Saiful Nizam Ismail Sahkan Berhenti Kerja Di TV3

Hiburan

Saiful Nizam Ismail Sahkan Berhenti Kerja Di TV3

Sebut sahaja nama Saiful Nizam pasti ramai yang kenal bukan? Beliau antara pembaca berita di Buletin Utama TV3.

Advertisement

Lahir daripada program Malaysian Top Host seangkatan dengan Nurul Syuhada Nurul Ain, Saiful mengesahkan beliau akan tinggalkan stesen tv popular Malaysia itu dan sudah menghantar notis sebulan berhenti kerja sejak dua hari lepas.

Meskipun belum tinggalkan TV3 secara rasmi, beliau telah menerima pelbagai tawaran pekerjaan daripada beberapa syarikat penyiaran lain. Namun, buat masa ini beliau ingin fokus dalam bidang perniagaan dan akan mempertimbangkan tawaran tersebut.

Saya tak menafikan memang ada pelbagai tawaran yang kunjung tiba, cuma saya dalam proses mempertimbangkannya.

Saya juga mahu fokus dalam dunia perniagaan. Tapi dunia pengacaraan yang sudah sebati dalam diri takkan ditinggalkan begitu sahaja. Doakan perjalanan saya akan lebih baik pada masa mendatang.

Saiful Nizam  telah mendirikan rumah tangga dengan juara pertandingan Gadis Melayu di TV9 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aida Eirdeena dan anak lelaki bernama Saif Eirham.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...