Written by Bella | September 26th, 2016

Pelakon Mia Ahmad yang dikatakan bercinta dengan Saharul Ridzwan baru-baru ini ada menjawab persoalan mengenai ketidakhadirannya pada majlis perkahwinan Saharul dan Deena Emir.

Menurut Mia,  beliau tidak mempunyai sebarang alasan peribadi untuk hadir ke majlis perkahwinan Saharul, tetapi beliau sebenarnya tidak menerima sebarang jemputan daripada pihak pengantin sendiri.

Susulan daripada perkara berkenaan, Saharul menerusi portal mStar Online tampil memohon maaf sekiranya ada antara rakan artis yang tidak mendapat undangan ke majlis perkahwinannya yang diadakan pada 16 September lepas.

Menurut Saharul,  kad jemputan perkahwinannya telah diserahkan kepada pengurus majlis perkahwinannya dan mungkin ada beberapa nama yang terlepas pandang.

Semua jemputan artis, klien, produser dan kru produksi telah diserahkan kepada pengurus majlis (wedding planner). Minta maaf mungkin ada yang saya terlepas pandang.

Saharul Ridzwan dan Deena Emir bernikah pada 16 September  di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Pasangan ini kemudian mengadakan dua majlis resepsi perkahwinan iaitu di Dewan Sri Siantan Putrajaya dan bersama peminat dan rakan artis di Hotel Blue Wave, Shah Alam.

Biasalah tu, dalam kesibukan menguruskan hal perkahwinan, kadang-kadang ada perkara yang kita terlepas pandang. Jangan fikir negatif dan berkecil hati.

Sumber Berita : mStar Online

27 responses to Saharul Ridzwan Minta Maaf Jika Ada Rakan Artis Tidak Dijemput Ke Majlis Perkahwinannya

  1. Anonymous says:

    Ya lah tu

    0

    0
  2. what a life!!! says:

    yeke??

    0

    0
  3. Betta says:

    artis² banyak nau alasan

    0

    0
  4. Anonymous says:

    statemnet tak masuk akal… blh bg statatemnt mcm tu… memang dasar si POYO..Dari dulu lagi ape yang si Poyo buat, Mia yang kena tempias n nak jawab jawapan dr masalah dia.. bukan Mia jer yang tak dapat undangan ramai lagi…. laki bini pun gila selfie… artis lain kahwin tak ade la macam dia… sama jer laki bini memg Poyo

    0

    0
  5. Anonymous says:

    mia pun tak hadap pun…

    0

    0
  6. nok gebuzzz says:

    poyo la mamat ni….perasan popular sgt!!
    sory…mmg x minat……

    0

    0
  7. Anonymous says:

    INI kelakooo ! kwn baik kot tak kan lupa bang ??.. bila org dok hentam mia knpa xpegi .. last2 dia xdijemputtt .. xper nanti kalo mia kwen jgn lupa ajak dia dan isteri :)

    0

    0
  8. M.U.A.K says:

    aku yang jadi minat pun jadi tak minat dah. tak habis2 lagi ke cite hal diorang ni? dari before kawin ke sudah kawin. tak habis2. muak lah.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    kesiann mia , janna dia jemput mia lupa kata kwn baik , sabo jela mia dia mgkin excited dpt bini lawooo . OKE NOW SIS DAH MINAT MIA .. hehehe

    1

    0
  10. Anonymous says:

    X hbs lg ke psl isu mia x dijemput ni..wartawan pun mcm sje nk api2 kan dorg tnye psl hal ni..org yg komen menyampah ni msti heartbroken bila saharul dh kawen terus jd haters. X pun kipas susah nk mati si mia tu..lantak laa sape die nk jemput..knduri diakn..lg pun lps mcm2 gosip psl dorg sblm ni lbh baik x yah jemput nnti buat bikin pns jer..yg pempuan2 ni pun klu kawen nk ke suami korg jemput ex die or skandal die g wedding korg..msti x nak kan..so dah laa isu psl dorg ni..masing2 pun dh ade life sndiri..bosan

    0

    0
    • Arab mekap tebal says:

      Ko ni msti geng belah sane kan ? Ble plak mia tu skandal sr bongok ? Deorg rapat mse hp n same2 glemer mse tu , dh wartawan tye mia jwb jer alh x dpt jmputan ko jgn la sentap lbih plak mcm org tuuuuu !

