Saharul Ridzwan Bakal Bergelar Bapa?

Hiburan

Saharul Ridzwan Bakal Bergelar Bapa?

Bila melihat foto-foto Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir di Instagram, pasangan ini kelihatan cukup bahagia sekali menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Sekejap sahaja masa berlalu, bernikah pada 16 September lepas, kini mereka sudah sebulan lebih mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Malah, menurut sumber kepada Poklip di portal Utusan Online, Saharul bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Deena dikatakan sudah hamil. Baru sebulan usia kandungannya itu.

Walaubagaimanapun, sumber berkenaan memberitahu Saharul belum mahu mengumumkan berita gembira itu kerana kandungan isterinya itu masih berada di peringkat awal.

Jika benar Deena sudah sebulan hamil, kiranya bunting pelamin bukan?  Hehe.. Harapnya ibu dan anak didalam kandungan akan sentiasa sihat. Kena rehat secukupnya dan jangan melakukan pekerjaan yang berat-berat.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...