Saksikan Euro 2016 Di Mana Sahaja Dengan Aplikasi Stadium Astro.

Hiburan

Saksikan Euro 2016 Di Mana Sahaja Dengan Aplikasi Stadium Astro.

Pejam celik pejam celik kita sudah pun berada di bulan Jun. Dah separuh dah tahun ini berlalu. Pantas sungguh!!! Selain gembira dapat menyambut kedatangan Ramadhan kali ini, Abang Nara juga sedang excited serta teruja dengan Euro 2016 yang bakal melangsungkan tirainya pada hari Jumaat ini bersamaan 11 Jun 2016.

stadium astro

Advertisement

Abang Nara pasti ramai peminat bola sepak yang lain juga sedang super excited mahu melihat aksi pemain kegemaran mereka seperti Cristiano Ronaldo, David Silva, Paul Pogba, Wayne Rooney dan ramai lagilah. Selaku seorang pelanggan Astro Sports Pass, Abang Nara akan dapat menikmati kesemua 51 perlawanan Euro 2016 secara live sama ada di televisyen atau pun menerusi applikasi Astro On The Go. Katakanlah lepas sahur terpaksa pergi ke tandas tapi game Perancis lawan Portugal dah masuk penalty shoot out, jangan risau bawak je phone korang dan sambung tonton di toilet dengan app Astro On The Go. Tiada satu detik pun yang akan kita terlepas.

stadium astro

siap boleh tengok lineup lagi tu

stadium astro

Lagi satu applikasi yang cukup menarik sempena Euro 2016 ini adalah Stadium Astro. Fuh canggih beb applikasi nie. Abang Nara dah try dah masa pergi launching baru-baru ini. Dengan applikasi Stadium Astro, kita boleh tengok segala highlight Euro 2016 menerusi pelbagai sudut kamera. Daripada belakang gol, daripada sudut tepi padang, daripada pandangan atas, pandangan pemain dan macam-macam lagilah.

stadium astro

dengan aplikasi Stadium Astro, anda memang boleh tengok permainan dari setiap sudut…perghhhh…

Selain itu applikasi Stadium Astro juga ada statistik yang membolehkan anda membuat perbandingan antara pasukan dan juga pemain. Bolehlah tengok siapa lagi power sebenarnya. Cristiano Ronaldo ke Zlatan Ibrahimovic? Semua fakta akan dikompilasikan secara terus di applikasi ini.

stadium astro

feveret Abang Nara so far, benda player comparison ni, boleh kita buktikan siapa yang lebih power.

stadium astro

dalam app ni tak dapat la awek dua orang tu…hehehe…

Anda bukan pelanggan Astro? Kat rumah memang tak pernah ada Astro? Tapi tak nak terlepas Euro 2016 kali nie? Ish, ish, ish. Lain kali tue langgan je lah Astro. Banyak benda best dalam tue. Tapi tak apa, walaupun anda bukan pelanggan Astro, anda masih boleh melayan perlawanan-perlawanan yang akan disiarkan secara percuma menerusi applikasi Astro On The Go. Tapi of courselah perlawanan tue limited.

stadium astro

berita-berita terkini tentang perlawanan Euro2016.

Namun kalau memang korang nak tengok perlawanan satu team je (contohnya Spain), boleh beli dengan harga RM6 setiap satu. Tapi cadangan Abang Nara, baiklah korang beli je terus Astro Sport Pass bernilai RM104.95. Dapat tengok kesemua 51 Euro 2016 punya perlawanan. Jimat banyak tue. Tak perlu jadi pelanggan Astro pun. Semua pembelian boleh dilakukan melalui aplikasi Astro on the Go.

stadium astro

Tunggu apa lagi? Langganlah Astro Sports Pass hari ini juga dan layan Euro 2016 sampai lebam. Yang penting, jangan sampai terlepas sahur. Kang tak pasal-pasal tak puasa pulak. Maklumat lanjut layari www.astro.com.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...