Saharul Ridzwan Sering Lewat Ke Lokasi Penggambaran Buat Kru Tunggu Sehingga Berjam-jam Lamanya

Hiburan

Saharul Ridzwan Sering Lewat Ke Lokasi Penggambaran Buat Kru Tunggu Sehingga Berjam-jam Lamanya

Saharul Ridzwan nama yang cukup popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi bukan? Namun, ada sedikit cerita tidak sedap didengar apabila Saharul sekali lagi dikatakan sering lewat ke lokasi penggambaran sehingga  kru produksi serta rakan artis terpaksa menunggu sehingga berjam-jam lamanya.

Advertisement

Menerusi ruangan Poklip di Utusan Online, ada sumber yang memberitahu bahawa Saharul seorang yang cukup liat untuk bangun tidur.

Malah, ini bukan kali pertama Saharul menimbulkan masalah. Sebelum ini, ada seorang produser juga mengamuk kerana perkara yang sama. Namun, sehingga kini Saharul tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

Pada kami ketepatan masa itu penting dalam bekerja, jika benar dakwaan yang dilemparkan kepada Saharul Ridzwan ini, kami harap beliau berubah. Disiplin adalah kunci kejayaan dalam mana-mana kerja. Anda pun baru sahaja ingin mengukuhkan nama dalam industri hiburan bukan?

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...