Saingan Kilauan Emas 2 Semakin Sengit

Hiburan

Saingan Kilauan Emas 2 Semakin Sengit

Abang Nara memang suka tengok Kilauan Emas sejak daripada musim pertama lagi. Secara jujur, Abang Nara memang banyak tergelak sakan melihat telatah warga-warga emas yang pergi audition. Namun Abang Nara faham isi hati mereka. Iyerlah, masa muda-muda dulu, diorang sekadar menyanyi di karaoke atau di majlis perkahwinan sahaja.

kilauan emas 2

Advertisement

Jadi bila ada peluang untuk beraksi di pentas Kilauan Emas, pastinya warga-warga emas ini tidak akan melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat mereka. Abang Nara setakat ini tak pernah miss lagi episod Kilauan Emas 2 yang ditayangkan setiap hari Rabu bermula jam 8.30 malam di Astro Prima(105) dan Astro Mustika HD (134)

kilauan emas 2

Minggu lepas menyaksikan 2 orang peserta wanita telah terpilih untuk menjadi wakil zon utara. Menariknya di zon utara ialah kemunculan kembali beberapa peserta yang dah turut bertanding ketika Kilauan Emas musim pertama. Kalau tak silap Abang Nara, makcik yang pernah menjadi backup singer untuk Anita Sarawak turut sama beraksi untuk kali kedua. Siap melompat-lompat lagi menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir.

kilauan emas 2

Seriously, kalau anda mahukan hiburan dan sesuatu yang lain daripada yang lain, pastikan anda menonton Kilauan Emas 2 setiap hari Rabu bermula jam 8.30 malam di Astro Prima(105) dan Astro Mustika HD (134). Maklumat lanjut tentang Kilauan Emas 2 sila layari www.astro.com.my/kilauanemas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...