Written by serenity | September 13th, 2016

Filem Pekak arahan Mohd Khairul Azri Md Noor menampilkan Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Joe Flizzow dan Zaidi Omar. Filem ini menimbulkan kontroversi kerana diharamkan tayangannya di Brunei Darussalam kerana ‘bersifat tidak mendidik’. Brunei mendakwa filem itu memberi pengaruh tidak baik kerana memaparkan babak menghisap dan menjual dadah, pergaulan bebas, keganasan dan wanita menghisap rokok.

 photo 13687199_1718665188382336_1595844968_n.jpg

Satu ulasan lain yang viral memfokus kepada sifat filem itu yang menonjolkan keruntuhan moral masyarakat, namun seorang pembaca telah mengirim satu ulasan kepada kami yang lebih menyentuh mengenai persepektif berbeza mengenai orang kelainan upaya (OKU) yang ditampilkan melalui filem ini. Bagi Amalina Annuar, filem ini tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan OKU di Malaysia. Ikuti tulisan beliau.


DISEBALIK PEKAK | Di Mana Nilai OKU Kita?

Mungkin, ramai yang ingin fokus terhadap isu moral remaja dalam filem ini, namun izinkan saya fokus terhadap isu OKU yang digarap bersama filem ini.

Di saat atlet paralimpik kita terus mengharumkan nama negara dengan tiga emas dalam sukan Paralimpik walaupun wujud kelainan pada diri mereka, PEKAK pula menonjolkan satu aspek berbeza terhadap golongan kelainan upaya. Perspektif ini saya kira, tidaklah akan membuka mata masyarakat, namun menolong untuk memburukkan lagi perspektif terhadap golongan kelainan upaya, sekaligus menjadi satu bentuk stereotaip bahawa mereka yang kelainan upaya ini sanggup membuat kerja-kerja kotor demi sesuap nasi.

Realiti apakah ini wahai pasukan produksi PEKAK?

Jumaat lepas saya berkesempatan untuk ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan di sebuah hospital. Saya hadir sebagai Pelajar Kajian Khidmat Sosial dari sebuah universiti di selatan Borneo untuk menuntut ilmu dan mengorek pengalaman para Pegawai Pembangunan Masyarakat yang telah lama berkhidmat bagi membantu klien-klien yang hadir dan meringankan beban mereka. Kelihatan pegawai A sibuk menguruskan bantuan bagi seorag pak cik yang bakal mendapatkan kaki palsu, pegawai B sibuk bermesyuarat bagi menyelesaikan sebuah kes, dan pegawai C sedang menjalankan satu sesi bersama kliennya yang ingin memohon bantuan.

Setiap hari, mereka tidak pernah penat atau jemu menulis laporan sosial dan menghantarkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu golongan yang memerlukan. Perkara ini saya kira pasukan produksi PEKAK lupa nak tonjolkan yang sebenarnya kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan telah sediakan jalan dan bantuan yang bersesuaian tidak kisahlah dari segi wang atau apa-apa yang diperlukan untuk membantu golongan kelainan upaya. Tak payah susah payah nak jual dadah!

Untuk pengetahuan kita semua, sebenarnya golongan kelainan upaya, jika dah berdaftar bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka akan dapat bantuan bulanan, kad OKU yang memberikan mereka pelbagai manfaat. Tinggalnya cuma cepat atau lambat sahaja. Sekali lagi, tak perlu susah payah nak jual dadah.

Ilmu saya dapat dari seorang pegawai Audiologi hari ini, Cochlear Implant (CI) bukanlah satu-satunya cara untuk merawat masalah pendengaran. Ia bukanlah tertakluk pada alatnya sahaja tetapi pelbagai rawatan rehabilitasi yang boleh dilakukan. Benar, rawatan CI memang memerlukan kos yang sangat tinggi, tetapi, janganlah kita terkejut jika saya kata ada sahaja peruntukkan untuk CI ni walaupun berkuota. Jadi, banyak sahaja cara untuk mendapatkan dana bagi rawatan CI ni, tak payah susah payah nak jual dadah!

