Written by AbangNara | May 31st, 2013

Susah juga menjadi wanita “hot” seperti Rita Rudaini ini. Asal buat sesuatu sahaja, pasti ada kontroversi yang menjelma. Terbaru, Rita telah melancarkan produk kecantikannya yang diberi nama RS Collagen. Terus timbul gosip bahawa huruf “S” itu adalah pangkal nama buat seorang Datuk yang menajanya.

rita rudaini

Berkata kepada Utusan Malaysia, Rita Rudaini menerangkan yang huruf “S” itu adalah singkatan buat rakan kongsinya, Saleha. Kata Rita:-

Sebenarnya, nama RS Collagen itu adalah gabungan nama saya, Rita dan Saleha. Bukan nama pangkal Datuk S. Saya dan Saleha merupakan rakan niaga untuk produk ini dan kami fikir, tidak salahnya jika kami mencantumkan nama untuk produk kami.

rs collagen

Abang Nara sebenarnya suka apabila artis-artis tempatan mula menceburi bidang perniagaan. Itu satu langkah yang amat baik. Iyerlah, nak diharapkan sumber rezeki daripada lakonan sahaja, sampai bila akan bertahan kan? Abang Nara suka dengan semangat Rita yang tidak ambil peduli dengan gosip murahan sebegini.

Mungkin sebab status saya kini yang menyebabkan timbul pelbagai cerita yang kurang enak. Apatah lagi dengan keadaan saya sekarang, tiba-tiba mengeluarkan produk kecantikan terus dikaitkan dengan lelaki berpangkat Datuk. Biarlah apa orang hendak kata tentang saya kerana yang penting, tumpuan saya kini kepada kerjaya dan serta perniagaan saya yang semakin mendapat sambutan.

Kepada Rita, semoga RS Collagen akan mendapat sambutan yang hangat di masa depan. Teruskan berniaga. Jangan cepat putus asa. Mana tahu memang rezeki Rita ada dalam bidang ini. Good luck and all the best.

P.S: Generasi baru Hyundai i20

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 responses to S Itu Untuk Saleha, Bukan Datuk S – Rita Rudaini

  1. kek cokelat kesukaan aku says:

    apa-apa jerlah kak rita oi…

    0

    0
    • Rita vs Ayu says:

      Salah 1 sebab kenapa hidup Rita ni xpernah aman adalah kerana tiada keredhaan dr suami. Seburuk2 suami kita jangan kita aibkan dia. Jangan jaja kisah rumahtangga kita. Dah pernah bersuami dulu xkan Rita xpernah nak ambil iktibar. Sebab kedua, mulut dia x menggambarkan dia artis yg berilmu. Xpercaya, buka Instagram dia. Asalkan ada komen yg dia xsuka, kat situ juga dia maki2… Jelas menunjukkan kerendahan mentaliti dia.

      0

      0
      • POYO says:

        ko x de kat tmpat dia..ko pun jgn tunjuk terlebih baik plak..situasi membaca,mendengar lain!,yg menghadapi semua tu hanya RITA jer tau.. ko Nampak keburukan rita jer..kebaikan ko x Nampak pun? ada mata lihat ada telinga ko dgr je la..itu la konsep ko! ko nak tentukan hidaup dia aman ke X? ko ada ke kat sisi Rita 24 jam? x masuk akal la komen ko tu! patut Nye kalo ko tu baik sgt..sepatutnye mendoakan kebaikan utk dia. x yah la nk ckp statement ko mcm2. meluat aku wei! patutnya ko respect dia membesarkan anak2 dia jadi ibu tunggal. kalo ko jadi kat tempat dia belum tentu ko boleh buat mcm dia..kepada RITA..terus usaha dan majukan diri anda utk terus Berjaya dlm semua bidang yg ceburi..yang penting perkara wajib kite buat adalah sembahyang 5 waktu..sbb dalam kubur perkara pertama tuhan akan tanye adalah SEMBAHYANG! .dunia dan akhirat mesti seimbang. RITA I doakan u..mendapatkan kerahmatan,kesenangan,kesihatan dan kesahjetaraan di dunia dan akhirat. AMIN.

        0

        0
        • Datuk S Cari Janda says:

          POYO ni mmg kelazszzz… Tapi kaedahnya POYO ni pon jenis buruk2kan laki dia klu ada rase x puas hati kot. Xpon janda suka cari publisiti murahan jugak. Sah2 megikut idola dia yg kuat sawan dlm media tu. Sedih…

          0

          0
  2. Perempuan says:

    kesian dia ni. wanita yang tabah. agaknya bilalah dia akan mendapat seorang pengganti yg lebih hargai. Semoga kak Rita sentiasa tabah mengarungi dugaan. Insyallah ada sinar yg menanti

    0

    0
  3. KiyotPropa says:

    Bile senyap sikit kisah pasal dia nih….ada jer la cara lain dia nak bagi naik balik nama dia…kontroversi tak sudah2…

    0

    0
    • Anonymous says:

      bukan dia la tp wartawan yg sibuk hal dia..ag po tau dia mmg hot..xkn nk sibuk hal kot plak yg cakap je lbh tp masalah sendiri x selesai-selesai….

