Written by Bella | July 6th, 2015

Sebelum ini, Ryzal Jaafar dan rakannya Adrea Abdullah telah dituduh meminum arak apabila sebuah foto mereka bersosial bersama rakan-rakan mereka mula disebarkan di Internet.  Susulan perkara tersebut, Adrea terdahulu sudah tampil menafikan perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Terbaru, Ryzal menerusi portal mStar Online berkata, foto yang menunjukkan beliau berada di pusat karaoke dengan beberapa gelas minuman keras di atas meja tidak seharusnya dijadikan isu dan menyifatkan tuduhan beliau mengambil minuman keras tersebut adalah mengarut kerana beliau sama sekali tidak melakukan perkara tersebut.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak mengambil sebarang minuman keras dan kalau nak tahu, foto tersebut diambil pada enam atau tujuh tahun yang lalu. Ketika itu saya menghadiri sebuah pelancaran filem dan duduk berborak bersama mereka sahaja. Jadi tidak perlulah ia disebarkan, tidak penting pun.

Tambahan pula di bukan Ramadan yang mulia ini, saya harap individu-individu nakal ini tidak menyebarkan fitnah seperti ini.

Buat Ryzal beliau menganggap gosip tersebut sebuah publisiti murahan kerana beliau tidak pernah dihimpit sebarang kontroversi sepanjang 12 tahun berkecimpung didalam industri hiburan tanah air. Tentu sekali isu tersebut telah sedikit sebanyak mencalarkan imej beliau sebagai seorang pelakon.

Ini satu publisiti murahan yang tidak perlu dijadikan. Saya percaya, penjelasan macam mana pun saya beri, golongan netizen tetapi memberi perspektif mereka sendiri. Ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai seorang pelakon.

Jika terdapatnya gelas arak didepan seseorang tidak semestinya mereka mengambil minuman tersebut. Penjelasan dari Ryzal Jaafar cukup jelas menyatakan beliau tidak meminum arak dan masih tahu batasan sebagai seorang Islam. Tetapi tidak dapat dinafikan ada sesetengah golongan selebriti yang tidak segan untuk meneguk air haram itu dikhalayak ramai.

Sumber Berita: mStar Online

7 responses to Ryzal Jaafar Jelas Tuduhan Minum Arak

  1. Anonymous says:

    suka sgt berparti..udah2 ler tu

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bukan dah keluar ke gossip ni? Next??? Itu gambar dulu2.

      0

      0
      • Anonymous says:

        lantak kau laa nak minum ke tak..da besar.da tau dosa pahal..bukannya aku yg tanggung dosa kau..sendiri mau ingat laa..

        0

        0
  2. Pink Lady says:

    entah entah diri sendiri yang sebarkan sebab nak publisiti murahan yelah kan artis sendu

    0

    0
  3. Bukan peminat sesiapa says:

    Eleh tak nak mengaku lg kau kaki kelab. Aku pernah nampak kau dekat OU. Kau pakai cap jacket semua tu. Ingat aku tak cam. Pergi tempat tak senonoh!!!! Pundek punya orang. Kau yang jatuhkan reputasi diri kau sendiri bukan orang lain. Kau tkde beza dengan Azwan Ali. Tapi bezanya kau jatuhkan maruah orang Melayu melalui cara pergi clubbing while AA hina bangsa dia sendiri.

    0

    0
  4. ann says:

    dia ni dulu keje McD je in alor setar, muka pun berjerawat je. But good for him la, at least he tries to break the mold and learn to make some dough. Rezeki dia i supposed. But stay away from these kind of gossips and activities, if it’s for real…Allah S.W.T senang je nak tarik balik rezeki. Good luck!

    0

    0
  5. Kak kiahhh says:

    aku cuma nak komen .. rizal baik kau potong rambut kau tu .. rambut kau yg skg ni ntah pape aku tgk .. da mcm joker .. kau x sesuai simpan rambut panjang2 sbb rambut kau jenis kerinting .. Rambut nipis .. Asal2 dulu kau da nak botak .. tiba2 tgk skg ni rambut kau camtu .. Sadis sgt bro .. belakang krinting depan botak .. Wot the …. Kalo mmg rambut kau xda harapan nak tumbuh lain .. better kau kekalkan style rambut kau yg dulu2 .. Lagi suci muka kau bro .. aku kritik bukan sbb dengki .. Aku x heran pun dgn rambut kau kalau au rasa tu cantikk .. cuma aku tegur ni sbb nampak kesian .. hahaha .. Ok broo .. kalo xleh di kritik jangan jadi artis ..

    0

    0