Melihatkan produksi filem memilih untuk menonjolkan perspektif seorang OKU yang terdesak ingin membuat rawatan CI sehinggakan sanggup membuat kerja yang tidak bermoral saya kira bukan sahaja menjatuhkan martabat seorang OKU, tetapi mewujudkan stereotaip terhadap mereka Sudahlah kelainan mereka sering menjadi asbab mereka dibuli, dicerca, dimaki dan dihina, tayangan filem ini ibarat mencurah minyak pada api yang sedang marak! Agak-agak, tayangan filem sebegini akan memberi sinar baru kepada golongan OKU atau membuatkan keadaan mereka semakin teruk? Pernah kita fikirkan tentang ini?

Dan saya masih garu kepala melihatkan filem PEKAK ini, kenapa watak itu tidak memilih untuk mencari peruntukan dana bagi membantunya? Kenapa mesti jual dadah? Kenapa tidak jual sayur, jual ikan, atau menggunakan apa-apa kemahiran lain yang beliau punya? Kenapa mesti jual dadah ya? Adakah itu sahaja cara untuk mencari rezeki?

Ini mengingatkan saya pada sebuah filem yang menjadi hit beberapa tahun dahulu. Filem My Name Is Khan yang memaparkan Rizvan Khan yang menghidap Asperger’s Syndrome (kini disatukan dalam autism spectrum disorder). Di negara kita, apa yang Rizvan Khan hidap ini masih tergolong dalam kumpulan OKU. Namun begitu, My Name Is Khan mempamerkan bagaimana seorang lelaki yang dihalau isteri, mampu meneruskan hidup di jalanan, mencari rezeki dengan menggunakan kemahiran beliau untuk membaiki segala jenis benda, dari peti ais hinggalah ke enjin kereta. Kenapa dia tak jual dadah ya di sebuah negara yang kita tahu penggunaan dadahnya berleluasa?

Kalau pembaca nak tahu, sebenarnya, negara kita mempunyai Akta Orang Kurang Upaya (2008). Akta ini digubal untuk mengiktiraf golongan OKU serta hak-hak mereka di Malaysia. Saya nukilkan sedikit Muqaddimah akta ini untuk kita sama-sama hayati:

AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

MENGIKTIRAF bahawa ketidakupayaan merupakan suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil daripada interaksi antara orang kurang upaya dengan halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat atas asas kesetaraan dengan orang upaya:

MENGIKTIRAF sumbangan sedia ada dan berpotensi yang bernilai yang dibuat oleh orang kurang upaya kepada kesejahteraan dan kepelbagaian komuniti dan masyarakat keseluruhannya:

MENGIKTIRAF kepentingan kebolehaksesan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan kebudayaan, kepada kesihatan dan pendidikan serta kepada maklumat dan komunikasi, bagi membolehkan penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat:

MENGIKTIRAF bahawa orang kurang upaya adalah berhak kepada peluang dan perlindungan, serta bantuan sama rata dalam segala hal keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa batasan, sekatan dan perlindungan hak sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan:

MENGIKTIRAF kepentingan kerjasama antara Kerajaan dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan penyertaan dan penglibatan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat:”

Jadi, soalan saya sekali lagi, kenapa perlu jual dadah?

Kenapa harus kita pertontonkan kepada masyarakat sudut keburukan sesuatu hal yang membarah dalam masyarakat, sedang itu kita sama-sama cuba rawat? Kenapa harus kita mencemarkan maruah golongan OKU dengan mengaitkan mereka dengan kegiatan yang tidak bermoral? Apakah negara kita ini terlalu pekak untuk tidak menyediakan keperluan asas sebegini untuk mereka yang sangat memerlukan?

Tugas sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat menuntut untuk berpegang kepada Ilmu, Kemahiran dan Nilai-nilai tertentu untuk membawa satu perubahan kepada pengguna ke arah kebaikkan. Salah satu nilai yang kami pegang adalah nilai ‘empowerment’. Itulah tugas dan kewajipan pegawai-pegawai ini, membantu membela nasib golongan yang memerlukan, membantu mencari jalan penyelesaian dan membantu agar klien mampu berdikari walaupun mempunyai kekurangan dalam upaya diri.