      0

      0
  4. tyrabank says:

    kalau btl pun,settle la cpt isu sebelum ni.then blh bina hidup baru ..tp jgn pilih laki org sudah ler..sengsara mu berterusanlah rita..huu

    0

    0
  5. nenek lanjut usia says:

    alasan tu cicit nenek pn bole guna pakai cik rita..cri la alasan yg logik ckit.. nek tgk dlm instagram cik rita x de plak si saleha yg dimksudkn tu. klu btul share partner msti akn terselit pic dia n cik rita msti akan mention nma dia wlaupn skalli.. ni asyik muka cik rita n ur lovely customer jer… sian’ salehaa’ tuuu….

    0

    0
    • mulut puaka says:

      ni kan spesis janda x laku nek…. mak nengok pun x selera haih………… saje je la tu nak dptkan perhatian bekas laki…….

      0

      0
    • tiara says:

      TAK BAIK BUAT FITNAH!!!
      DOSA BESAR .. Dosa FITNAH lagi besar dari dosa MEMBUNUH..
      cerita ni dah lapuk la kat instagram…
      dah tentu s tu untuk partner yg mymusbakery tuuu
      think before u speak…

      nak buat ape nak tarik perhatian laki dia,, kat instagram dia tu kalau kome semua nak merasa kena sound ngan kak rita try la cakap pasal laki dia tu..
      rita tue dh malas nak amik tahu pasal laki dia, dia skrg buat promotion pasal rs ngan jaga anak2 dia je.. x caya pergi la tgk instagram dia tu,,,
      aq follow instagram dia… aq tahu laa

      0

      0
      • Rita vs Ayu says:

        tiara adalah Rita? Rita adalah Tiara?

        0

        0
        • tiara says:

          Bukan,, sy cuma peminat rita…
          suka tgk dia berlakon…
          lagi pun saya rasa x perlu kot nak bg tahu nama penuh sy kat sini..
          nama pun laman sosial..

          0

          0
      • dba says:

        yup..betul tu..saleha tu yg mymumsbakery tu..dorang selalu COD barang sama2…kan rita dah mention kt insta dya..siap bergambar dgn partner dia ni lg..

        0

        0
  6. MAMA28 says:

    la..kan ade pic si saleha to dalam insta die..korang x tau ke yg mane satu…kawan baik die yg same g manicure spa ngan dia arito.yang rambut die lebih kurang same panjang ngan rita..adoyai..kan ramai..zetajones..saleha..eijagilmore..apela korang nih

    0

    0
    • setuju girl says:

      betol to..sape mandai2 kata si saleha to x wujud..kata tgk insta rita tapi sayang x tau mane satu saleha…saleha slalu ade dimana2 aktiviti rita..birthday anak rita arjuna baru2 ni pun ade..akak perempuan rambut panjang yang dok dukung arjuna..to la saleha..ape la

      0

      0
  7. kipas susah mati rita says:

    saleha to memang wujud ok..sebab saya dah 2 kali restok produk rs ngan saleha..tolong la jangan suka tabur fitnah..berdosa tau…cukup2 la jadi umat akhir zaman yang x beriman

    0

    0
  8. kaki gosip says:

    nama pun blog gosip artis.ko ni senah..ni bukan forum perdana..sah2 lah blog utk cari kisah2 retis..sure la byk propaganzaaaa….

    0

    0
  9. nenek lanjut usia says:

    ada ke??? alamakk nenek x perasann.. tgk pic je.. nk baca mata x nmpk.. maafkn nek ye rita.. x yah tggu 7hri nk pohon maap mcm si eina penyet tuu

    0

    0
  10. John says:

    First.tgh drive sambil tulis komen pn bole dpt first.

    0

    0
  11. KT Pari says:

    Respek arr nenek lanjut usia. Wat salah dgn menuduh Rita and kejap je mintak maaf…..haha…jarang org mcm nenek, mengaku kesilapan. Selalunya bila wat silap org cuma diamkan diri je…..cheers nenek!!!

    0

    0
  12. kak ton says:

    bukan apa ,aku pelik kenapa abang nara suka sangat letak gambar rita yang baju kuning tu .kan banyak gambar dia yang lain

    0

    0
  13. gayah says:

    Yg komen menghentam & salahkan RITA tu sebenarnya ramai lelaki tp menyamar perempuan..lelaki skrg takut kalau org perempuan mula bangkit pertahankan hak..lagi2 mcm RITA ni yg berani bersuara,terima lah kenyataan org lelaki..perempuan skrg tak boleh di pijak & di bodohkan mcm dulu lagi.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    hihih

    0

    0
  15. erni.leona says:

    sapa yang dah beli SR Collogen? mahal ke tak?nak try la hihii

    0

    0
  16. eza says:

    cantiknye rita..suka tgk die berlakon.

    0

    0
  17. eza says:

    cantiknye..suka tgk die berlakonl

    0

    0