Written by AbangNara | June 19th, 2012

Abang Nara memang suka tengok Kilauan Emas sejak daripada musim pertama lagi. Secara jujur, Abang Nara memang banyak tergelak sakan melihat telatah warga-warga emas yang pergi audition. Namun Abang Nara faham isi hati mereka. Iyerlah, masa muda-muda dulu, diorang sekadar menyanyi di karaoke atau di majlis perkahwinan sahaja.

kilauan emas 2

Jadi bila ada peluang untuk beraksi di pentas Kilauan Emas, pastinya warga-warga emas ini tidak akan melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat mereka. Abang Nara setakat ini tak pernah miss lagi episod Kilauan Emas 2 yang ditayangkan setiap hari Rabu bermula jam 8.30 malam di Astro Prima(105) dan Astro Mustika HD (134)

kilauan emas 2

Minggu lepas menyaksikan 2 orang peserta wanita telah terpilih untuk menjadi wakil zon utara. Menariknya di zon utara ialah kemunculan kembali beberapa peserta yang dah turut bertanding ketika Kilauan Emas musim pertama. Kalau tak silap Abang Nara, makcik yang pernah menjadi backup singer untuk Anita Sarawak turut sama beraksi untuk kali kedua. Siap melompat-lompat lagi menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir.

kilauan emas 2

Seriously, kalau anda mahukan hiburan dan sesuatu yang lain daripada yang lain, pastikan anda menonton Kilauan Emas 2 setiap hari Rabu bermula jam 8.30 malam di Astro Prima(105) dan Astro Mustika HD (134). Maklumat lanjut tentang Kilauan Emas 2 sila layari www.astro.com.my/kilauanemas.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

50 responses to Saingan Kilauan Emas 2 Semakin Sengit

  1. Anonymous says:

    org tua tak sedar diri

    0

    0
  2. minah ronggeng says:

    Tahnya… geli tgk mak cik2 tua dengan gigi rongak make up tebal seinci menari terkinja2. Memalukan! Kalau suara tu sedap takpelah jugak…. ini buat sakit telinga je…. terus tukar channel.

    0

    0
    • comei says:

      malunye tgk org tua nyanyi, melalak & tlompat2 atas pnts. melayu plak tu. tlg la..rumah dah kata pergi, kubur pun dah kata mari dah.semakin hari, semakin pelik hiburan yg dianjurkan.

      0

      0
    • musim durian wey ! says:

      “ko ado?” katanya.. gincu tanak lagi unggu pulak kann. sama code dgn baju

      0

      0
  3. prof.sentaphatimaknak says:

    aduhai makcik lompat..bwk2 mngucap..bwk sedor diri..makcik dh over tsangat2 tuh mokcikkkkk…. (-.-)

    0

    0
  4. milah says:

    korang tu sedar diri la sangat..? nak mengata konon, tp tgk jgk rancangan tu..

    0

    0
    • musim durian wey ! says:

      makcik milah !! kueh lopes saya order 500 keping ritu mane? ni mesti asik tengok diari kilauan emas je kan kan kan

      0

      0
  5. Stella says:

    Aku dh biasa tgk mkcik2 tua yg bjiwa muda , pkai legging , jeans ketat , make up tebal . . Jum dtg sndkn dan tgk . .

    0

    0
  6. Ustaz Don II says:

    Rumah kata pergi, kubur kata mari. Orang-orang ini jahil semasa muda dan masih lagi jahil semasa tuanya. Anak-anak maupun juga menantu tidak juga mahu menegur ibubapa mereka, maka satu keluarga itu adalah dari kalangan orang-orang yang jahil. Subhanallah! Insaflah masih ada waktu utk bertaubat.

    0

    0
  7. adoiiiii says:

    gediks sgt ke??aku x penah tgk sbb rasa MALU nak tgk baya2 mak-mak/ayah-ayah menyanyi..huhu..sedihh…

    0

    0
  8. Insaflah pakcik2 dan makcik2 sekalian

    0

    0
  9. stella says:

    gedik mgalahkan org muda . . Dorg pkai tudung tp pkai skirt . . Ada jga pkai legging ketat seketatnya , pkai heels n gelang penuh tgn . . Aku yg tgk ne dlm hati , iskh3 . . Tp kt sini , pandangan begitu , biasa . . Xda yg tgur , sbb klau tgur sikit , mau dtg kaum krabat utk membelasah . . Takutttt . .

    0

    0
  10. ana halia says:

    serius aku tak tgk rancangan ni…tak sanggup dan malu tgk baya2 mak pak aku menyanyi berjoget atas pentas…kasihan betul dgn org2 tua diperlakukan begitu…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    orang muda digalakkan jadi Imam Muda, yang tua2 digalakkan lagi menyanyi2.. apa2 ntah

    0

    0
  12. Anonymous says:

    makcik pkcik yg dah lanjut umur sibuk terkinja2 atas pentas….
    dlm masa yg sama ada anak2 muda yg berebut2 tuk menjadi Imam Muda…dunia sudah terbalik….
    aku tk pnh tgk.tgk iklan nya pun dh buat aku muntah!!!

    0

    0
  13. musim durian wey ! says:

    sesuai sangat dgn penaja rasmi *pelekat

    0

    0
  14. musim durian wey ! says:

    sesuai sangat dengan penaja rasmi *ubat gigi Polident*. mokcik pokcik sekelian pakai tak??