Filem PEKAK yang digarap ini tidak sedikit pun menonjolkan nilai-nilai tersebut. Hanya menambah modal untuk masyarakat yang masih belum faham mencerca mereka. Saya mohon maaf jika bunyinya kasar, tapi pernahkah anda terfikir perasaan mereka? Jika cara OKU untuk mandiri hanyalah dengan menjual dadah, kenapalah wujud NGO-NGO yang sudi menyediakan pusat latihan kemahiran bagi golongan OKU ya?

Pada pandangan saya, filem ini adalah tidak lain tidak bukan satu penghinaan terhadap golongan OKU. Apabila FINAS berpendirian untuk mempertahankan ‘karya seni’ ini, apakah yang mereka cuba kecapi? Rating dan pulangan wang dalam menyemarakkan lagi semangat kapitalisme melalui hiburan?

Sebenarnya-

Filem ini yang PEKAK terhadap hak dan bantuan yang patut mereka dapat.

Filem ini yang PEKAK kerana mengajar masyarakat bahawa golongan OKU hanya dapat cari wang melalui aktiviti yang tidak bermoral.

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara!

Mohon kaji semula bagi menjaga kemaslahatan masyarakat yang pelbagai lapisnya.

Amalina Annuar
Mahasiswa Jurusan Kajian Khidmat Sosial
Universiti Malaysia Sarawak
Tokoh Mahasiswi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) 2016

Sebelum ini melalui Malay Mail Online, pelakon wanita utama Pekak, Sharifah Amani memberitahu sifat filem Pekak ialah mendidik tanpa menyorokkan realiti. Kata Amani:

Alhamdulillah kita duduk di Malaysia, di mana orangnya lebih memahami cara untuk mendidik melalui seni visual.

Kita jangan menipu atau jangan cuba sorok [realiti] … Itu cara kita berdakwah. Insya Allah, orang dapat kebaikan daripadanya.

Semua cerita dalam dunia ini ada unsur negatif dan Pekak memaparkannya. Seperti sebuah kehidupan, semuanya ada yang hitam dan putih.


Filem ini tercalon sebagai filem antarabangsa terbaik di Festival Filem Filipina 2015 dan ditayangkan di Festival Filem Cannes 2016.-beautifulnara.com

__________________________________________________________________________________________

 photo Beau Nara Blog Post Picture.jpg

Korang dah melabur tak? Kalau belum, kenapa ya? Takut? Tak paham? Tak tau nak tanya siapa? Kalau macam tu, apa kata korang gi InvestSmart® Fest 2016! Bertempat di Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur, InvestSmart® Fest 2016 akan berlangsung dari 10 pagi hingga 9 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, 23 hingga 25 September 2016!

Kalau korang rasa cam pernah dengar nama InvestSmart® nih, dulu kan Abang Nara ada post pasal seminar diorang. Tak kiralah kalau korang minat saham, unit amanah, skim persaraan swasta, dana dagangan Bursa, pendanaan ekuiti ramai, InvestSmart® Fest 2016 ialah sumber maklumat pelaburan terbaik untuk korang! Diorang buat event ni ala-ala karnival sikit tau, ada ferris wheel la, carousel la, tembak itik la. Ais krim ngan popcorn free pun ada beb! Dahla pegi memang dapat goodie bag, cabutan bertuah (lucky draw) pun ada tau, ada iPhone la, Samsung la, TV la, macam-macam la!

Korang boleh call 03-6204 8127 atau Like FB “InvestSmart SC” untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang InvestSmart® Fest.

Bukan nak cakap ape la, retis pun dah post pasal InvestSmart® ni kat IG dorang. Check out IG dorang: Shaheizy Sam, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Neelofa, Abam Aaron Aziz dan Elfira Loy. Abang dengar kan, mungkin satu atau dua daripada retis nih akan turun InvestSmart® Fest 2016! Ops, cakap pasal turun, korang tau tak Abang Nara pun gi InvestSmart® Fest 2016 nih tau, so kalau kelapangan datang la lepak ngan Abang Nara! Tapi hari apa ya Abang Nara turun? Ha, kalau nak tau kenalah gi InvestSmart® Fest 2016 nih, kita sama-sama sakat retis jom!

