak ambik peduli
kak Ziana kan belum di seru untuk b’tudung ! .. sekarang , br di seru untuk cucuk muka ! ..