Written by Bella | August 9th, 2016

Sejak Saharul Ridzwan mengumumkan beliau bakal bernikah dengan Deena Emir yang merupakan pemilik Wrap Boutique,  ramai yang menyangka wanita itu adalah bekas kekasihya.  Walaubagaimanapun, semua itu cuma satu salah faham.

Menurut Saharul, meskipun mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain dan pernah membawa haluan masing-masing untuk seketika, beliau dan Deena tidak pernah melabelkan hubungan mereka sebagai pasangan bercinta pada waktu berkenaan. Mereka sekadar teman rapat sahaja.

Namun, kasih sayang yang lebih mula timbul apabila mereka bertemu semula dan merasakan wujud juga keserasian antara mereka.

Ketika perkenalan berlangsung, kami hanya berkawan rapat. Tak adalah sampai tahap bercinta. Lagipun, waktu itu kami masih muda. Selepas kembali bertemu Januari lalu, barulah kami dapat rasakan ada keserasian lalu membuat keputusan untuk berkahwin. Hubungan kami sekarang pun bukan seperti pasangan kekasih yang lain. Kami tidak pernah pun melafazkan ungkapan cinta.

Tambah Saharul, beliau dan bakal isteri lebih selesa untuk mencari erti sebenar cinta selepas mereka berkahwin nanti. Apa yang penting buat mereka adalah tanggungjawab yang bakal dipikul selepas mendirikan rumah tangga.

Kami berjumpa selepas masing-masing dalam fasa matang. Biarlah cinta datang kemudian kerana apa yang lebih penting buat kami adalah tanggungjawab itu sendiri.

Saharul Ridzwan dan Deena Emir bakal bernikah dalam satu majlis tertutup pada 16 September depan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis resepsi perkahwinan mereka juga akan diadakan pada hari yang sama bertempat di Dewan Seri Siantan, Presint 3.

Sumber Berita : BH ONLINE

21 responses to Saharul Ridzwan Jelaskan Bakal Isteri Deena Emir Bukan Bekas Kekasihnya

  1. Jellybean says:

    I do have some respect towards this guy.

    0

    0
  2. tak suka sr says:

    bukan memang bercinta ke pastu putus kejap?

    0

    0
    • Pelikss says:

      Boleh tk sesapa cite, amende yg berlaku antara SR, bakal bini dia, dgn MIA ? Mcm curious. Tpi tktahu nk stalk tangg mana. Huhuu

      0

      0
  3. Kesah tak kesah says:

    Nara, lain kali gabungkan citer citer SR ni dlm satu artikel je.. bosan, next!!!!

    0

    0
  4. sentap says:

    what ever la janji korg kawin…bkn cm stgh tu bajet2 sawit couple…klo bgmbr cam nak melekat muka…tp kawinnya idak…

    0

    0
  5. kamal says:

    masa dulu kenal pompuan ni x cantik sgt & x berjaya lg
    skrg dh cantik & dh brjaya duit dh byk ada biz sndiri bru la hatia mamat ni trbuka utk pmpuan ni utk tmpang kesenangan
    zmn skrg lelaki pun dh pndai nk pompuan yg brharta
    jd artis ni duit x byk mana pun glemer je lebih
    dpt duit byk pun bkn nye nk smpan utk masa dpn tp enjoy sakan mantainen tinggi sbb sntiasa nk nmpak bagus je……

    0

    0
  6. Anonymous says:

    propa

    0

    0
  7. doh says:

    sape ni?