?Excited nak tahu teknik betul dan smart untuk belajar melabur secara sah! Tunggu ape lagi, jom ramai-ramai ajak mak ayah adik kakak abam semua pre-register untuk InvestSmart® Fest 2016!

29 responses to “Saat Atlet Paralimpik Harumkan Negara, ‘Pekak’ Burukkan Persepektif Masyarakat Terhadap OKU”

  1. Jimbo says:

    “Itu cara kita berdakwah”….
    My dear Sharifah Amani, please… You sound stupid when you speak like that.
    Mcm Amalina cakap, matlamat tidak menghalalkan cara. And itu cara you guys berdakwah?

    0

    0
    • Anonymous says:

      sape amalina neh..yg dangdut tu ke hahaha..
      kemon lah..org luar lagi hargai karya kita..kita pulak nak kondem..tlg berpikir diluar kotak..
      its just a story..bukan dia kate sume golongan sitimewa tu macam tu..panjang lebar ko tulis..g nyanyi dangdut lah

      0

      0
      • Anonymous says:

        Karya yg mcm nie ke?
        Hahahahahaha…..

        0

        0
      • lalala says:

        kte org Brunei ni tak pndai hrgai seni katenye..nak bseni nak bdakwah pun,jgn smpai tak jage tatasusila org2 kte cik adik oii.. kte len negri, tp adab tetap same, lg2 klu msh sedar ko tu still ade agama. tk pyh runtuhkn moral diri, moral msyarakat k serata dunia n bg alasan bdakwah.. aurat pn tak tjage dlm filem tu, tang mna nmpk dakwahnya..

        0

        0
      • JIMBO says:

        Ni lah mentaliti orang kita. Sikit2 nak cakap yang orang luar hargai kita la, orang luar buat filem camni ok lah, orang luar itu lah, orang luar ini lah. Itu orang luar. Aku ulangi ORANG LUAR! Kita patutnya lebih hargai, lebih memberi pendapat, lebih mendengar. Jangan sibuk kan orang luar tu. Rata2 mereka otaknya dah kotor!

        0

        0
    • Rooney says:

      Hellooo.

      Ni filem realiti rakyat Malaysia. Tak perlu berpeluk tubuh tak perlu menutup mata. Sbb perkara ni mmg berlaku pun.

      Korang tak boleh hadam pergi la tengok slot TV 3 Samarinda tu, sesuai dengan kau.

      0

      0
    • X says:

      pelakonnya kan PEKAK.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    cite y amat bodoh..klau x tengok pn x rugi…

    0

    0
  3. melayupiangbakhang says:

    one word : malaise

    0

    0
  4. cik kuntum says:

    karya yang bodosampai orang luar pun x bagi tayang…kenapalah org malaysia suka buat karya merapu merepek ek….suka jatuhkan martabat orang..macamana boleh jadi pengarah penulis skrip bagai..kajian pun x buat habis pasal OKU dah ada hati nak buat cerita pasl OKU.jarang la malah aku belum dengar lagi,tapi mungkin ada kisah OKU yang jual dadah cuma kita tak disebarkan benda mcmni…habis..cerita yang peratusannya sikit tu ko lagi nak buat cerita mmg ko kena bambu la…lagi2 paralimpik dapat 3 emas..mmg jatuhka martabat orang..sekaligus menjatuhkan martabat diri sendiri serta menampakkan kebodohan akal pendek yang cetek..kasihan sungguh..