    0

    0
  15. benci rancangan hiburan astro says:

    dari muda sampai ke tua xhabis dengan nak menggedik nak menyanyi berjoget tayang depan org…. rumah kate pergi,kubo kate mari….

    0

    0
  16. lolok says:

    Ayahnda2,Bonda2 , cukup2 la tu. Tak malu ka menyanyi berdangdut atas pentas, yg lain2 bersorak sakan kat depan.patutnya piduduk masjid , dgr ceramah agama byk2 bg dorongan kat kami yang khilaf dan muda2 ni,saya malu sangat2 bila tertengok tokwan dan makwan semua khusyuk bergelek2 .tlgla rentikanle…

    0

    0
  17. akirakaede says:

    mohon Zed Zaidi mengharamkan atau menghentikan rancangan ini serta -merta.bila kubur bakal menjemput,bukan disini mencari keredhaanNYA..

    0

    0
  18. Lisa says:

    Jangan salah kan makcik2 & pakcik2 yang join rancangan ni.Salahkan pihak penganjur.Percayalah,diorang nyanyi untuk suka2 je.Jangan kutuk lebih2 k?bayangkan diorang ni parents korang,tergamak ke korang nak kutuk wlaupun korang tak suka…

    0

    0
    • 98 says:

      aku gamak kutuk, sebab dah tau baik ngan tak baik,dosa pahala,kemaluan ngan maruah diri. buat pekak dan taktau semata2 melayan nafsu syaitan.awat, kat rumah takleh melalak ka depan tv dengan family ja? ni tak tergedik2 dah tua bangka pun mcm ni lagi, bayangkan kalau mati sakit jantung atas pentas apa nak bagitau kat family ngan org2 kampung? plsla kita ada akal, gunala sikit.

      0

      0
  19. Anita Sabah says:

    Aku memang suka makcik tu. Nama dia Mashitah Embri. Memang best show dia, dah boleh buat show case sebab dia bukan saja penyanyi tapi penghibur/entertainer.

    0

    0
  20. Orang says:

    Praktis baca quran dan baiki tajwid lagi baik kottt…dari melalak kat tv dah tua bangka macam tu….insaflah…..kita tak tau umur kita setakat mana Allah bagi pinjamkan..

    0

    0
  21. kurang molek says:

    Praktis baca quran dan baiki tajwid lagi molek kottt….daripada melalak kat tv dgn mekap tebal mcm tu…tak brapa molek dehh….if kita ‘pergi’ mengadap ilahi sekali pun…..biarlah dalam keadaaan Allah redha…bukan murka…betul tak ? kalau teringin nak menyanyi gak…..kat rumah dlm bilik air pun ok gak…

    0

    0
  22. hazel says:

    bengang aku ngan juri ni…makcik yg terpilih utk keperingkat seterusnye yg x pkai tudung bju merah tu…masyaAllah…suara mcm nk menangis..teketar2..sakit telinga aku dengar…mmg x best langsung laa…yg x terpilih lg best…ntah pape ntah!!!

    0

    0
    • zunita mohd mokhtar says:

      juri mmg teruk giler ahhhh…cmner diorg jd juri???qismona nyanyi cm hampeh!!!!!!!!!!!!!

      0

      0
  23. hans says:

    bukan kah makcik yang pakai baju merah yg ada selempang tu pernah masuk bertanding pada tahun lepas tp xmenang…..tahun nie masuk gak….kesian org lain yang berbakat xdapat masuk…..pe…..lah astro and juri nie…..x ade kemajuan…..BAD

    0

    0
  24. mak c kina says:

    bkn la program keagamaan hanya utk org tua tp aku rse e2 lbh sesuai kot dari tekinja2 kt atas 2…dgn baju ketat,rambut karat,mekap ala2 RCW…klu lelaki aku xde la geli sgt tp hok mokcik2 ni…adui…kesian..

    0

    0
  25. Orang biasa2 je... says:

    i kenal “makcik” ni. I find her very wired when she first came to my house. And bila kali ke-2 dia datang terus I tak suka. I might be wrong, tapi 99% of me says dia ada belajar ilmu hitam. Masa tu dia baru belajar kot and nak try mengamalkannya. 2-3 malam selepas tu mmg kita org ada gangguan tengah malam, especially my daughter bangun bercakap dgn seseorang. I mmg tak suka tgk org yang memakai tangkal pada lengan. I rasa orang Penang ramai kenal and know who she is.

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Husband dia orang UMNO, cikgu pulak tu……but he looks so much younger. macam mak & anak.

    0

    0
  27. win says:

    Alhamdullilah orang-orang terdekat (warga emas) aku tak terlibat dengan gejala kilauan emas polident nih. kalau ada, aku sekolahkan dah. tapi aku tgk anak-anak peserta pun sokong mak bapak dorg masuk. jadi camne tuh?

    bagi aku, sebagai orang Islam, tidak berapa sesuai warga emas ni masuk pertandingan2 sebegini. dah le tak sesuai, boleh mengaibkan diri pulak tu. kalau sekadar hobi, lagi manis rasanye persembahkan di rumah sahaja. ini pendapat aku lah.

    0

    0
  28. sham says:

    apa yg aku boleh kata.. kesian… kesian dan kesian… semoga dicampakkan Allah hidayah dan taufik unt si tua ganyut ni kembali kepangkal jalan.. eh malu tengok terkial2 nyanyi.. suara pun dah tak kuar.. cukup2 la…

    0

    0
  29. ggggg says:

    fitnah dajjal………

    0

    0