      0

      0
  11. Anon says:

    Dah bagus tu dia beri alasan ber-alas. Tak lah malu sgt Mia. Kalau dia ckp yg betul yg memang dia tak nak pun jemput mia, lagi lah meroyan fanataik-fanataik mia ahmad. Tang ni pun dorang dah meroyan tak abis2, macam komen-komen kat atas-atas ni. Hahahaha… Majlis dia, suka hati dia lah. Jgn kecik hati ok Mia and fans.

    0

    0
  12. Notafan says:

    Itu hak saharul ahh kalo tanak jemput mia.. he do nt need to explain pon y he did not extend the invitation to her. If indeed terlepas pandang pon .. so wat.. y is it important utk mia dtg.. da la mengedik lebih.. pakai aje tudung tapi lekuk2 suma nampak.. ughhh..

    0

    0
  13. Cik Kim says:

    Kita ni hidup beradab. Kalau dah tau mmg si polan² tu pernah keje ngan kita, sekurang-kurangnya jemputlah. Takkan tak terlintas langsung tak tanya pihak management.. mesti ade meeting apa ke nak jemput sapa².
    Kisah lama belakang cerita.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Omggg….ni pn nk jadi isu ke…xde life ke wartawan2 syok sendiri ni…do u hve a goal in life ??? Nk jd wartawan hiburan carilh somethg more than this stupid story…psal jemputan kwen pn nk kecohh keee….

    0

    0
    • susher-muaknokgebuzzbettaanonymous says:

      dik ko tau tak ada icon dekat sebelah nama setiap comment. icon tu represent ip address. senang cerita aku nak cakap ko tak payah la bajet2 20 orang yg berbeza komen kt sini sebab semua org boleh nampak kau tepek 12 komen kt sini.

      kelakar gile. macam psiko pulak aku tengok

      0

      0
  15. Anonymous says:

    awat skrg nampak bini dia mcm mengedik jer….hmmmmm

    0

    0
  16. susher says:

    hemmm MALAYsia mmg camni, bila keje xsiap/xbuat carik KAMBING HITAM utk disalahkan, kalu akulah si WEDDING PLANNER tu, aku melenting lahhhh dah tu nasik periuk, kira dianye kredibiliti tu dah terguris. Bertanggungjawab la Encik Artis oiii, itu saja sekian terima kasih

    0

    0
  17. Minah says:

    Yg dok kate mia gedik n pkai tdg nmpk lekuk sane cni tu x sdr ke bini sr pon same gtu , selfie manjang nk tunjuk muke edit putih mlepak , tdg pon singkat sane sni , mia pon ingin nak gi tp dh org tue die jawab lah , laki bini kuat sentap pastu pnggil geng serang org , ap2 sume mia dpt tempias sbb mamat poyo ni wat hal

    0

    0
  18. Cik Kim says:

    Admin.. i x bole like or dislike. Please follow up. Dah berhari macam ni. Tula.. banyak beno iklan bagai

    0

    0
  19. SSS says:

    sudahla sr…

    0

    0
  20. Bosannn says:

    fanatik si mia memekak je artis diorang tak dijemput. majlis dia sukahati dia la. dijemput ke tak dijemput pun majlis tu berjalan jgk. kutuk mcm2 tp korang jgk hadap nak gandingan SR dgn Mia lagi dlm drama.

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Apasal gambar first tu nampak macam bapok?

    0

    0
  22. Anonymous says:

    Poyo. Perasan glamer sangat. Banyaklah kau punya kawan kawan sampai ada yg tak ingat bagi undangan kawin sedangkan Mia tu pernah kau kejar dulu. Hero drama pkl 7 tv3suku….biasalah. Budak baru nak up je minat drama waktu Maghrib tu.

    0

    0
  23. sepaun says:

    rasanya bkn isu besar pun kalau mia ahmad xdijemput.. :)

    0

    0