    0

    0
    • abuden says:

      kalau menang award international, ko jangan sibuk nak bangga. so kau cite skit, buat cite cmne yang best? mana tau ko leh jd director kan. sbb power sgt kritik

      0

      0
  5. gula2hacks says:

    opinion saya.
    cerita ni nak menceritakan bagaimana kita ni manusia yang mempunyai sifat yang cukup tidak memberi peluang kepada mereka yang ada kekurangan.. jadi mereka memilih utk menjual dadah. dan dadah adalah bapa kepada segala kejahatan. they don’t know ape impact dadah tu kepada orang laen, they just know dpt duit boleh surgery dan dpt dengar semula.

    look at a bigger picture .. this is reality. pompuan isap rokok? dah ‘on’ ? , tokan yg jual dadah baik kasi macam2 tapi mak ayah dia sniri buang ia sbb dia pekak, orang kaya beli dadah buat private party secara terbuka, tipu bapak tapi dia nak cerita yang ada cara laen utk selesai kan semua ni dan bukannya dadah dan jangan salah pilih kawan.,

    lain orang laen cara pengamatan dia tentang sesebuah movie.
    #jangankencamsaya just my opinion. Apepon Atlet Paralimpik kita hebat. tahniah!

    0

    0
    • abuden says:

      setuju. just nk add skit, aku rasa org patut amik ikhtibar dari movie ni. bukan ikut jadi cmni. kalau tv drama fav korg tunjuk mak pukul anak OKU, kurung dia, tak ngaku anak sbb OKU, korg nak ikut gak ke? kita amik sbg pengajaran je.

      keluar sikit dari kelompok minda “abang bomba i lap yew” skit boleh? jgn pk hidup ni smua best je.

      0

      0
  6. Anon says:

    Setiap org ada ceritanya. Baik dan buruk. Hanya kerana kita bernasib baik dapat hidup sempurna dan elok, jgn dilupa akan insan lain yg hidupnya tidak keruan dan tercampak dalam dunia yg salah. Inilah hitam putih kehidupan. Tak payahlah kita menyalahkan sesiapa, just buka mata dan terima, THIS IS LIFE.

    0

    0
  7. Amy says:

    Setiap manusia ada sisi baik dan buruknya. Welcome to real life bro. Jangan PEKAK kan telinga, butakan mata.

    0

    0
  8. lalala says:

    kte org Brunei ni tak pndai hrgai seni katenye..nak bseni nak bdakwah pun,jgn smpai tak jage tatasusila org2 kte cik adik oii.. kte len negri, tp adab tetap same, lg2 klu msh sedar ko tu still ade agama. tk pyh runtuhkn moral diri, moral msyarakat k serata dunia n bg alasan bdakwah.. aurat pn tak tjage dlm filem tu, tang mna nmpk dakwahnya..

    0

    0
  9. minah jambu say no to DRUG says:

    bagos ke citer dia ? minah jambu macm malas nak tengok citer yg macm gini nampak macm boring aje …terpulang la pada masing2 ada yg cakap bagos ada yg tak..itu terpulang..asal kan tak berjubbah sambil bermain bowling itu suda cukup bagos…

    0

    0
  10. X says:

    Dadah burit,rogol,tudung seluar ketat.makan.tu semua filem melayu.

    0

    0
  11. isterimubukanisteriku says:

    memburukkan OKU? hahaha selama ni cerita orang cacat kt tv channel smua cite pasal OKU kene buli, kene pukul, kene kurung tu takpe? tu tak memburukkan? tu membantu membangunkan negara?

    speaking of dadah, rogol, tudung seluar ketat, bro bangun bro, this is reality. jgn pekak sangat. realiti hidup. dari korg bash, baik korg amik ikhtibar dan jadikan semua ni pengajaran. amik yang baik buang yang buruk. jgn terperuk dlm realiti “isteriku suamiku 100% kepala jadah” punya cerita tu k.

    hidup malaysia!! paralympic the best!

    0

    0
  12. Jeg says:

    Agree ! Banned aje semua cerita bodo.

    0

    0
  13. I am siah says:

    Teringat pulak aku kat “i am sam” bagaimana sorang OKU berkorban tuk merebut hak penjagaan anak “bukan kandung” nya..

    0

    0
  14. Amalina Bukan Annuar says:

    Simple
    PEKAK – REALITI KEHIDUPAN
    SAMARINDA – MIMPI / ANGAN-ANGAN

    0

    0