Written by AbangNara | August 9th, 2016

Akhirnya, yang dinanti-nanti telah tiba. Sukan Olimpik di Rio telah pun bermula! Fuh!!! Adakah penantian Malaysia untuk mendapatkan pingat emas buat kali pertama di Sukan Olimpik akan berakhir pada temasya kali ini? Abang Nara masih teringat lagi betapa kecewanya diri ini apabila Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan pada Sukan Olimpik London 2012. Bergenang air mata ini kesedihan.

sukan olimpik rio

Untuk Sukan Olimpik Rio 2016, Abang Nara dapat rasakan Malaysia akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas. Antara beberapa atlet yang Abang Nara menaruh harapan tinggi ialah:-

1.Lee Chong Wei
sukan olimpik rio

Sukan Olimpik kali ini adalah Sukan Olimpik terakhir untuk beliau. Sudah pasti Lee Chong Wei ingin menamatkan kariernya dengan sebutir pingat emas Sukan Olimpik. Semangat beliau pasti berada di tahap tertinggi. Prestasinya pun amat memberangsangkan kebelakangan ini. Semoga tuah menyebelahi Lee Chong Wei kali ini.

2.Pandalela Rinong

sukan olimpik rio

4 tahun lalu, Pandalela Rinong telah merangkul pingat gangsa di Olimpik London. Serius terharu ketika mendengar lagu Negaraku dikumandangkan bersempena kemenangannya. Dengan lebih banyak pengalaman yang telah ditimba, Abang Nara yakin Pandalela mensasarkan emas di Sukan Olimpik Rio.

3.Azizulhasni Awang
sukan olimpik rio

Setiap kali melihat aksi Azizulhasni Awang di atas litar lumba basikal, hati Abang Nara akan berdebar-debar. Aksinya cukup memukau dan mendebarkan. Jika di Sukan Olimpik London 2012 Azizul pulang dengan tangan kosong, Abang Nara cukup yakin kali ini sekurang-kurangnya pingat gangsa akan menjadi miliknya. Insya Allah kalau ada rezeki, siapa tahu Azizul akan menjadi atlet pertama Malaysia merangkul pingat emas olimpik.

sukan olimpik rio

Selaku seorang rakyat Malaysia yang tidak mahu terlepas sebarang aksi penuh bersejarah atlet-atlet negara dalam misi mengejar pingat emas pertama Sukan Olimpik, Abang Nara dah pun download applikasi HyppTV Everywhere. Aplikasi ini memang terbaik untuk melayan Sukan Olimpik Rio 2016, lebih-lebih untuk orang macam Abang Nara yang jarang ada depan televisyen. Kalau korang tak download, memang rugi yang amat. Antara ke’best’an HyppTV Everywhere ini adalah:-

1. PERCUMA. Tak perlu bayar apa-apa, dan aplikasi ini boleh dimuat-turun oleh semua orang tidak semestinya pelanggan UniFi atau Streamyx sahaja yang boleh menonton program best best di aplikasi HyppTV Everywhere ini. Cuma download aplikasi (search HyppTV Everywhere) di Google Play Store atau pun di Apple App Store, register melalui telefon no atau Facebook. Dapat tengok TV dah.
2. Boleh tonton di smartphone, tablet dan juga laptop. Maksudnya anda boleh melihat setiap detik bersejarah perjuangan atlet kita di mana-mana sahaja. Dalam toilet pun boleh
3. Ada 7 saluran PERCUMA ( HyppSports HD Ch. 720 – 726) untuk kesemua 42 sukan yang dipertandingan di Sukan Olimpik Rio 2014. Korang cuma perlu daftar menggunakan nombor telefon/Facebook selepas download aplikasi HyppTV Everywhere. Ini semua bersempena semangat
4. Untuk pengguna Umobile, tiada caj data yang dikenakan untuk streaming HyppTV Everywhere, Ia adalah PERCUMA!
5. Kalau guna Wifi, tak payah pening kepala nak fikir limit kuota data korang. Senang begitu!!!
sukan olimpik rio

Senang je cara download dia:

sukan olimpik rio

Best kan? Abang Nara wajibkan semua pembaca BeautifulNara untuk mendownload aplikasi HyppTV Everywhere ini sekarang jugak. Abang Nara tak nak korang terlepas satu detik pun saat-saat atlet negara kita berjuang untuk meraih pingat emas Sukan Olimpik pertama Malaysia. Kalau terlepas, memang rugi yang amat. Maklumat lanjut, layari www.tm.com.my/rio2016.

11 responses to Saksikan Kemenangan Emas Pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 Secara LANGSUNG & PERCUMA Menerusi AplikasiHyppTV Everywhere

  1. huh says:

    Sya sedar sya bukanlah seorg yang mahir dlm BM. BM sya juga tdaklah sehebat mereka yg bergelar cendikiawan..
    Tapi sya cuba fham bahasa nara… “SAKSIKAN KEMENANGAN EMAS PERTAMA MALAYSIA DI SUKAN OLYMPIC RIO 2016”
    Mati2 ingat Malaysia dah dapat emas pertama..
    Nara pleaselah nara…nak promot, promotelah betul2..

    0

    0
  2. delia says:

    Menang pingat gangsa mana ada dimainkan lagu Negaraku ….

    0

    0
    • Biskut says:

      tu la psal. konon nk tunjuk dia ada tgk. tp sebenarnya langsung tak buka pun cenel olimpik.

      0

      0
  3. DIa says:

    mlm td tgk Diving….. ingatkan dpt lee gangsa tp bkn rezeki kita, syg coz siket sgt perbezaan mata. semangat kami anak beranak tgk mlm td.

    0

    0
  4. Rio says:

    Tempat ke tiga gangsa mana ada dimainkan lagu kebangsaan negara….mimpi ke?

    0

    0
  5. bodopiang says:

    pingat gangsa org mainkan lagu kebangsaan ke..???
    merapu la nara nih..
    sejak bergaul ngan artis2 nih..
    dah berjangkit bangang artis …

    0

    0
  6. bty says:

    haha baru nk komen pasal nyanyian negaraku ni. nampak sgt nara ni main hentam , beriya iya ckp terharu , tah tgk ke tidak.

    0

    0
  7. zupzapzupzap says:

    Malaysia masih dapat telur ayam…vietnam pun dh dpt emas..

    0

    0
  8. Dayung says:

    tahniah Pandalela Rinong dan Jun hoong cheong! Dapat Perak Pinga tOlimpik pertama Malaysia 2016..Go Malaysia!Go Sarawak!

    0

    0
  9. Jentayu says:

    Najibo lagi pemess bro.. acara 100 meter lari dalam karung duit

    0

    0
  10. Jentayu says:

    Najibo lagi pemes bro… acara 100 mtr lari dalam karung duit berhalangan.. rikod dunia.. belom ada sape2 pecahkan lagi setakat ni

    0

    0