    0

    0
  8. Shhh says:

    bapak bosan arr aku dgr citer dia ni..apa sumbangan dia dalam industri..dri sebelum puasa lagi aku dgr dia nk kawin…smpi org up pasal bini dia..yelah lawa..tk dalah aku nak jeles..nk kawin2 je..t..ni asik tarik tali je…mcm org nk ambik je bini dia tu..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    dah nak kawin pun kan..perlu ke statement ni? aku pelik betul kenapa mesti complicated kan hidup..nextttt

    0

    0
    • Fido Dido says:

      Itula pasal…topik ni ngok btl la Nara… Dia dah nk kawen pun, yang sebok2 nak tnye soalan mcm tu wat pe. Org ckp xde otak kang sentappp…

      0

      0
  10. KUCING says:

    PROPA tak sudah2..
    ingat orang tak tahu kisah diorang dulu?? my happiness la kunun.
    tp semua tu dah di delete dari IG dia.so stalker2 yg baru nk stalk tu mmg takkan jumpa kisah dulu.

    mmg sah bercinta dulu & putus skejap..

    0

    0
  11. Luahan Perasaan says:

    Saharul aku tak tahu kau baca ke tak?Fans marah kau sebab
    kenapa kau dengan dee tak mengaku sekurang-kurangnya..cakap ye masih berjumpa atau berkawan..
    dee siap upload gambar baby black, nasi lemak masak untuk bagai tu tak bercinta?
    fans tak kisah kau nak kahwin dengan siapa pun..sekurang-kurangnya ada feedback or respons yang baik
    Ni tak kau dengan dee sound pastu delete comment ada tu kena block dan kau cakap fans fitnah kau..
    Sembang je kau
    Harap berubah dan jangan menuding orang lain..
    Sorry terluahkan perasaan..

    0

    0
  12. luahan perasaan says:

    *untuk kau bagai

    0

    0
  13. Intan Syazwanie Zabaludin says:

    dah nak kawen da pon.. tpi still nk nafikan lagi penah bercinta… ingat lagi dulu kt IG deena emir ni status die siap tulis “SR’S”… byk gak gmba2 mamat ni kt IG deena.. Shortform untuk Saharul Ridzwan’S … tuptuptup putus time tu.. poyo la pulak mamat ni nak nafi2 lagi..

    0

    0
  14. kamon Saharul says:

    Saharul, ko dah kenapa cakap camtu? kitorang semua tahu ko pernah bercinta dengan minah tu..mengaku je lah..apa kes lak ko nak nafikan sekarang? dah nak kawen dah pon

    0

    0
  15. Cik Bintang says:

    pls la…….ak follow cerita ko dgn makwe ko drp zaman ko start hero remaja la.x bercinta???hahahahah….oklah jodoh dgn deena jugak akhirnya. kalo x mmg ak label ko lupa diri lps jd artis.tahniah……….ko mmg PELAKON hebat.good luck! statement xbleh blah.

    0

    0
  16. Shahrul poyo penipu says:

    Tolonglah meluat. Konon acah acah bercinta lepas nikah. Padahal memang couple. Pastu berlakon ngan mia ahmad ko tinggalkan deena tu sebab nakkan mia. Then ko buang mia ko pegi balik kat deena. Ko ni memang poyolah. Ingat aku tak nampak ko slalu hantar mia ahmad balik dulu ? Sampaikan deena tu bergadoh perang twitter, perang ig dengan mia ahmad sebab ko lah ! Skang mia ahmad kena tipu dengan ko sebab ko mainkan perasaan dia. Ko baliklah kat deena. Deena pon bangang terima ko balik jadi suami. Puiiiiiiii

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Hahaha..mmg btol couple pon..pastu break..masa break tu siap bergaduh bagai..kwn2 si deena siap gi serang saharul kt ig dgn twitter dia..teruk gak kena hencap dek geng2 deena masa tu smpi trpksa la mamat ni buat pencerahan psl hubungan diorg dh putus..klu kau ingat fans ni lupa kau mmg silap la saharul..takyah la nk propa sgt buat cerita acah2 mcm sweet acah2 mcm ustaz nk bercinta lepas kawin..geli fans kau yg tahu cerita sbnr ni baca..good luck la on ur marriage..tak perlu la menipu sbb kau dh nak kawin pon

    0

    0
  18. syu says:

    Poyo mamat ni acah2 alim konon poyos

    0

    0